malulah sikit bang?

Posted by sazali

salam

Iman itu malu.

Ada malu adalah iman. Ada iman gerenti syurga.  Tak ada iman, tidak ada gerenti syurga.  Cuba semak dari kita kitab masyur seluruh zaman dalam dunia islam 1430 tahun yg lalu.  Kitab kitab banyak ditulis mengenai perasaan malu.

Saya rasa ..pembaca tahu ..apa maksud saya ini.

2)  Negara kita sudah 57 tahun mencapai status 'merdeka'.  Bebas?

Tidak ada pun satu cerita pasal orang luar negara memberikan sumbangan untuk satu badan politik di negara ini dgn 1 jumlah wang yg terlampau besar bila negara berada di ambang PRU.

Hanya pada zaman ini iaitu dari tahun  2013 hinggalah sekarang ;  timbul ini cerita. Zaman bila mana orang dah sebut sebut ..kita dah ada first lady, second lady ..and may be no lady.

3)  Jika rakyat menelan cerita ini ( ada pihak luar menyumbangkan dana ) hidup-hidup, ini bermakna negara ini mempunyai 1 populasi manusia yg cukup bodoh dikepalai oleh 1  boss, menteri menteri dlm 1 parlimen, ... berjujuk-jujukan  hingga ke majlis prof negara, kumpulan pensyarah universiti IPTA, IPTS, kumpulan guru guru sekolah, askar, polis, pakchik jual kayu api di pasar minggu   hinggalah ke bayi yg baru lahir sekejap tadi.  Maaf.  Mengapa?

Islam mengajar kita ..menjaga maruah supaya ke mana kita pergi .. agar org org luar termasuk orang orang bukan islam akan hormat kpd kita sepanjang masa.

Betul tak?

Jika parti politik melayu menerima sumbangan .. ini bermakna ..kita susah pokai ..dlm satu negara yg berkeadaan penuh dgn nikmat hutan, getah, sawit, petroleum , ikan dan banyak lagi kurniaan tuhan.

Nabi Muhjammad s.a,w melarang kita dari menerima sumbangan tanpa sebab.  Lagi pun bila kita mendapat sumbangan ..mungkin ada kesannya seperti kita akan menjadi lembu yg mana hidung si lembu senang ditarik orang dari hujung talinya.  Sumbangan kadang kadang disalah tafsirkan sebagai rasuah/ tumbuk rusuk.

Hishhh..malunya begini.  Kenapalah tuhan hidupkan aku di zaman memalukan tok nenek melayu aku?  Nampak jer gahhhh tetapi .. penuh tipu daya dan cerita semua bohong.  (menangis, malu lah sikit ).

Zaman dahulu .. ada  satu orang khalifah mendapat kunjungan dari pembesar negara luar. Di akhir lawatan pembesar tersebut menghadiahkan satu kalung kpd isteri khalifah itu.  Bila pulang pembesar tersebut, berlakulah sedikit 'tegang leher' antara khalifah dgn isterinya.  Pompuan zaman dahulu pun ada nafsu gak .. ingin sangat memakai kalung itu ..sebagai kenangan.  Tetapi disebabkan ..  didikan agama yg kuat ..  kalung itu untuk negara.  Hadiah pembesar itu adalah untuk negara.  Bukan untuk kegunaan peribadi maka isteri dgn rela hati menyerahkan kalung berharga itu kpd 'pusat khazanah  negara'.  Tengok .. sebab didikan agama?  Lagipun mereka berpegang kpd keimanan yg tinggi .. takqwa yg jitu .. tetapi zaman la ni dengan ICT ..  negara membazirkan masa berjuta juta jam rakyat yg berkhidmat untuk siasat itu dan ini .. dan diakhir siasatan setelah banyak masa dibuang .. barulah orang besar kita ..  mengeluarkan satu statement .. ini sumbangan orang dari negara luar....  tak rugikah masa pegawai pegawai berbaju keras, berpaku paku lambang senior atas bahu .... beginikah .. negara islam contoh bahhhhh?  Wallahu aklam bis saawb.


Sekian.  Wasallam.
p/s:  jangan terkejut jika tuhan turunkan bala bila ramai orang orang jujur dizalimi dan/atau dipenjarakan tanpa sebab yg kukuh. Pegawai pegawai kerajaan tidak bebas menjalankan tugas masing masing mengikut SOP.   Satu bala telah berlaku tahun lalu dgn datangnya banjir yg teramat besar. Tunggulah.  Janji Allah tetap benar.  Al Fatihah.




0 comments:

Post a Comment