Tahun baru 2011

Posted by sazali

Salam

Alhmadulilah .. kita dah berada dalam tahun baru 2011. Syukurlah.. umur pun meningkat satu nombor lagi. If dulu kita berumur 50 tahun ..this year 51 tahun. Simple?

So apa azam abah?

Senang jer soalan itu. Berikut adalah jawapan nya:

* nak settle hutang sebanyak mungkin lah.. supaya bila kita mati .. akaun kita bersih dari hutang (insyallah). Hutang ada 3 macam jer. Rumah , kredit kad dan kereta. Kawan? rasa-rasa dah lama dah abah settlekan. Alhamdulilah.

* nak jaga diri jauh jauh dari maksiat. Why? takut pada Allah ker? Ya lah ..sekarang if abah pulang ke kampung ..selalu kedengaran kawan-kawan dan saudara abah yang dah pulang ke rahmatullah. Dulu orang-orang lain yang mati .. mana tahu 2011 ..giliran kita pula. So kena berhati-hatilah .. buat taubat sebanyak mungkin.

* bimbing anak-anak supaya menjadi insan yang bertakwa seperti ..jadi jurutera tetapi agama kena jaga/ iman kena jaga / amalan2 agama hendaklah dipertingkatkan dari semasa kesemasa

* jangan berangan banyak2 sangat ..seperti if dapat jadi Prof .. nak buat apa ..next? kerana angan2 ini datang dari gaji pokok yang baru. Macam2 org tua boleh berangan-angan. Jauh dari agama tau ..bila kita banyak membina istana di atas angin / khayalan di sana.

* jaga cakap .. jaga peil kita .. bila bersua dgn sanak saudara

* eratkan lagi silarul rahim dgn sesama manusia terutama ibu kita .. ( tak ada supermarket yang jual ibu kita). Rugi sangat lah bila ada ibu yang sudah tua .. tetapi kita endah tak endah jer..

Itu saja lah azam abah kali ini. Yang lain tu ..biasa2 jer.. seperti mengajar biar boleh abis 60 minit untu satu-satu sesi Pn P.

Sekian. wasallam.

wallahu aklam. istiqomah/ isti kelas / ikhlas -- apa tu? nanti saya tulis lagi insyallah

0 comments:

Post a Comment