jamuan raya

Posted by sazali

Salam

Orang masjid kata "...jika kita puasa sunat 6 hari dlm bulan Syawal .. kita boleh pahala seperti kita berpuasa sepanjang tahun."  Subhanallah!  Bagus bukan?
apakah ganjaran berpuasa?

a)  tuhan ampunkan dosa kita . Dosa besar seperti berzina dan menipu rakyat terang-terangan .. kena buat taubat nasuha.
b) tuhan perkenankan doa kita ..seperti memohon kesihatan, kejayaan dlm pelajaran anak-anak, kejayaan dlm bisnes dan berjaya mengesan isteri/ laki  yg lari dari rumah kerana merajuk dan macam-macam lagi

2) Saya percaya ramai sahabat sahabatku sedang berusaha bersungguh-sungguh hati untuk berpuasa sunat bulan syawal ini tetapi halangan utama ialah

2.1  majlis jamuan hari raya di opis, sekolah, fakulti, taman perumahan dan kampung halaman
2.2  nafsu nak makan setelah kita bersusah payah berpuasa 30 hari (jejaka jer). He..he.. he..
2.3  gaya kerja yg memenatkan seperti pekerjaaan menebang pokok menggunakan kapak, golok dan alat-alat zaman purba
2.4  dan yg tepat ..perasaan malaslahhhh.

3)  Nak tulis sikit pasal malas.  Izinkan yer?

3.1  malas nak masak untuk famili kerana isteri bukan wajib memasak pun.  So what the heaven is she for at home when GST is applied blindly by mamak stalls all over the country? Is she there just good for ...............
3.2 malas nak kerja lebih-lebih seperti pekerja Majlis Bandaran Shah Alam  ..tolong cantaslah daun daun pokok yg menghadang tanda isyarat, tanda arahan ke bandar bandar di sekitar kita tu, boleh bang?
3.3 malas nak ajar lebih lebih kpd murid-murid/ pelajar-pelajar takut takut mereka bunuh kita pulak(*) maklumlah bom senang jer dibuat zaman lani
3.4   malas nak sembahyang
3.5 malas nak layan kehendak suami/ isteri
3.6  malas nak menyambut salam musuh ketat atau internal examiner viva PhD tempoh hari
3.7 malas nak tegur
3.8 malas nak makan ubat-ubatan
3.9 malas nak mandi (junub dan lain-lain)
3.10 malas nak membaca buku/ majalah/ artikel yg berat berat ..  contoh sesetengah menteri dan timbalan menteri di negara mana kapalterbang pun boleh hilang dan gagal dikesan sampai sudah dan
3.10 malas nak mati kerana hutang keliling pinggang.  Can hah?

Cukuplah penulisan hari ini.  Yang baik dari Allah dan yang kurang menarik .. itu semua kelemahan saya yg sedang tutup mata, telinga, hidung untuk berpuasa sunat bilamana kawan kawan sibuk buat open house lah dan jamuan makan freelah  kerana ada sikit duit lebih lebih dari 2.6 bilion ringgit itu. Sumbangan orang lah!

Sekian.






0 comments:

Post a Comment