Bila air tiada di hostel pelajar-pelajar

Posted by sazali

Salam.

Sekali lagi ... hostel pelajar .. tidak ada air. Bayangkan betapa payahnya kaum hawa ( perempuan) untuk menunaikan solat subuh dan mandi-manda untuk ke kuliah. Mengikut kajian experimental, di dapati pelajar perempuan banyak menggunakan air dari pelajar lelaki. Mungkiin mereka mandi dan terus membasuh baju dan pakaian-pakaian lain.

2) Dua malam yang lalu ..saya ada menjemput seorang pelajar senior lelaki makan malam di rumah saya. Saja-saja jer. Kebetulan dia orang Kelantan. Kedai Mulong - kampungnya. Cakap punya cakap , dia ada memberitahu saya bahawa ramai students tidak mengerjakan solatnya 5 kali sehari. Oleh yang demikian, maksiat sudah menjadi-jadi di kalangan belia islam. You tube dan segala teknologi handphone .. rupa2nya ini adalah satu strategi syaitan dan kafir untuk merosakkan akidah orang-orang islam. Isu aurat dalam islam sudah menjadi kaliih (sudah biasa melihat aurat kedua-dua jantina tanpa segan dan malu). Melakukan maksiat pun sudah menjadi trend. Dahlah sekarang budaya tidur lewat2 malam .. bangun lewat2 pagi .. masak ada yang tak pandai-pandai lagi dan lagi , .. maka satu conclusion ..dapat juga dibentangkan di sini. Apa sudah jadi? Subjek agama di universiti pun macam diskusi , forum jer seakan-akan dijalankan di tepi pantai Port Dickson - membanding-bandingkan agama/ konsep 1malaysia dan macam-macam lagi ..tajuk ..yang mana ..jika pelajar tu dari kalangan orang yang tak menjaga amalan sembahyang, bergelumang dengan maksiat .. input-input dari kuliah subjek seperti Titus .. besar kemungkinan .. tidak akan membawa sebarang kesan kepada pelajar2 tersebut. Dia tidak akan berubah. bayangkan jika orang begini akan menjadi menantu-menantu.. tuan pembaca. Mungkin inilah zaman kita menjemput 'musuh' dalam selimut tanpa disedari. Penatlah kita didik anak-anak kita jaga sembahyang dari usia 7 tahun sampai ke hari ni ..tup tup ..tiba2 muncul orang yang selalu miss solat/sembahyang dalam rumah tangga kita... Budaya apakah ini? Lagi pun sekarang dah ada teknologi copy and paste .. tulisan orang warak di universiti ..senang sangat orang ..lain tiru bulat-bulat dan tukar nama dan kad matriksnya sahaja. Silap2 ..si peniru itu dapat markah lebih tinggi dari orang warak sebenar di universiti ini. Alangkah .. marahnya DIA. Trend di atas makin parah jika hostel tiba-tiba tidak ada dibekalkan dengan air yang mencukupi. Siapa patut disalahkan di sini?

3) Conclusion? Dengan tidak ada air pulak ni lah .. kat hostel .. makin parahlah penjagaan amalan agama 24 jam ini di kalangan anak-anak kita berumr 18 - 25 tahun ini. Satu persoalan dari si ayah ini? Mengapa orang yang bertanggungjawap ..tak check semua sumber-sumber air .. sebelum ini ..sebelum bermulanya semester baru tahun 2011 ini . Pelik juga yer? Saya sebagai ayah .tersangatlah risau dengan trend sebegini. Tidak ada air dalam hostel universiti ternama? matun? bayangkan hostel di ceruk-ceruk kampung di Ulu-ulu Kelantan/ Ulu yam dan ulu Perak sana. Samples, mewakili malaysia? Patutlah .. makin hari makin ramai ..orang yang jauh dari keredhaan Allah . Maksiat terbesar ialah .. meninggalkan sembahyang. Cuba kita fikir 1 hari tidak bersembahyang. 5 kali maksiat terbesar telah kita lakukan saban hari. Oleh itu .. saya merayu .. Tolong jaga amalan kerja di pejabat kita..fikir-fikirlah .. kesan dari kerja kita ini .( tak sensitif dengan isu ketiadaan air di hostel-hostel ). / dan sudah tentulah jagalah amalan sembahyang kita wahai anak-anak ku. Kena buat persediaan. Beli 4 botol air mineral. Buat spare. Takut-takut tidak air lagi esok dan lusa. Susahlah begini.

Sekian. Wasallam. Wallu hu aklam.

0 comments:

Post a Comment