seronok ke pindah pindah ni

Posted by sazali

Salam.

Seronok ke berpindah randah ni?

Jawaban bercampur campur.

Kalau tanya isteri, jawapan yes kerana

I. Boleh berubah angin
2.  Dapat kawan baru
3.  Ada chance beli itu dan ini yg lain.

Kalau tanya suaminya

1.  Sedih jugak tinggalkan geng masjid, geng pasar gelugok, rakan rakan di opis dan ..memori
2.  Penat ..angkat kotak berbagai saiz ..statik basikal, peti sejuk, sofa, katil dan mcm mcm.  Tukang angkut  bergender lelaki jer
3.  Banyak duit habis
4.  Aghhh..begitulah kehidupan ini

Tidak ada yg kekal abadi di sini.

Best best macam mana pun ..kita kena keluar dari opis
Boring mcm mana pun ..noktah terakhir ..kita dan barang naik lori.
Naik bukit, turun lembah, lintas bas express ..akhir akhirnya sampai juga destinasi.

Jgn bimbng.
Jaga diri.

Kali ini cukuplah merantau.
Pandai pandai lah berada di kampung sendiri.
Jika kerap ke masjid
Nanti kita dpt geng geng baru.
Insya allah.

Senyum senyum lah selalu  abah.  Jaga gigi. Ada gigi, tandamu muda.  Tak ada gigi, otomatik bergelar tua. Warga emas tanpa gigi. He he he. Temppias air liur tu. Huish..  kotornya.  Oleh itu ..jaga diri boss.

Sekian.
Wasallam

0 comments:

Post a Comment