Betul ke lu CINTA guar?

Posted by sazali

Salam

Ramai orang seronok menggunakan perkataan 'CINTA' ini dan itu.  Contoh , di alam universiti ada orang bercinta dengan seseorang.  Banyak wang dan masa dikurbankan demi cinta.  Kadang kadang sesi tutorial dikurbankan untuk melayan jantan pemalas. Tetapi kadang kadang semua perancangan itu tidak membawa apa apa makna jika satu pihak mulai beralih angin .. suka kat orang lain pula maklumlah .. hati manusia cepat berubah seperti tebing Sungai Pasir Mas di waktu banjir besar baru baru ini. Tebing sungai runtuh terus.   Setiap semester, budak perempuan nampak nya lebih cantik dan ayu dari 'buah hati' kita sekampung.  Tudung Fareeda sahaja budak budak freshei ini.  Kalahlah si dia kita yg sudah lama kita menanam saham itu dan ini. Jealous timbul dan ..noktah terakhir ialah satu perpisahan, kekecewaan dan air mata.  Dua kotak tisu kosong menjadi bukti. Frust cinta ..konon konon?

2)  Ada ustaz / ustazah menggunakan istilah CINTA kpd ALLAH di Padang Merdeka.  Betul ker?

Apakah maksud perkataan begini CINTA pada ALLAH?  Dalam konteks agama , ini bermaksud kita taat setia kpd Allah sepanjang masa tak kira malam ataupun siang.  Ribut taufan atau petir. Ada orang itu, cinta pada Allah bila hidupnya senang sahaja tetapi ...hatinya berubah bila tuhan memberinya dugaan demi dugaan seperti kehilangan anak pertama, isteri pertama, kereta pertama dan bermacam macam lagi Permata Hatinya.

3)  Selalunya kita jatuh cinta kepada seseorang/ objek apabila kita mengenalinya dalam beberapa tempoh waktu.  Contoh musim diploma di PKB, musim degree di KUiTTHO dan musim masters di UTHM.  Hasil dari himpunan masa ..kita jatuh cinta kepada seseorang.  Hadiah cinta begitu diterjemahkan dalam bentuk satu perkhawinan yang berskala besar seperti kenduri kendara di Hotel 5 bintang dan macam macam lagi.  Kasihan si ayah.  May be hutang sekeliling pinggang semata-mata melayan budak berdua yg mabuk cinta.

Tetapi cinta pada Allah bagaimana pula?  Kita tak kenal DIA.  Kau kenal dia tak?  Kita taat sekadar mempercayai itu dan ini secara membabi buta sahaja.  Musim puasa , kita puasa; musim umrah , kita umrah dan musim haji kita menunaikan haji.  Kita melakukan ibadat ibadat secara turun temurun. Rutin orang moden kata.  Kita merasai seronok menjalankan ibadat secara rutin ini 5 x solat sehari; membaca Al Quraan sepipi sehari sejak kita berumur 15 tahun lagi dan seterusnya.  Tetapi bagaimana kita bercinta dengan Allah?  hishhh..payah kan?  kita tak kenal ..bukan macam kita mengenali gadget handset iPhone 6 @Apple.  mAJORITI ORANG gila bermain dgn smartphone.  ketawa seorang diri dalam malam semasa berada dalam bas ekspress untuk 1 perjalanan jarak jauh BP ke KB.  He.he..he... tanda orang gilor.

4)  Saya rasa .. banyak istilah yg ustaz/ ustazah sampaikan .. adalah sekadar syok sendiri sahaja.  Mereka mengambil andaian makmum seperti aku / pendengar faham apa yg disampaikan itu.  dari andaian tersebut banyaklah istilah ...yang dia gunakan ..tetapi saya yakin .. dia pun tidak 100% yakin apa yg disampaikan itu seperti


4.1  tawakal pada Allah.  Bila sakit cepat cepat dia dan anak anak ke hospital kerajaan cepat cepat juga. Sepatutnya buat lah solat hajat dulu
4.2  zuhud tawaduq .   Tetapi kita tengok pakaiannya tak menonjolkan dia seorang yg mengamalkan sifat tersebut. Keretanya import dan handsetnya high end.  Zuhud ke itu?
4.3  ikhlas semata mata kepada Allah.  Tetapi sifat ini senang jer kita uji .. cuba bayar elaun syarahannya lewat sikit atau type namanya biar silap alphabet seperti zura jadi gular..tengok ..ada tak ikhlas itu?

Begitulah pengamatan saya.  Ramai kita mengucapkan sesuatu tanpa memahami apa yg diucapkan itu sejak dahulu lagi.  Orang kelate kata dok bobak soreng soreng ..

CINTA pada keluarga ialah ..kita sanggup bersusah payah untuk mendidik anak anak dan isteri kita bukan isteri control kita.  Contoh hendak sembahyang berjamaah subuh di masjid pun susah.  Ada suami kalah kerana badan pasangannya cukup besar. Kahwin dgn anak mummy.  Size really matters .... dia control habis habis suaminya.  silap hempap 4 kali sehari ..sure laki mati.

CINTA pada anak..kita sanggup berjaga malam untuk memberi dia rasa seronok adanya BAPA di kala dia jatuh sakit (demam, batuk , sawan).

CINTA pada isterii ..  kita sanggup mengikat pinggang semata mata nak beli sebidang karpet IRAN untuk 1 Shawal raya hadapan.  Banyak lagi kita telah buktikan kepada isteri bahawa kita rela berkorban itu dan ini untuk nafsunya ..  adakah dia berbuat begitu untuk anda?  If yes , bagus ..if no/  think harder boy.  Try pakai CASE STATEMENT.  

CINTA pada pekerjaan guru ..kita bangun awal setiap hari. Siapkan buku buku dan rancangan pengajaran untuk hari itu.  Kita sampaikan satu lesson dgn baik. Kita tanda buku buku pelajar walaupun ..staf guru lain khayal dgn program itu dan ini pada bulan  Mei hadapan.   Kita melayan kerenah pelajar bermasalah ..ini membuktikan kita cinta pada profession perguruan.  Kalau tak boleh buat begitu setiap hari ..kita bergelar penipu/ pengkhianat bangsa dan lain-lain.  Betul tak?

Begitu juga ..CINTA pada tentera laut.  Kita sanggup mati di Lahad Datu hari itu.  macam macam kita buat .. cinta pada tanah air melalui pemakaian baju putih ala navy.

CINTA pada diri sendiri.  Jika pendapatan > RM10K sebulan , kita hiduplah ala orang berpendapatan RM10K lah sebulan.  Pakai cantik cantik. Beli kenderaan ..biar membawa imej kita berupaya memandu kereta import sejajar dgn pendapatan kita.  Ada orang gajinya besar tetapi ... dia memandu motosikal sahaja . satu hari dia mati dlm satu  kes accident dengan treler bahan bahan eletronik di Bayan Lepas. Siasat siasat punya pasal ..dia ada 3 - 4 buah kereta juga dlm perkarangan rumahnya.  Mengapa menggunakan motosikal wahai arwah? Kau tak cinta pada diri mu sendiri.  Sekarang apa sudah jadi?  Oleh itu , fikirlah boy ..  cintalah kepada diri anda sendiri sepuas puasnya terlebih dahulu sebelum kau mencintai pada orang orang lain.  Jgn jadi bodoh. (maaf).  Lagi pun dgn cinta ..tak boleh beli 2 keping roti canai berkuah dal pun.  Mesti ada pitih dalam saku kitor.

Why mati untuk maksud satu cinta?

Sekian.  Bersambung nanti ..insya allah.

Wallahu aklam bis sawabbbb



0 comments:

Post a Comment