Penat @ letih

Posted by sazali

Salam

Kalau badan tidak cukup rehat dan makan pun kurang ..

badan kita cepat penat dan letih.

Mengapa tak cukup rehat?

2)  Senang jer...

Dalam bulan puasa ..macam macam pegawai melayu kena buat.

Tengok sahaja

Jam 0725 bukak puasa.
Ramai orang islam berbuka puasa.

Jam 0800 malam .. solat maghrib (FARDHU).

Jam 0845 malam ..solat isya (FARDHU).
Jam 0900 malam ..solat terawih (SUNNAT).
Jam 1030 mlm ..baru selesai.

Balik rumah .. mata dah mengantuk ..  nak minum air susu kambing campur madu lebah pun
tak larat nak bukak mulut.

TTerpaksalah  isteri bukakkan mulut suami atas dasar sayang.

Jam 0400 pagi .. sudah bangun.
Si ibu dulu bangun.  Dia panaskan makanan dan hidangkan semua makanan dalam peti sejuk (jika adalah).

Jam 0430 pagi ..kejutkan suami yang kuat hasil meminum air susu kambing + madu lebah itu.
Jam 0515 pagi ..  baru selesai bersahur.
Jam 0520 pagi solat tahajud sekejap.  Buat sepantas kilat. Yang penting BUAT.

Jam 0540 pagi .. bawak kereta ke masjid dengan anak anak yg semi terjaga. ..Solat Subuh.

Jam 0700 pagi ..  pergi ke opis yang terletak 50 km dari rumah.

Pergi balik  opis -  jam 0630 ptg baru sampai rumah.

Mana tak penat kak?

3)  Dalam memandu , mata kena bukak seluas luasnya.
Manalah tahu ada babi hutan melintas lebuh raya .. di KLuang , Air Itam itu.
Kalau tak awas ..  kereta rusak dan babi hutan terkorban.

Tragik ialah .. nama kita disebut Allahyarham.

Tengok ..  lah .. kita kena ada cukup rest/ rehat pada bulan puasa.

Sebab itu nabi dah berpesan ..
bersederhanalah ..dalam semua amalan.

Klau mengantuk ..tidorlah.
Kalau lapar ..makanlah.

Jangan over over.  Nanti membahaykan diri sendiri.

Kalau sakit , berbukak puasalah kamu.
Kalu bermusafir dari Pakistan ke Malaysa dengan PROTON .. islam benarkan kita berbukak puasa. Jauh 3000 km jauhnya.  Kalau kereta pun berasap..apatah lagi dengan badan kita. Patah , patah dan bengkok lah jadinya. Makanlah.
Lain kali .. kena ganti (WAJIB).

Tetapi ramai kita ..  berpuasa juga walaupun badan cukuplah letih @ penat.  Ini tersangatlah bahaya.  BIla kita mati .. siapa nak jaga anak anak kita yang begitu ramai itu?  Tambahan pula si ibu masih muda tau?

Problem ..sikap kita tak mahu kalah

Kita sayang puasa . walaupun sehari.  Sakit gigi pun .. sanggup kita berpuasa.  Sampai pipi dan dagu merah menyala bawak pipi dagu ke sana sini .. tetap berpuasa. MasyaAllah. 

Mengapa menyusahkan diri ini?  Pergi klinik gigi kerajaan dan cabutlah.  Selepas raya puasa nanti ..gantikan sahaja puasa itu.  Apa boleh buat ..sakit gigi datang musim berpuasa.  Bukan kita program pun benda alah ini, bukan?


Ada orang tak cukup ilmu.  Dengan ilmu, kita boleh mengamalkan agama dengan baik.
Imej islam pun kembali pulih.  Guru Besar pun respect. Pengetua sekolah pun respect.  Ynag penting .. tugasan guru berjalan secara terbaik dan professional.

3)  Makanan pun ..tak banyak dimakan.
Ada makanan banyak pun ... kurang zat.  Sayang kat duit .  nak beli daging , ayam dan telur. Asyik makan ikan bilis, ikan cengcaru  dan sayur kangkung sahaja.

Minuman di rumah. Asyik teh ore, kopi ore dan air dari langit sahaja.  Target nak pergi umrah setahun sekali ..dengan isteri.

Tak pernah kenal budak budak di rumah dengan minuman MILO, OVELTIN
dan HORLICKS. 

Buah-buahan seperti betik, limau dan durian . tak ada atas meja berbuka puasa.
Yang ada mangga muda  dengan cuka, garam dan belachan sahaja.   Atau pun nenas.  Murah.
Kasihan budak budak di rumah.
Sudahlah mata pelajaran di sekolah susah dan berat ..makan buah mangga  dan nenas jer setiap hari pulak bila berbukak.
Aduhai.. ayah?

Penat dan letihlah badan kita berpuasa.  Sedarlah wahai ayah.  Anak anak pun nak makan benda berkhasiat juga.  Bila nak beli susu lembu segar untuk budak budak ini?  Pekena roti Gardenia hijau fibre ker sekali sekalor ..  baru kuat anak anak di sekolah. Ini tidak.  Anak anak di dapati sakit di sekolah.  Cerik berik dan macam macam.  Kasihan.

Maaf jika terkasar bahasa. Saya menulis sekadar memberi keinsafan agar makan minum anak anak ini pun amanah tuhan jugak.  Itu jer.  Maaf , deh?

Sekian.
Wasallam.



0 comments:

Post a Comment