Hari Raya kali kedua

Posted by sazali

Salam

Syukur alhamdulilah ..hari ini saya beraya juga selepas 'puasa sunat 6 hari ' dlm bulan syawal.

Syukurlah.  Ikut matematik Rasulullah ..puasa 6 hari bulan syawal bersamaaan dgn puasa 12 bulan (1 tahun) ganjarannya.  Alhamdulilah.  Ratio 1 hari : 2 bulan ?

2) Selalunya saya tak berjaya ..  mengikut statistik .. kejayaan lampau setakat 4 - 5 hari jer ..

ada banyak sebab tertewas di medan juang berpuasa itu.

Pertama, faktor kesihatan - sakit perut, loya, nak muntah, pening bau curry mamak sebelah rumahlahhh  ... nak seribu daya/ tak nak puasa seribu dalih ...  ;
Kedua .  banyak sgt gangguan secara tak langsung seperti jamuan raya di fakulti, jamuan satu   UTHM Johor  selama 13 tahun yg lalu .. he..he..
ketiga ....malas nak berpuasalah kerana kita dah settle 30 hari dah puasa pada bulan Ramadhan / tak cukup lagi kor?  - hari itu.

angka paling tinggi tercapai ialah 2 hari jer .. mode value is 2. (laugh).

Harap harap tuhan terimalah ..ibadat kita ini walaupun berpuasa sekadar 1 hari.  Tak mahu nya ..ilmu kita tu ....  banyak ..buat amalan jer yang tidak.  Satu hari puasa sunnat pun tarakkk.  Kalau taknak puasa ..  hantarlah makanan makanan ke rumah budak budak universiti pun dah cukup bagus jugakkk....  tentu tuhan kira kita berpuasa sama-samalah/

Kalau tak terima juga oleh Allah  ..rugi besarlah kita.  Betul tak?

3) Semua amalan ..tuhan mahu kita buat semata-mata untuk nya sahaja.

Kalau ikhlas ..tuhan kasi pahala berlipat lipat kali ganda .. jika tidak ..penat sahajalah kita beramal dari muda sampai ke tua dan terus mati (disambar petir!).

Bayangkan kita pulang ke pangkuan ilahi ..dgn amalan yg mana tuhan  tolak (reject) semua amalan-amalan itu.  Sedih betul lah muka kita ..kerana amalan sedekah reject; mengajar reject; menolong org susah reject; pergi haji  dan umrah tuhan reject (niat nak travel dan ziarah jer);  amalan berkhawin pun reject kerana dia berkhawin semata mata nak pencen orang itu jer;  berceramah pasal akhirat pun tuhan reject; puasa sunat enam hari pun kena reject  ..  wal hasil jumlah pahala dlm akaun peribadi kita ialah kosong kosong dan kosong.

4) Selalunya amalan yg ditolak ialah bila kita beramal semata mata nak menunjuk-nunjuk kepada orang lain.  Astaghfirullah ... contoh : pertama, tunjuk aliiim  sebelum dapat anak dara org didepan mata bakal pak mertua dan mak mertua ;  kedua; memberi sumbangan derma berjuta juta ringgit untuk masjid jamek , surau atau sekolah.  Rugi kan?  entahlah saya ...  rasa rasa payah jahh.. nok masuk syurga zaman la ni.  Org FB pun suka ambik gambar kita waktu tawaf, waktu sujud depan kaabah dan terus share kpd orang orang lain.. Penutup cerita : nak maintain keikhlasan adalah sesuatu yg amat sukar sekali/

Tetapi arwah  Tok Guru Nik Azih berpesan  ..  jika kita tak mulakan satu satu amal terlebih dahulu walaupun sedikit ..kita tak tahu pulak ..qualiti amalan kita ini.

We have to start from point '1' then proceed to point 100, 1000, 10,0000  then we will reach point  2.6 bilion tu. Ingat sumbangan RM2.6 bilion/  cerito ni betul atau pelawakkkk (lies, lies, lies ...)

Along the way ... mintak mintak adalah  keikhlasan itu ..

contoh ibu memasak di dapur ..  dia kena memasak setiap hari ...  akan tiba satu masa ..dia akan sedar ..dia kena masak secara ikhlas untuk ahli ahli keluarganya.  Bila itu berlaku ..barulah dia tergolong dalam kumpulan org org yg beruntung. [ bila masak ada keikhlasan ..baru dapat anak anak yg berkualiti - berperibadi mulia.  Try lah ]

Sekian.

Wallahu aklam bis sawabb..     p/s menulis dengan baik semata mata untuk mendidik diri sendiri  ..adalah satu amalan yang mulia.  Riwayah Al Bukhari.

0 comments:

Post a Comment