Cemerlang?

Posted by sazali

Salam

Malaysia mempunyai bnyk perkara yg cemerlang. Kalau musim haji saban tahun, jamaah haji Malaysia mendapat sanjungan dan pujian dari Kerajaan Saudi. Mrreka memuji krrana kecemerlangan pentadbiran dan pengurusan Tabung Haji Malaysia.

Di sini pula, kita fokus kepada sekolah cemerlang. Bila berkeadaan begini, sekolah ini mempunyai
Guru cemerlang. Pengetua cemerlang dan Pelajar cemerlang. Staf sokongan dan pihak kantin dan tukang kebun turutlah cemerlang.  Tapi ..cemerlang itu apa abah? Adakah ianya seperti sekuntum bunga - cemerlang?

2)  Cemerlang ialah sifat seseorang guru, pekerja. Sifat guru, murid dan guru besarnya.

Org tak mengelarkan kita cemerlang jika kita buat kerja sambil lewa sahaja.
Sekolah akan bercelaru jika murid, guru dan pentadbir berkeadaan sambil lewa sahaja.
Rumah tangga goyah  jika suami isteri tidak cemerlang akhlak dan budi bahasa.  Anak anak cemerlang datang dari ibu ayah yg cemerlang. Rumah tangga yg contohnya mengamalkan agama.  Ada disiplin dan jati diri yg tinggi.  Budi bahasa itu kena adalah. Kalau tidak, anak dan isteri akan lari dari sesebuah rumah.

Contoh sekolah-sekolah cemerlang ialah SK Zainab 2, Kota Bharu. Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bharu. Kolej Islam Klang dan bnyk lagi. Masing masing ada perkara perkara kecemerlangannya. MSAB kerana team rugbi nya. ZS kerana pasukan debatnya. Sekolah St Georges Perempuan Pulau Pinang kerana rangkaian antarabangsanya seperti penganjuran konferensnya setiap tahun , team pancaragamnya yg berjaya menggondol pingat perak di Australia/ New Zealand dan banyak lagi. Syabas!

Tapi penatlah bertugas di sekolah cemerlang tau?
Bila takut dgn itu, kita jenguk seketika,  org-org  dgn sifat sambil lewa dulu.
Sambil lewa seperti berikut. Mungkin:

1. Datang ke sekolah tak bersemangat jer.  Mungkin tak cukup makan.
2. Masuk kelas lewat, keluar kelas cepat. Mungkin sakit perut.
3. Punch card jam 700. Terus ke kantin?
4. Perancangan pdp tiada. Sudah seminggu tidak bertulis. Maaf sudah sebulanlah. Jika jammaah nazir dtg, dia kata ..rekod pengajarannya sudah hilang. Ada orang khianat jahat  kat dia hari ini.  Maaf.
5. Buku buku latihan tidak bertanda. Kalau guru tanda pun ..ada juga benda salah ditanda betul.
Dasyat. Result pelajar Upsr, Pmr dan Spm tidak menjadi perkara yg seronok dibincangkan oleh bnyk pihak. Kasihan pelajar dan ibubapa.

Guru cemerlang? How?
Payah nak jumpa guru yg cemerlang. Mengekalkan tahap kecemerlangan pun lagi lagilah payah dan mencabar.
1) suka mengajar. Jika tak mengajar..dia jadi gila.
2) suka membaca. Bukan setakat subjeknya dia seronok membaca ..tetapi buku buku bacaan nya ..ilmu terkandung ada dlm perbualannya..
Dia membawa semangat ..kesan org berilmu.
Dgn ilmu, dunia bercahaya. Tahu halal dan haram.
3) Org cemerlang ..tak fikir alasan. Dia akan cuba sedaya upaya. Selepas itu dia sebut  tawakal.
4) Guru cemerlang ..dia tak gentar mengajar kelas tercorot ke belakang. Dia fikir sesuatu. Tolong budak lemah, lulus. Tolong budak galus, tiba tiba skor Add Maths, Fizik, Bio, Kimia dan B.I.( galus ialah singkatan gagal lulus 50 50 chance nak perform untuk lulus).
5) Gaya guru cemerlang ..masyarakat tahu. Tak cakap ana , anta, antii dan habibiii bii  pun ...org cina tahu. Budak hindu menghormatinya.  Produk akhir tahun ..mereka cukup tahu dan mahu.

6) Guru cemerlang ..bila mati ..satu dunia menangis.  Mungkin?
Guru sambil lewa ..jika mati ..let him go. Let her off.  Stop talking  about their bad doings. Berdosa.

He he he..
7) Org cemerlang. Fikirannya terbilang.  Guru begini, semua orang senang. Bila guru cemerlang berpindah ..guru guru lain masih mahu contact dia itu dan ini.  Dia tak pernah lokek.  Kongsi kongsi terus menerus.  Aghhh..payah jumpa org begini.
8) guru cemerlang ..dia jaga masa nya.  Dia cermat dalam membuat tindakan. tapi kadang kadang .. dia terjun juga ..  berani untuk gagal kau kata?
9) Guru cemerlang dia .. ni kan ..   tak suka berhutang keliling pinggang. Hidup ala kadar sahaja.  Tidak action over over.
10) akhirnya , action speaks louder than words.

Sekian. Fikir fikirkanlah. Adakah kita cemerlang di mata Tuhan?  Manusia happy, Tuhan pun happy dgn mereka yg cemerlang.

Ooops .. soalan sy jap, adakah guru cemerlang dan guru bukan cemerlang menerima gaji & ganjaran yg sama di akhir akhir bulan di negara ini?  Kalau berbeza gajinya , penulis berpendapatlah , baru berbaloi  bertugas di sekolah secemerlang ini.

jika gaji sama, patutlah rakan rakan saya dgn gred DG54 sanggup berkhidmat d sekolah kampung berhampiran dgn rumahnya saja. Logik ini lah yg menyebabkan dasar 60 40 sains sastrra di negara ini masih jauh dari tercapai.


Wallahu aklam.  Maaf cikgu.

0 comments:

Post a Comment