Ramadhan, tugas dan tanggungjawab guru

Posted by sazali

Salam.

Ramadhan datang lagi. insyallah. Syukur kita dikurniakan tuhan untuk bersama-sama dgn bulan yg mubarak(berkat) ini. Alhamdulilah.

2) Pada bulan ini semua amalan sunat ditukarkan darjatnya kepada amalan fardhu. Dan semua amalan fardhu ditingkatkan darjatnya menjadi 70 kali fardhu. bayangkan jika kita start mengajar di sekolah dgn DG41.. after some time ..KPM .. PM .. angkatkan kita punya gred jadi DG111. Bayangkanlah berapa banyak gaji pokok kita dapat campur dengan elaun perumahan/ elauan macam2 dah... Sure hati kita akan pecah dan meletup. Tak percaya punya pasal lah.

3) Tetapi gila-gila mengejar ganjaran yang berlipat kali ganda ini jangan lah kita lupa:

3.1 students kita yang sdang menunngu kita di dalam kelas mereka masing-masing
3.2 mengajar budak-budak dengan cara yang terbaik / cemerlang/ beri mereka hand outs berwarna-warna penuh dgn ilustrasi ..
3.3 melayan soalan mereka yang serba mencabar dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang

maklumlah ( saya menulis benda2 di atas) kerana scenarion bulan puasa ini kalau kat sekolah lama dan politeknik lama saya ialah:

3.4 ada staff yang curi tidur sebelum zohor jam 1.15 petang di atas musalla/ surau/ masjid
3.5 ada yang tidur di dalam bilik guru/staf
3.6 bau dari mulut guru yang berpuasa - loya nak tulis di sini

Jika saya ditakdirkan menjadi monitor .. tak berselera saya nak berurusan dengan sebarisan guru-guru yang nampaknya terlalu letih, mengantuk, khusyuk mimpi berjumpa dengan bidadari syurga di dunia ini lagi. Tapi awas ..

3.7 tengok bil kita belanja bulan puasa . Ada kurang atau tidak? Kalau kurang sebanyak 50% alhamdulilah tetapi jika meningkat sebanyak 100%, 200% .. nyatalah kita puasa ..setakat berlapar dan dahaga sahaja lah.

Oleh itu saya ingatkan diri saya .. disebabkan kita ada tugas di sekolah, politeknik, dan universiti ..pandai-pandailah menyesuaikan diri dengan ibadat pada bulan puasa ini dan tanggun jawab kita mengajar students dari semua pelusuk dunia, assigments biarlah bertanda, quiz dan test yang diberikan biarlah ada markah dan suggested answers/solutions.. macam bulan-bulan bukan ramadhan lah.. Jangan terlampau mengantuk ..kita sedang membawa kereta ini. Silap-silap kita tak sempat menyambut hari raya kali yang ke ... Sudah pergi menemui Tuhan yang Maha Esa. Silap kita jumpaNYA terlalu awal ni.. sebab? terlampau mengantuk tak nampak lori treler yang datang ..drebar treler pun puasa kuat juga.. sama kuat dengan kita .. sama-sama mengantuk gila. Bahaya.. so berwaspadalah wahai diriku, kawan-kawan, sahabat-sahabat..buatlah ibadat puasa ini sebaik mungkin tetapi jangan lupa ... ramai lagi orang memerlukan kita di rumah, sekolah, polytechnic dan universiti ini.

Akhir sekali .. sembahyang fardhu maghrib/ isyak adalah lebih tinggi afdalnya dari semabhyang terawih 20 rakaat .. sembahyang malam sepanjang malam .. lebih baik fokus tenaga dan fikiran ..n khusyuk kita pada amalan-amalan fardhu terlebih dahulu dari ..berkejar-kejar ./ bergegas-gegas nak cari saf pertama sembahyang terawih.. satu lagi if penat buat lah terawih 8 rakaat sahaja .. dan habiskan 12 rakaat itulagi di rumah. Apa kata ? He..he..

Jgn baca terlalu banyak berita dunia. Focuslah baca AlQuraan dan hadith rasululullah. Niat tahu dan amalkan terus tanpa banyak soal jawab. Masa tak lama lagi dah. Baki umur makin hari makin kurang. Elak dari berbahas. Pa pa pun kita tak amalkan juga.

Sekian. Wallauh hu alam. Muga2 Allah kasih pada kita semua. Ameen.

0 comments:

Post a Comment