Hujan datang lagi. Lebatnya!

Posted by sazali

Salam.

Subuh lagi hujan dah turun. Saya ke masjid kena pakai payung. Osshhh.. angin pun kencang. Kena berhati-hati jika pakai kain sarung maklumlah ..kain diangkat angin .. bahaya nanti. Tetapi jangan risau .. masih gelap lagi dunia ni. Waktu subuh tak ramai orang. Walaubagaimana pun syukurlah Allah panjangkan umur kita lagi sehari dan sehari lagi.

2) Sebelum kerja, saya dok baiki bab 4 buku saya. Pasal dapatan kajian. 50 helai bab ni. Rasa-rasa nak buat 5 - 10 helai jer. After that bab 5 diskusi, kasi 40 helai. Baru padan penat lelah mu itu pada tahun 2006-2009. Insyallah saya cuba keluarkan buku 100 helai tebalnya sahaja. Makin hari makin terang .. wajah buku sulung saya ini. Alhamdulilah. Dalam pada itu, hujan terus mencurah .. turun ke bumi. Tanda .. saya mesti berhati-hati di jalanraya. Anakku nenez terus tidur selepas subuh. Penat kot. Semalaman dia ke sana sini buat medical check up dgn doktor .. nak sambung ngaji di Kolej Islam Klang. Tngtn 4. Didoakan dia berjaya menjadi doktor pakar wanita - sakit puan. Ameen. Senang sikit kaum hawa di dunia ini. Tak payah kasi doktor lelaki (bujang) tengok apa-apa bahagian dari tubuh kaum hawa. Selamat segala-segalanya. Ameen. Tak sangka juga ,.. bila abahnya sibuk ngaji phd .. anak ini terasa terpanggil mahu blajar sungguh2 mcm abahnya. Syukurlah. Amalan itu mulia jika diamalkan. Org ambil contoh dari amalan kita. Tidak payah cakap bnyk2 .. anak tiru dari kita. If kita gila membaca buku / anak pun suka membaca buku. Jika mak ayah suka musik, anak2 suka menari, menjoget.. apa leh buat. Bapak ketam .. kan?

3) Hujan? selalu ada kes accident di sini .. Parit Raja/ B. Pahat dan Kluang ni. Takut juga bila melihat nahas membabitkan pelajar atau kanak2 sekolah. Bayangkan jika yang malang itu ..kaum kerabat kita yang tercinta. Oleh itu kena pandu dengan hemah dan berotak. Tak payah laju-laju. Lagi pun bukan ada along kejar kita kan? Hidup sederhana tidak perlu mana-mana along menjadi konsultan kewangan kita. Selamat tidur. Tidur lena walaupun rumah kita tidak ada servis air-kond apa-apa. Tetapi jika ada ah long mencari kita , rumah ada air kond 4 kuda kuasa pun, mungkin ..tidak lena tidur dibuatnya. Bukankah begitu teman ku?

ok lah. Have a nice day to you. Baca bismillah ..and pasang niat kerja untuk Allah semesta alam sahaja. All aktiviti akan jadi ibadat. Ameen.

wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment