Kejar mengejar

Posted by sazali

Salam

Penat musim ini.
Kita selalu kejar mengejar dalam banyak benda.

1.  kejar masa

Nak makan pun tak sempat.
Kalau budget masa dari jam 0400 pagi ke 0600 pagi untuk ibadat puasa, sahur dan solat subuh di Masjid Jameek..
teruk juga kita kena kejar masa yang ada.
Selalunya ada orang buat solat tahajud semasa isteri @ anak sulong siapkan juadah sahor.  Kalau ada anak anak berumur 15 - 20 tahun, mereka perlu kita kejutkan mereka untuk bangun bersahur.

Bukan senang tu ..nak kejutkan setiap orang bangun dari tidur mereka, bersahur dan siapkan mereka untuk bersolat masjid.

2.  kejar harta dunia dan akhirat

Orang lain , mereka focus kepada dunia sahaja.  Kalau belajar ..mereka ada cukup sangat masa nak makan dan rehat. Markah mereka tinggi 4.00 flat dalam semua subjek.

Kalau org kafir berniaga ..mereka focus kpd 'untung/rugi' berniaga.  Cepat kaya  begini.  Otak tak bersarabuk.  Sedangkan ..

Orang islam .. semput kerana berkejar antara makan, solat dan rehat jika hari ini adalah hari Jumaat pula. Nak parking kereta bukannya senang ..

Ustaz/  ustazah bolehlah  berceramah macam macam ..  hukum itu dan ini ..
sedangkan kita pegawai sokongan di kementerian ..
kami terpaksa bersabar untuk mencari parking kenderaan kami yang tak seberapa ini bila bergerak ke masjid jameek,
Kadang kadang ..kita kena ambil anak kecil dari sekolah , hantar mereka ke pusat transit dan selepas jumaat kami hantar anak ke sekolah agama pula.

Penat abang!  jika nasib tak menyebelahi kami ..  makan pun tidak sempat

Lepas itu ..masuk opis pula.
Mesyuaraat tak habis habis ..punya.
Report kena present.  Itu dan ini.
Kadang kadang prestasi kita dipuji dan kadanag kadanag jika tak kena, kita dibalonnn habis habis.

He..he..he..

pendek kata bila balik ke rumah jam 0630 ptg atau 0700 ptg ..

asap hidung boleh berkepul kepul cantiknya  atau ..tersangkut sangkut.

Oleh sebab itu, kita selalu doakan ..agar
kita punya amalan dlm bulan puasa ini  dapat diterima oleh Allah sebagai ahli syorga
kerana ..
nak berpegang kepada agama seperti Sayidinna Bilal r.a. dan Abdul Rahman Al Aufff waktu
orang lain bercakap tentang World Class country, Advanced Country, High Performing country, 1MDB, 2.6 billion derma tok arab yang baru Mati
..  besar dugaan yang terpaksa kami tanggungi.  Lagipun ..GST ..semua barang mahal.

3. dan banyak lagi
pakaian fesyen

Orang cina pakai jeans  .. cantik.
Orang india pakai jeans pun cantik.
Kita mayu mayu pun nak cantik juga siang dan malam bila pakai jeans.

Oleh sebab itu kita beli jeans dari USA/  angkasa / langit yang tinggi (JIN).
ha..ha..ha..  Branded.

Bila pakai jeans
orang komen itu ini pula.

Punggung kita tak sesuai lah ..
nipislah,  daging punggung tak ada lah , 
tonggeklah,
besar sangatlah bummm kakak
dan macam macam.

Sakit hati tau?

Begitulah ..kehidupan ini.
Kita asyik kejar mengejar.  Stail pakaian pun kejar mengejar bila kita dalam bidang marketing dan sales.  Kena ada juga jeans mahal mahal, kot dan sepatu tinggi 2 meter dari paras karpet KLCC.  Org lain pakai jeans tak kan kita na pakai baju seluar berguni pula.  Nanti org pandang kita apa pulak ...  bukan?
Hasil dari itu, penyakit datang tanpa diduga. Kenapa tidak?  jantung kita bertegup terlalu kencang bila sales tak boleh close close.  Aduhai!

Muga muga tuhan faham keadaan kita ini rakyat di bawah pimpinan YB Dato' Najib Tun Razak ini.  Bila faham ..terus hantar kita ke syorga sudahlah.  Kita tak mahu bargain macam macam ..just syorga ya Robbi.
Ameen.
Sekian.
Wasallam.



0 comments:

Post a Comment