aman damai

Posted by sazali

Salam

Semua makhluk mahukan keamanan.
Manusia mahu aman.
Haiwan mahu aman. Jika hutan rimba aman, senang harimau membaham sang kancil dan ular sawa membaham mangsanya. Jika hutan diganggu, banyak ular berhijrah ke kawasan taman perumahan. Penat sang bomba.
Org melayu mahu aman. Cina pun mahu juga. Begitulah rakyat keturunan india pun turut sama. Bila aman bnyk benda berjalan sempurna. Sekolah, universiti, megamall, pasar basah kering berjalan lancar. Majlis perkhawinan, urusan anak dilahirkan di hospital ..wahdus ...bereh semua. Oleh demikian, Semua mahukan keamanan untuk hari ini, esok dan seterusnya sampai bila bila. Untuk itu sesebuah negara menyediakan pasukan keamanan untuk faedah kesejahteraan rakyatnya.

2)  salah satu cara menimbulkan dan mengekalkan keamanan ialah melalui mulut sama sama kita. Mulut baik, hati baik. Jiran baik. Semua baik.

3)  Dalam kitab kitab agama pun bnyk menekankan kepentingan dan faedah menjaga mulut agar berterusan baik.

Tetapi dlm satu hadith Rasulullah s.a.w. dia ada bersabda mahfumnya ..

Jika kau nampak sesuatu yg tidak baik..cegahkannya dgn kuasa mu. Kalau tidak dgn mulut mu. Dan paling tidak pun, dalam hati mu.  Perkara dlm hati itu adalah peringkat iman yg selemah lemahnya.

4)  Apakah yg tidak baik di sini?
Banyak tuan hamba.  Di sini saya turunkan 10 sahajalah untuk renungan bersama.

4.1  menipu
4.2  khianat
4.3  zalim
4.4  mencuri , merompak, berjudi, tikam ekor
4.5  membodek dgn tujuan sesuatu
4.6  mendekati zina, berzina
4.7  plagiarisma
4.8  mendedah aurat
4.9  bertenung nasib
4.10  meninggalkan suruhan tuhan terutamanya solat 5 waktu sehari semalam.

Tapi kita ada masalah di sini.  Apakah itu?

Umat yg dididik dgn berdiam diri sepanjang masa ..bolehkah mereka bersuara melawan kezaliman?

Dari Kitab Sheikh Abd Kadir Jailani (2014) ..'diamlah di tempatmu dan jangan melampaui batas, sehingga kemudahan menghampirimu untuk menghadapi keadaan kamu jalani semasa ini.'

perkara yg hendak ditekankan di sini ialah ..diamlah.

dengan senario begini ..
Mereka ini ada keupayaankah untuk menegur penipuan, pemalsuan, kezaliman yg dibuat oleh pihak tertentu secara terang terangan di hadapan matanya di waktu siang mahupun malam?

Pelajar serba diam ..bolehkah mereka berbual dlm keadaan konfiden sewaktu sesi temubual secara berkumpulan?  Pelajar MUET ..  bagaimana ..jika selalu berpeluk tubuh, diam membisu sepanjang masa dari tahun 1 hingga Tahun 11..bolehkah anakanda Band 3 itu?

Pelajar perempuan serba pendiam ..bolehkah mereka menjerit terlolong bila nyawa mereka terancam?

Pengikut parti politik ...bolehkah mereka menegur pemimpin ..jika ada perkara yg jelek berlaku?

Satu kumpulan cerdik pandai ..bolehkah mereka bersatu untuk menegur org org atasan jika mereka sudah sedia maklum ...ada benda bodoh berlaku di hadapan mereka?  DEB ..  dasar ekonomi baru tetapi mengikut pelakon terkenal Aznil Mustapha  DEB dasar ekonomimu bodoh 65% melayu control 30% harta ekonomi negara .. itu pun Aznil cakap ni .. melayu masih gagal mencapai target 30% khazanah negara.

Maaf, mengikut pengalaman hidup penulis...tak mungkin tak mungkin mereka berani.  Impossible!

Umat berada dalam status bisu, pekak dan buta. Itulah hakikat sebenarnya.

Dengan keadaan sebeginilah negara dikatakan aman dan sentosa. Atau mengikut Arwah Pak Sako ..kita berada dlm keadaan aman sentosa.
Pak Munshi Abdullah pula berpesan ..air yang tenang , jangan disangka tiada buaya.
Betul bukan?  Entahlah.

Teruskanlah membisu.  Pernah tuan puan menonton filem labu labi?

tontonlah.

Bagus ...satu benda untuk kita berfikir sejenak ..adakah kita dihidupkan dlm zaman serba tahu tapi mulut semua terkunci rapat agar negara tercinta  terus aman damai.

Sekian.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment