punca rasuah

Posted by sazali

salam

Ada manusia tidak merasai cukup dengan nikmat yg halal yg telah tuhan hadiahkan untuknya.
Rezeki halal itu ialah punca rezeki melalui jawatan dalam kerajaan / industri ternama contohnya.

2)  Ketidaksyukuran ini dimanifestasikan melalui .. amalan rasuah di hujung-hujung karier masing-masing.

Ada polis  tertangkap menerima rasuah sebanyak RM100 , 2 bulan sahaja dari tarikh persaraannya dengan makchik jual ayam segar di pasar.
Ada pegawai pejabat tanah di Pahang ditangkap juga kerana perkara yg sama.  Mereka ini muda jer dalam golongan umur 30 - 40 tahun sahaja.

Mengapakah tergamak mereka melakukan perkara ini?  Ada itu, isteri pun berkerja juga.  Lebih besar jawatan isteri darinya.  Bukan 1 , 2 isteri.  Lebih pun ada.  Semua kerjalah.  Tak cukup lagi ker?

3) Macam macam alasan diberikan tetapi kesimpulannya ialah:

mereka mengalami 'kelemahan iman yang sebenarnya'.

Bila iman lemah ,

3.1 solat ditinggalkan
3.2  isteri yg halal diabaikan .. berpakat-pakat makan 'daging' yg haram. TQ sistem tambang murah k/terbang sana dan sini.  Ayam -ayam di Hanoi nampak cukup menawan sekali.
3.3  gaji RM2000 - RM20,000 sebulan tak nampak , yg nampak sekadar RM200.00 sahaja dari pihak ketiga seperti pengusaha bauxite di Kuantan, Pahang; RM20 dari budak kampung yang menunggang moto tanpa lesen dan macam macam yg dianggap remeh temeh. Borang kerajaan rm1.00 pun dijual beratus ratus ringgit.

3.4  anak anak yg sihat dan cantik dilupakan
3.5  nasihat guru/ ustaz/ustazah dipermain-mainkan secara terang atau gelap-gelapan malam.


Akhirnya

Neraka.

Itupun jika mereka percaya adanya hari pembalasan dinamakan 'padang masyar', titian sirat dan ...

Oleh itu, saya mengajak diri sayalah dahulu ..berjaga jagalah perkara ini ..  dan seterusnya kpd sahabat sahabat saya atas online  ataupun tidak. Kalau pencen sebulan rm5000 , setahun dah 60,000.00rm. Kalau pnjg umur 30 tahun selepas bersara baru mati ..ini bermakna kerajaan tanggung ayam pencen rm1.8 juta dah. Sayang semua burnt. Dek rm200 rasuah. Gelap mato?

4) Bagaimana nak jaga diri? Tingkatkan tahap keimanan anda, pilih kawan yg elok elok, control feeling partner masing-masing yg asyik nak shopping jer di Amerika, Eropah, Mekah wa Madinah, Bangkok, Bandung dan ... , terima diri sendiri seada adanya dan ..ingatlah ...bila tertangkap ...gelap gelitalah dunia kita masing2.  Muka hang akan dimalukan.  Anak anak isteri dimalukan oleh tindakan rasuah tersebut.  Astaghfirullah hal azeem.  Siang dalam jel jadi panjang, zohor jam 9 pun nak buat dah,  dan malam dalam jel diserang nyamuk dan pepijat.  Rasakan?  Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.  Awas!!!!

Sekian.  Wallahu aklam.

Al Fatihah.  Perkhidmatan tuan ditamatkan walaupun 1 hari 1 malam dlm penjara.  Sila semak 'general order'.


0 comments:

Post a Comment