Life has to go on

Posted by sazali

Salam

Hari ini kelas berjalan seperti biasa. saya memasuki kuliah matematik DIT tahun 1. Topik janjang geometri. Beri 5 soalan kepada pelajar .. kita beri soalan kita jugak lah yang kena jawab. Berbeza dengan pelajar dahulu. Jika 5 soalan .. untk mereka ..mereka akan complain ..homework terlampau sedikit/ kurang sangat. Tidak bagus untuk belajar maths. Tetapi di dalam kelas ini .. macam-macam mana pun 5 soalan saya berikan .. 5 soalan juga yg terpaksa saya tunjuk cara penyelesaiannya. Boring ! tidak ada apa-apa cabaran mereka ini.

2) Tetapi .. saya rasa ada sedikit malaslah ..mengajar pada hari ini. Mengapa? Kami baru jer kehilangan sahabat. Keadaan di FTMM UTHM pun nampak .. hilang ceria sedikitlah .. kalau tidak dalam mesyuarat ..arwah selalu .. tanya lain jawab lain dia ni.

3) Entah itulah erti kehidupan. Tidak ada orang yg terlalu penting di sini. Jika kita tiada pun .. org bersedih sekejap sahaja .. 1 hari, 1 minggu, 1 bulan, 1 tahun, 10 tahun, 20 tahun..? .. manusia lain akan mula melupakan kita .. tengok sajalah Puteri Diana di Britain. Orang dah mula lupa kehebatannya .. lakonannya dengan Hewitt (pegawai tentera Britain berkuda) dan budak mesir tu Doddy. Apa orang nampak ialah ..jaga kebajikan hidup masing-masing. Why? kita mesti teruskan hidup. Mana ada manusia .. jika dia mati .. matahari dan bulan berhenti terus 100%. Tengok sajalah kewafatan baginda nabi muhammad s.a.w. nabi adalah kekasih Allah. sebab itu adanya merhaban di negara ini. Memuji sunnah kehidupan rasulullah. tapi .. Matahari terus bersinar dan bulan terus mengambang. Kesedihan .. akan berganti .. kegembiraan. Lambat launlah. Prince Charles dahpun berkhawin dengan siapa tu .. aghh tak ingat dah namanya tetapi pokoknya .. Diana yang terkurban di dalam nahas di Paris .. yg hilang sudahpun berganti. Yang pergi .datanglah pengantinya. Itu lah hakikat kehidupan. Jgn rasa sedap sangat beristeri muda yg lawa-lawa. Silap-silap 3 bulan jer kita pulang ke rahmatullah .. sudah ada orang yg sanggup mengambil balu kita sebagai teman hidup mereka. Mana ada .. yg patah tidak berganti. Pokok, dahan dan daun di Malaysia paham benar benda ini. daun daun muda akan terus tumbuh menjalar di sepanjang dahan yg memanjang .. menghiasi se batang pokok yg tumbuh segar dan terus menghijau.

Itulah pengajaran bagi kita yg hidup. Kita mesti berwaspada. Ingatlah ..dunia ini sementara dan akhirat lah yang kekal abadi. Jika ada 10 malam ramadhan 2010 masih berbaki ini .. gunakan masa ini sebaik mungkin. Untuk bekalan kita juga di hari matinya kita. Ayuh sahabat-sahabat kita semua. Jgn pandang belakang lagi. Terus pandang kehadapan. Selamat kita. insya allah.

Wallahu hu alam.

Al Fatihah untuk mereka yg dah pergi buat selama-lamanya.

0 comments:

Post a Comment