ganti kelas di musim ramadhan

Posted by sazali

salam

Malam ni saya terpaksa menggantikan kelas matematik untuk pelajar-pelajar diploma IT. rancang nak buat KUIZ matriks dan calclus jer. Selepas itu saya akan berbincang penyelesaian soalan kuiz tersebut. Terpaksa buat memandangkan minggu depan cukup mencabar maklumlah pelajar-pelajar islam mulai sibuk membooking tiket bas/ kapal terbang untuk pulang ke kampung masing-masing meraikan Hari Raya Aidil Fitri . Minggu depan juga minggu TEST. Very tough indeed. Sebagai pendidik kita mesti bina soalan yang bagus-bagus setanding dengan UM, UKM, UPM, USM dan other universities in Malaysia.

Perkara ini terjadi kerana saya terlupa mereka .. maklumlah di waktu petang-petang selepas asar otak kita fokus membeli juadah berbuka puasa. Sangat malu saya .. bila dihubungi oleh Ketua Kelas bahawa mereka sedang menunggu di dalam sebuah kelas di Kampus Makmal UTHM. So pendekkan cerita malam inilah malam di mana saya kena gantikan kelas tersebut. Burn lah .. sembahyang sunat terawih kita semua. ya ROBB ampunkan dosa saya.

tak pa lah.. apa boleh buat. Sifat lupa adalah satu kebiasaan jika umur semakin banyak. Cuba angkat tangan siapakah pembaca saya umurnya semakin menggurang. He..he.. Subha nallah, alhamdulilah, allahuakbar

W allahualam.

0 comments:

Post a Comment