Kasih ayah dan ibu selama-lamanya

Posted by sazali

Salam.

Hujung minggu yang lalu kami ke Kajang, Bandar Seri Putera dan UIA. Melawat ibu-ibu kami yang sudah uzur. Maklumlah bulan puasa ini bukan senang ibu-ibu kami yang selalu sakit menjalani ibadat puasa. Belanja lawatan adalah sekitar RM400/= kerana adat melayu adalah kita anak-anak ni jika melawat .. bagus bawa sedikit buah tangan dan angpow untuk mereka.

2) Alah saja-saja. Bukan selalu. lagipun orang kata jika kita murah hati kat orang lain terutama ibu dan ayah kita ..Allah akan murahkan hati kepada kita lagi dan lagi. Insyallah. Saya percaya semua ini. Kesihan juga mendengar ibu-mertua saya sudah tak terdaya lagi berpuasa maklumlah .. beliau memakan ubat yang banyak setiap hari. Untuk menghiburkan hatinya saya redha tinggalkan isteri saya semalam-malaman dia tidur dengan ibunya yang tercinta. saya percaya jika berbuat demikian ..sejuk sikit hati ibu mertua ku ini.. insyallah.

3) Selepas ke Bandar Seri Putera saya ke rumah adik kandung pompuan di Kajang. Di sinilah ibu ku menghabiskan masa tuanya bersama-sama adikku yang 'cacat'. Kadang-kadang fikir bagus juga adik iparku ini sanggup / bersabar/ melayan kerenah ibu dan adik lelaki ku ini. Di doakan mereka mendapat pahala yang sebesar-besarnya dari Pencipta kita Allah Subhana wataala. Ameen. Saya beli sedikit belimbing muda dan buah-buahan lain seperti duku, langsat, strawberry, dan .. (maaf .. tak ingatlah..Ya ROBB ..). Amalan membawa buah tangan ini saya dapati hasil didikan arwah ayahanda ku Haji Khalid Muhammad lagi. Selalu jika arwah melawat ibunya yang uzur di kampung Gaal Hilir, Pasir Puteh , ayah selalu membeli macam-macam untuk ibunya seperti tapai, jering rebus bercampur kelapa yang sudah berparut, dan macam-macamlah lagi. Dia kata ".. ini semua makanan kegemaran Mok Gaal mu ..lah ni ..li.." Arwah ayah akan mengembirakan ibunya dengan bermacam-macam cara seperti bercakap dengan sopan di tepi tangga sebuah rumah tua yang sudah usang. selalunya .. saya suka bermain di telaga nenek .. tersangatlah sejuk air telaganya itu. Puas bercakap dengan ibunya arwah ayah akan menukar pakain untuk gi berkebun .. macam-macam dia tanam .. salah satu adalah cempedak madu. Ini favourite saya.

Di Kajang saya membeli buah belimbing untuk ibu. Saya panggilnya 'ma' .. rasa-rasanya nama ini moden seperti filem melayu yang ia suka tonton di waktu mudanya. Kebanyakan filem melayu yang ibu suka adalah filem arahan P Ramlee. Seronok tengok ma makan belimbing dengan cucu-cucunya yang lain di kajang selepas kami selesai sembahyang terawih di surau Taman Harmoni , Bandar Teknologi Kajang. Hasil sembahyang terawih di sini saya dapati dua perkara. Pertama: surau ini sangat dhaif. Memerlukan wang bantuan dari orang ramai bagi membina sebuah masjid yang sempurna RM300000/ = . Nampaknya dah muladah projek masjid ni. Sesiapa yang nak menderma cepat-cepatlah. Bagus bina masjid walaupun sumbangan kita tidak sebanyak derwa King Fahhd dari Saudi Arabia. Hulurkan saja. Insyallah anda akan tergolong di kalangan orang yang dermawan untuk jalan allah. Syukur. Perkara kedua ialah mereka mengadakan tazkirah selepas menunaikan 4 rakaat sembahyang terawih. Tajuk tazkirah ialah 'Berdoa lah ... ' . Banyak point berkenaan dengan doa ini. Kita mesti belajar berdoa di waktu tidur, bangun tidur, tengok diri kita di dalam cermin .. banyak cermin besar-besar di Nilai 3, he..he.., baca doa semasa makan, selepas makan, berdoa bila orang memberikan kita makanan dan lain-lain. Bahkan semasa mencabut 'ubi kayu' di kamar kita beradu pun kita mesti baca doanya muga-muga kita mendapat anak-anak yang soleh dan berbudi bahasa. Ameen. Jika pembaca belum tahu doa-doa ni ..belajarlah .. ikut jamaah dakwah tabligh lagi cepat kita dapat semua doa-doa masnun ini. Syukurlah saya tahu banyak doa-doa ini semasa saya keluar dengan jamaah dakwah dari dulu hinggalah ke hari ini. Jamaah Dakwah adalah sekolah ekspress. Kita cepat pick up amalan sembahyang jamaah 5 kali sehari sehari di masjid-masjid, cepat pick up .. pasang janggut ala nabi-nabi seperti musa a.s dan Nabi Besar kita Muhammad s.a.w. Mengikut kawan saya Brother Asif Jawaid di London England ".. if you look at the mirror while u are putting on ur thick or goat's beard and u feel u look not nice as before..then u can say that .. ur iman to Allah has decreased to a certain level..". Saya masih ingat semua yang dicakapkan oleh Brother Asif Jawaid di London. (kami tinggal serumah pada tahun 1976/77. Beliau masih belajar di University of London. Degree Mechanical Engineering pada masa itu). waktu itu Asif adalah Ameer Saheb Students in Europe. Bayangkan impact hidup dengan seorang pendakwah besar di Eropah. Muga-muga pengalaman hidup itu akan saya bawa hingga ke akhir hayat. Dia banyak membantu saya semasa saya belajar accounting di London.

Oh yes ..ibu memakan belimbing dengan cucu-cucunya. Best tengok mak makan dan suka-suka makan lada hijau bercampur kicap dan sedikit belacan. Di sini kami panggil makanan asam ini 'colekkk'. Best untuk orang yang susah berak di waktu pagi. Makanlah makanan ini jika boleh 10 minit sebelum masuk tidur setiap hari. Besar kemungkinan penyakit buasir dan susah berak akan berakhir begitu sahaja. Insyallah. Jika boleh tambahkan sedikit buah-buahan seperti mempelam muda, kelubi, chelagi, cermai, .., macam-macamlah asalkan darjah kemasamamnya mampu membukakan mata kita yang sudah mengantuk 360 darjah luasnya. (ha..ha..ha). Sedappp..

Itulah yang saya nampak dari wajah ibu saya. Aghh.. waktu ini.. Ibu tidaklah lawa sangat tetapi ..saya yakin dia lawa jugak di waktu muda ..jika tidak tak kan .. arwah ayah gila betul dengan nya ..hingga mendapatkan saya dan 3 orang adik beradik yang lain. (ha..ha..ha), Begitulah saya cakapkan semasa berbual dengan ibu saya. Di sana, saya ada bilang .. saya nak belikannya sepasang baju kurung untuk dia pakai di hari raya Aidil Fitri yang akan menjelma. Dia kata ".. mu nok beli warno apa li.. kalau boleh ..cari warno .. hijau pucuk pisang lah ..ma tak banyok warno tu.. Ok lah ma..".

Pagi ahad saya ke UIA, Petaling Jaya. Melawat anak lelaki saya di sana. Aghh.. cukup seronok mak dia berjumpa anak bujang lelakinya .. maklumlah ibu dan anak. saya? Ok jer. kami bercakap macam-macamlah .. dan kami bawa dia ke Cold Storage Emporium berdekatan. Saja-saja .. shopping sikit-sikit untuknya.. dia beli macam-macam seperti milo, biskut, jus buah-buahan, .. dan lain-lain untuk berbuka puasa. Budget RM80 untuknya sahaja. OK lah kot. Selepas itu dia bawa ibunya ke kedai ..hand set. Entah.. kata nak adjust memory card dan download lagu-lagu dakwah ke dalam handset ibunya ini. Macam-macamlah gelagat mereka anak beranak. Happy mereka happy jugak lah saya. O yes . semasa mereka sibuk shopping tu ..saya sibuk menyiapkan paper research untuk di hantarkan ke elsevier journal. Entah.. harap-harap dapatlah kiranya penulisan ini dimuatkan ke dalam jurnal elsevier. Insya allah.

Selepas zohor kami pun pulang terus ke Batu Pahat. Banyak lori saya lintas termasuk kereta-kereta sekonding/seciput dan yang menghairankan saya ada pulak kereta Volvo dan Merx yang tersadai kat tepi highway. Untunglah saya memandu kereta Exora Proton jer. Nak kata hebat ..hebat jugaklah .. kerana jika kita membeli produk malaysia dengan sendiri kita tanpa disedari kita menyokong semua universiti di tanah air mengeluarkan graduan kejuruteraan mekanikal dengan hasil research dan inovasi mereka. Biarlah teknologi kita tidak sehebat Toyota Vios, atau Mitsubishi pun ..yang penting orang-orang pandai malaysia sedaya upaya membeli dan menyokong produk tanah airnya sendiri habis-habisan. Allah akan membantu kita mengeluarkan teknologi kita sendiri. Barulah kita boleh lawan yahudi dan nasaro kristian di dalam semua bidang pada satu hari nanti. insyallah. Renung-renung lah sendiri.

Wallahu alam.

0 comments:

Post a Comment