Ramadhan dah dipertengahan jalan dah. Ok ker ?

Posted by sazali

Salam

Syukur kita di pertengahan ramadhan dah ni. Cuba kita muhasabah diri sikit. Banyak mana dah kita berpuasa ... adakah berkualliti atau di takok lama lagi? tidak ada apa-apa perubahan. Dulu malas nak baca Quraan ..sekarang pun nak belek Quran pun tak sekuat mana pun.

Kita lebih suka baca berita berita dari akhbar harian dari membaca Al Quran dan melihat tafsirannya.

Ayuh kawan-kawan.. cuba kita tengok.. dah ada kawan-kawan lama kita yang dah pergi buat selama-lamanya. Tak berramadhan dah mereka. Dulu kawan-kawan kita ditimpa kemalangan .. dan mati .. mungkin satu hari nanti .. giliran kita pula. Tak takutkah kita?

2) Sembahyang terawihpun ..biarlah semakin seronok. Jika dulu buat 8 sekarang bila umur dah bertambah.. gaji pun bertambah.. eloklah bilangan rakaat sembahyang terawih dilipatkan sikit. jangan malas tuan. Kena lawan sikit. Kalau bukit dan bukau kita sanggup redah .. tak kan lutut kita tak leh swing sikit sikit untuk menambah rakaat ke angka 20 pulak. Ayuh tuan. Buatlah. Tak terlambat lagi ni. Hayat masih dikandung badan.

3) Malam malam kita buat apa. Tidur macam bulan-bulan biasa ker? Bagus nya ..bulan ramadhan ni ..kit abelajar bangun se awal jam 0400 pagi dan kerjakan .. sembahyang tahajud. Mintalah dengan Allah apa-apa yg kita nakkan. Jangan malu. tak luak harta dan khazanah Allah. Janji kita mintak. JIka sekarang anak masih 1 orang walaupun dah khawin 10 tahun ..mintak lah dgn Allah supaya zuriat kita bertambah ramai. Mejadi kebanggaan Nabi Besar kita Muhammmad s.a.w. Janji kita mintak. Dulu tak happy dengan perangai isteri kita.. macam2 nasihat dah kita beri .. bukan dia nak dengar .. dilibas pulak kita .. Sebenarnya hati isteri itu adalh milik Allah. Mintak dengan Allah supaya Allah lembutkan sikit hati isteri tu. Biar dia taat sikit dgn kita suaminya. Mintak di dalam solat tahajud tuan-tuan.

4) klau boleh bulan puasa ni ..doa sungguh2 supaya Allah ambik kita buat kerja dakwah jauh-jauh di negara orang. SEpagi dan sepetang di jalan Allah lebih baik dari dunia dan seisi-isinya. (Hadith). Biar Allah gunakan kita ..gunakan harta kita,, nyawa kita, masa lapang kita, masa sihat kita , masa kaya kita , masa.. semasa hayat dikandung badan ..biar Allah terima kita sebagaimana Allah terima Anbu Bakar, Omar, Othman, Ali r.a. berjuang di jalannya. Bukan guna kita menyanyi nashid tuan-tuan di masjid-masjid di negara Bosnia ..tuan-tuan tetapi buat kerja dakwah tabligh ..diseluruh benua.

Lakukanlah. saya ajak diri saya dan tuan-tuan ..jom kita bangun dan buat kerja agama sepanjang hidup kita. Ramadhan pun dah nak pergi dah. Kit atak tahu ..boleh berjumpa lagi atau tidak ramadhan ni ..tahun-hadapan. So .. bertaubatlah ..doa supaya diampunkan dosa kita dan ..mintak Allah redha pada kita dan jiran-jiran tetangga kita.

Ameen.
Wallahua alam.

0 comments:

Post a Comment