berniaga di dalam bulan puasa

Posted by sazali

Salam.

Siapa tak gila duit? Apatah lagi jika duit datang berintikan tak putus-putus. Dulu waktu muda-muda saya perhatikan ramai kawan saya berniaga kecil-kecilan di dalam bulan yang mubarak ni. Memanglah menguntungkan tetapi .. cuba renungkan bersama perkara-perkara berikut:

a) jika berniaga di waktu siang, sudah tentu badan kita letih .. bagaimana dengan amalan lain yang afdal seperti membaca Al-Quraan dan bertarawih.. Terawih datang sekali se tahun jer? Banyak fadilat jika beramal di malam lai la tul Qadarrrr.. lebih dari 1000 bulan kita beramal.

Bukankah .. dengan memakan gaji di sekolah, politeknik dan universiti ..kita sudah mempunyai gaji yang stabil? Biarlah orang lain yang berniaga .. mereka tidak ada soal jawab dengan murid-muridnya

b) jika otak kita selalu sangat fikirkan perniagaan .. bagaimana dengan kerja rutin kita seperti menanda buku latihan pelajar-pelajar kita? Mampukah kita memberi fokus yang tinggi di dalam 2 bidang yang berbeza seperti perniagaan rojak petis di dalam bulan puasa dengan pengajaran matematik Tingkatan 1 (kelas paling corot sekali)?

Sayang.. saya tengok kawan-kawan saya selepas ber hari raya .. setengah-tengahnya terpaksa dipapah ke hospital kerana berbagai-bagai penyakit maklumlah buat macam-macam di bulan ramadhan yang lalu. Pagi mengajar, ptg berniaga dan malam berterawih. Penatlah badan itu. Sebenarnya Allah memberi kita amanah menjaga tubuh badan kita dengan baik. Jangan ambik mudah saja kawanku. Jika wang bertimbun-timbunpun jika banyak sangat wayar dicocok ikut hidung dan beberapa lokasi di dalam tubuh kita .. seronokkah kita berniaga begiitu?

So bersyukurlah dengan apa yang ada. Kita mengajar dengan baik dan sebaik mungkin pada bulan ramadhan dan kita selalu doakan semuga pelajar-pelajar kita berjaya dan semuga rezeki kita diredhai oleh ALLAH yang ESA sepanjang masa. Ameen. Renungkanlah.

Wa llahu alam..

0 comments:

Post a Comment