seronok berkawan

Posted by sazali

Salam

Selepas ibu bapa dan adik beradik, saudara mara

Tuhan hadiahkan kepada kita kawan, rakan dan sahabat.

Ada yg kita dapat dari sekolah secara formal dan ramai tu secara tak dirancang rancang pun.  Semua pemberian tuhan.

Orang seronok berkawan akan buat 3 perkara

1.  Ikut stail mereka
2,  sentiasa ada di sampingnya
3.  Ikut kefahaman dan ideologi mereka.

Huraian.

1. Ikut stail

Tengok geng bola.
Seorang pakai baju t  hitam, semua kawan ikut memakai begitu juga.
Jika ketua berkepala botak, semua geng adalah botak.
Orang botak nampak hebat. Dia cukup berterus terang. Semua urat atas kepala boleh geng siasat.  Urat memikirkan kebahagiaan , kesusahan, keenangan ..semua nampak jelas - transparent.

2. Ikut satu ideologi

Jika ketua sokong BN, semua ikut.
Jika bos cakap yes..semua yes.  Tidak ada yang berani berkata No, no.no.
Itu geng lelaki.

Perempuan pun sama juga.

Jika idola gila berpakaian ketat dari hujung rambut hingga ke bawah,
Kawan kawannya pun begitu juga.
Jika idola berkhawin awal di universiti seberang laut
Maka kawan kawan satu fikriah akan terikut ikut sama.

Begitu kuat pengaruh kawan dan berkawan ini.

Oleh sebab itu jika kita ibu ayah yg sayang pada anak anak sendiri
Berhati hatilah membesarkan anak kita di rumah tu.
Sekarang rempit dan buli menjadi jadi di sekolah.
Mengapa?  Faktor terbesar ialah bilangan guru lelaki semakin kurang. Pelajar tak takut sangat dah guru disiplin atau guru kaunseling.

guru besar pun perempuan.
title itu besar
tapi tuan tak besar-besar mana pun.  Ajaib?

3.  Ikut sama sama di mana mana jua.

orang gila berkawan ..boleh kita lihat dgn gelagat mereka dalam Old Boys Meeting, Reunion.

Macam macam ada.
ada nak buat RU  atas bukit sana.
bila bersetuju,
semua kawan kawan lama akan ke puncak gunung tersebut.
Cukup taat dan setia ..sifat berkawan.
kawan berumah besar , dia pun sama buat rumah yg besar.
kawan motorsikal besar, semua pakai motorbesar.
Tetapi saya yakin, jika ketua mati di atas jalan raya disebabkan motor besar tersebut
tak ada pulak kawan kawan nak ikut mati tergolek, putus kepala atau hancur muka disebabkan rempuhan yg kuat.

pendek kata berhati hatilah.

Rasulullah s-a-w   ada memberi nasihat

berkawan dgn org berilmu ..tak dapat bnyk ilmunya
sedikit sedikit dapat juga.
contoh
hidup sederhana itu berkat.
hidup simple itu betteR. Tak sakit kepala.

betul tak?

Allahu akbar


Sekian.

Wallahu aklam.


0 comments:

Post a Comment