Sakit

Posted by sazali

Salam

'Sakit' adalah satu istilah dalam bahasa melayu yang membawa makna badan seseorang itu  tak sesihat atau secergas  dahulu lagi. Badan kita tak sihat.  Gigi sakit. Lidah sakit.  Kencing sakit.  Makan sakit.  Tidur payah.  Buang air besar sakit.  Tandanya ..nak matilah orang itu ..slow slow insyallah.  Jgn lupa ...clear hutang cepat cepat tau?

Selalunya org org tua jer yg sakit.
Jarang kita mendengar orang orang muda ..sakit kecuali 'sakit hati' kerana dia kecewa  cintanya  tak berbalas, cinta kita dibalas racun sahaja atau cinta pura pura.  Dalam erti kata lain .. pompuan tak layan dialah maklumlah boy asalnya dari pendalaman Kelantan sedangkan girl dari Taman Tun Ismail, Kuala Lumpur.  Syok sendiri kau kata?  Itulah ..tak mau beli cermin besar-besar dulu ..tengoklah diri kita dulu.  Kan dah susah ..makan tak mau; tidur tak lelap lelap ..gila bayang dan penyakit angau dah datang lah tu.

Kasihan kan?

2)  Hari ni ..saya nak menulis pasal sakit hati.  Izinkan yer?

Hari itu saya menulis pasal sakit jantung. Sekarang sakit hati pulak.

Mengapa?

Senang jer jawapannya.  Tak payah belajar jauh jauh nak faham benda alah ini.  Contoh orang sakit hati.

2.1  Kawasan Majlis Bandaran tidak cukup tempat untuk parkir / parking.  Oleh sebab kita orang sibuk, kita park kenderaan kita ikut sedap lah ..  tiba tiba ..bila hendak pulang kita dapat surat 'saman' ..RM100 jika tak melayan ..bayar saman ini seberapa segera yg boleh.

2.2  mesin duit syiling tak berfungsi.  Bila parkir tak dapat nak masukkan duit syiling itu ... selepas 1 atau 2 jam ..kita kena surat saman.  Sakit hatilah kita sepanjang pemanduan kita dari Kota Bharu Bandaraya Islam menuju ke negeri DAP ...he..he..he..

Bandaran itu ..nak tiru orang lain konon-konon ..tetapi sayangnya pasang mesin parkir pun tak bereh bereh lagi ..lepas itu ..saman kat kita pulak .. tanpa keredhaan kita pun.  Apa hukum saman orang ini ..tanpa usul periksa terlebih dahulu?

2.3  Papan tanda jalan raya .. dihadang oleh daun daun pokok ..banyak kes kes begini ..payah kita nak buat keputusan .. nak masuk kanan atau kiri dari satu satu titik persimpangan jika nak ke Syekseyn 17, Seksyen 18 Shah Alam ..bila belok kiri ..rupa rupa nya kita buat silap ..kena korbankan banyak liter minyak .. sia sia pemanduan begini ..kalau lah staf bandaran Shah Alam ramai ramai itu buat kerja menebas, mencantas dan memantau .. papan papan tanda ..tidaklah jadi isu untuk saya menulis dalam konteks 'sakit hati' ini.  Apa hukum jika saya maki Majlis Bandaran Shah Alam dengan ayat ayat lucah ..  berdosakah saya? Mana besar dosanya ..saya sebut benda  lucah beginii dengan .. dosa staf yg tak buat kerja dengan tahap terbaik ..satu majlis bandaran dari Pengarah hinggalah staf PAR yg baru bertugas dengan  majlis bandaran tersebut .. ..tidak ada satu orang pun ..tergerak dalam hati nak .. tebas/ cantas  ..daun daun pokok agar tidak menghalang penglihatan pengguna jalan raya.

Kasihan .. staf bandaran ramai orang orang kita ..orang melayu lah.

Kasihan ..orang orang kafir dok sumpah siang dan malam berkenaan dengan tahap dan kualiti kerja ..orang orang melayu kita.  Kasihan bukan?

Buatlah sesuatu tuan tuan semua.  Jangan lagi menyebut pasal duit sumbangan 2.6 bilion RM belum sampai lagi ke pangkuan bandaran ..baru boleh cari tukang tebas daun daun pokok pokok tersebut. Jangan.

Sekian/

Maaf saya pinta ..  saya manusia biasa jer.

Tak sengaja... aku sebutkan kata kata kesat itu. What to do man?

Wallahu aklam bis sawabbbb.

0 comments:

Post a Comment