kesan potongan budget 2017

Posted by sazali

Salam

Saya dengar budget 2017 tak menyeronokkan.
Satunya budget kesihatan rakyat dikurangkan lagi sebanyak 250 juta RM.

Kesannya ialah

1.  Perjawatan staf di hospital, klinik KKM tidak ada penambahan yg drastik
2.  Graduan doktor, dentist, farmasist semakin lama mengganggur.
3.  Klinik, hospital didapati penuh sesak dgn pesakit.  Org sakit banyak menggadu.  Tempoh masa menunggu untuk rawatan semakin lama.  Kasihan pesara prostat, jantung dan diabetes terus menanti untuk rawatan/ konsultansi.
4.  Pesakit di hospital swasta dikenakan bayaran yg semakin tinggi.  Kes supply dan demand.
5.  Kualiti ubat semakin rendah.  Pesara diberi ubat yg sedikit dan mungkin kena kerap berkunjung ke hospital lagi dan lagi.
6.  Jika ada staf yg bersara, kekosongan ini mengambil masa untuk dipenuhi oleh orang lain/ baru.

7.  Ramai jururawat, doktor, dentist, farmasis lambat sedikit boleh khawin sesama mereka. Mengapa?  Bakal isteri boleh kerja tetapi bakal suami belum lagi.
8. Ada graduan doktor ambil jalan pintas. Buat kerja di klinik swasta (locum) agar ilmu kedoktorannya tak hilang dan lupa, lupa, lupa.

9.  Nanti kita akan dengar doktor muda bawak teksi sapu & menjual burger sambil bermain gitar.  Why? Cari duit nak beli susu tepung untuk anak2nya di rumahlah.

Begitulah nasib rakyat bila budget KKM dikurangkan lagi.  Bekas pelajar sains matematik semua "A" dlm SPM sudah bergraduat tetapi tidak ada kerja lg dan lg.  Kasihannya ibu bapa mereka di desa sana.  Terkilan sambil menelan air liur pahit pelan pelan pak chik mak chik.

Terima kasih kepada  kerajaan yg ada.
Kita diajak sama sama bersabar.
Tk.
Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment