Kita penat bila ..

Posted by sazali

salam.

Yes kita penat sangat jika kita ..

1) tidak makan secukupnya terutama di waktu pagi. Sarapan kita hanya 1 keping roti dan beberapa kali sapu margarine dan ditaburkan sedikit gula pasir di atas roti

2) mengajar tidak berhenti-henti dari jam 0800 hingga 1200 thari

3) memandu kenderaan dari Kampus Bandar menuju ke kampus induk UTHM di atas jalan raya yang paling bahaya sekali di Malaysia. Awas jalan raya Batu Pahat-Kluang sejauh 70 KM ini telah meragut banyak nyawa pelajar UTHM, penduduk Parit Raja dan akan terus merangut nyawa lagi dan lagi .. terutama pelajar yang baru sampai dan sedang belajar menaiki motosikal (hadiah papa kerana masuk UTHM)

4) merasa tension mengekori beberapa buah trailer, bas, lori kelapa sawit pada bila-bila masa

5) dalam bilik kuliah , air cond tidak berfungsi dan sistem Alat Bantu Mengajar tidak hidup .. technician tidak boleh dihubungi , dan wayar ABM nya berserabut macam janggut orang Benggali Puteh (portugese) di atas lantai dan kotak di atas stage .. sang pensyarah yang bertugas

6) memikir perkara-perkara yang patut orang lain dah lama settle benda .. air cond dan alat ABM tidak berfungsi sebaik mungkin sebelum pelajar baru dan lama sampai ke UTHM untuk mula belajar

7) mengajar subjek baru yang mana kita bukan mempunyai kepakaran yang tinggi

8) bila mendengar pensyarah - pensyarah baru akan berangkat ke luar negara untuk maksud PhD .. sedangkan orang-orang lama di luar negara belum pulang-pulang lagi sebagaimana dijadualkan. Adushhhh..penat gila lah..

Siapa mahu tolong ni? He..he.. Rumusan: kita buat apa yang boleh kita buat. Contoh , batalkan sahaja kelas dan jumpa lain hari, minggu, bulan, semester dan tahun pengajian. Mengapa orang kita (termasuk penulis) suka bersifat complacent apabila mempunyai pekerjaan tetap dan berpencen sedangkan ramai lagi anak-anak muda bergraduat masih mengganggur di luar pagar universiti ini lagi dan lagi... dan kelihatan mata mereka puteh melihat gelagat kita semua. Astagh firullah.

Sekian. wasallam.

0 comments:

Post a Comment