Jasa kerajaan kita

Posted by sazali

Salam

Tahun 2016 adalah tahun yg baru kita sambut bersama sebagai rakyat Malaysia.
Dalam banyak 'fitnah' yg dilemparkan kepada kerajaan, kita jangan sekali kali lupa jasa kerajaan kepada orang orang melayu seperti tuan, puan, adik, kakak dan si penulis ini juga.

Di ruangan terhad begini, saya luangkan sedikit masa untuk menulis jasa kerajaan kepada kita semua. Kira kira berlegar dalam skop 'tazkirah' lah di waktu pagi pagi begini.  Terkenang arwah Aziz Desa di Langkawi .. seorang pakar motivasi tersohor negara yg baru kembali ke pangkuan Allah pada 29 Disember 2015 baru baru ini. Ruangan MHI, dan ruangan 'Nasi Lemak Kopi O'  ..  Al Fatihah.

Pertama:  pembinaan masjid dan surau di seluruh pelusuk negara.  Bukan setakat masjid kelihatan di bandar-bandaraya , kampung, desa bahkan ..kerajaan membina masjid / surau di sekolah sama ada di sekolah rendah mahupun menengah.  Dengan adanya bangunan ini, bolehlah umat islam menunaikan  solat fardu 5 kali sehari di mana saja mereka berada.  Alhamdulilah.  Bukan setakat solat, ada ibu bapa menggunakan tandas di masjid dan surau untuk menukarkan lampin bayi yg kotor.  Sambil sambil itu, mereka boleh mandi , menunaikan qoda hajat yang lain dan ..  paling menarik sekali ialah ..semua perkhidmatan di kawasan masjid/ surau ini adalah percuma sahaja.  Ada keluarga menggunakan kemudahan di atas kecuali bersolat.  Ini pun dibenarkan oleh pihak kerajaan.  Ada yang melepaskan anak anak mereka berumur 1 - 3 tahun di ruangan utama dewan solat sebagai taman permainan kanak kanak sahaja.  Hiruk pikuk .. berlari ke sana sini dengan lampin mereka mempunyai 'bom' tertentu.  Ini pun alright ke?

Kedua:  ada keluarga mempunyai rekod sebagai ahli pembangkang sejak Dato' Bahaman dan Mat Kilau lagi.  Semua yang kerajaan buat ..semua tak betul kata mereka.   Dia sahaja yang betul.  Walaupun begitu, kerajaaan tidak menyimpan sebarang dendam di dalam dada dengan bukti memberi jawatan demi jawatan silih berganti dalam perkhidmatan kerajaan, tawaran biasiswa pengajian di luar negara , tawaran itu dan ini kepada cucu cicit pendekar / hulubalang melayu berkenaan. Pihak MARA/ ITM/ UiTM pun berbakti sama.  Tak percaya, cuba buat satu soal selidik di Putrajaya , cari jumlah staf berasal dari Pantai Timur semenanjung negara ini yang mana berpotensi besar dari kubu kubu kuat parti pembangkang yg sedang bertugas pada hari ini.  Katakan kita mendapat satu angka seperti 1000 orang.  Jika 10% dari ini berasal dari lokasi lokasi di atas, ini bermakna 100 orang pegawai terlibat secara langsung dalam  'politik pembangkang'.  Jangan terkejut dari 100 orang ini ada 10 orang yang sedang memegang jawatan tertinggi kerajaan.  Nah ..ini menunjukkan pihak kerajaan sedikit pun tidak menaruh sebarang buruk sangka kepada individu individu tersebut.  Kerajaan terus memberi nikmat untuk mereka ini dalam skop menuntut elaun perbatuan, elaun perumahan, eluan perkhidmatan di luar negara dan ...terlampau banyak ..  kemudahan yg kerajaan telah sediakan.  Jika terkorban, balu mereka dikurniakan kemudahan pencen sehingga mati menjemput mereka.  Maka belajarlah bersyukur .. sedikit sebanyak deh?

Ketiga:  minggu ni kerajaan telah menunaikan janji suci murninya.  Bonus RM500 kepada semua kakitangan kerajaan dan RM250 untuk setiap pesara kerajaan untuk meredakan perasaan HOT dema di kala anak anak mula kembali ke sekolah.  Tengok betapa bagusnya kerajaan kita. Walaupun ketua negara susah hati setiap hari kerana mantan Tun menyerangnya .. janji kerajaan tetap ditepati.  Baguskan?  Bagi yang bergaji RM5000 sebulan .. dan isteri pun RM5000 sebulan .. jika kalian anti kerajaan ini, mengapa tuan puan mengambil duit rakyat ini?  Pelik bin gila kalian berdua ini.  Sekejap lawan boss, sekarang sanggup ambil bonus boss untuk membayar 1001 jenis tuntutan pihak sekolah  pulak termasuk yuran van sekolah anak.  Buat apa mu ambik?  Malulah sikit bang? pulangkan kepada ketua negara ini.  Tahu tak akaun number Maybank2u dia?  Kalau tidak, kreditkan terus duit RM500 ke dalam akaun bank isterinya itu.  Sudi kau?(ketawa).

Keempat: program tahfiz di sekolah sekolah kerajaan. Ada program menghafal Al Quraan untuk melayakkan anak menjadi Tahfiz, Imam, Muaalim tetapi ..kerajaan bekalkan  juga program untuk pelajaran akademik UPSR/ PMR/ SPM/ STPM agar .. mereka boleh juga .. masuk program pengajian politeknik (KPM), kolej komuniti (KPM), universiti jika mereka mahu belajar program akauntansi, perbankan , pemasaran, kejuruteraan dan kedoktoran dan macam macam lagi seperti jururawat lelaki/ wanita untuk hospital, klinik  swasta.  Syukur .. kerajaan ada visi yang jauh ke hadapan untuk anak anak kita juga.  TQ so much to arwah Dr Abdul Hamid Othman.  (al fatihah). Ini berbeza dgn program pengajian tahfiz di pondok pondok tajaan swasta yang mana ..kebanyakkannya ..khusus kepada pengajian agama sahaja. Dalam kehidupan ini, selepas bersolat jumaat, bertebarlah kalian ke seluruh pelusuk alam untuk mencari pendapatan dan pencarian hidup masing masing. Payah juga nak cari makan jika setakat nak jadi ustaz/ ustazah di masjid2, surau2 setiap malam maghrib - isya.  Wallahu aklam.

Disebabkan kebaikan hati ketua bos negara ini lah juga ..berduyun duyun rakyat asing suami isteri anak pinak berebut rebut nak memasuki tanah air Malaysia setiap masa.  Ini menunjukkan sifat ketua kita tersohor di seluruh dunia. Bermula dengan jamaah jamaah haji Malaysia ..di tanah suci ..  sekarang ..  hampir 3 - 4 juta pendatang asing mampu menumpang rezeki untuk sesuap nasi di sini.  Kebaikan hati ketua negara .. kita mesti kenangkan sikitlah. Polis,askar , doktor, missi dan guru guru kita cukup bagus.  Semua disediakan oleh kerajaan inilah.  Majoriti orang melayu kito. Rasa rasa 70% dari kaum melayu!  Cuba fikir jika kita pula yg berduyun duyun ke Myangma ..bawak mak mertua, pak mertua berstatus diabetes..  untuk menumpang kasih di Rangoon.  Rasa rasa boleh kau?

Oleh itu ..jangan lawan over over sgt lah.  Ingat duit RM500 tu/ duit BRIM lagi/  ..  klinik 1Malaysia/ skim buku teks sekolah anak kita lagi/   dermasiswa anak belajar di UIA, UM, USM lagi ...  payah kan nak lari ke Rangoon?

Saya rasa cukuplah .. penulisan saya kali ini.  Bagi yang mempunyai perasaan haluih @ terasa ..eloklah buat solat sunat 'taubat' ..memohon ampun dari tuhan ..  kesilapan kita selama ini.  Selagi bernyawa, boleh lagi kita buat taubat nasuha ..  bila mengenangkan anak anak kita yang sedang tekun belajar di sekolah sekolah berasrama penuh, politeknik premier, kolej komuniti (KPTM) , kolej politek MARA , kolej kemahiran tinggi MARA,  universiti-universiti di bawah naungan MTUN, belajar di luar negara dengan tajaan kerajaan, ada yang memperolehi jawatan jururawat desa, bidan kerajaan, drebar ambulan walaupun gred matematik dan sains pada tahap SPM paling rendah jer ..  dan ..banyak-banyak lagi.  1001 jenis nikmat yg kerajaan berikan dengan izin Allah Taala.  Oh ..jangan lupa ..70,000 graduan masih mengganggur setakat ini.  Itu pun ramai yang mengambil PTPTN ..duit kerajaan juga.  pinjaman dari kerajaan kan?

Astagh firullah hal azimm. mu tak perasan ko?

Al Fatihah.

Jika sesat ..jom kembalilah ke pangkal jalan.
Sokonglah kerajaan ini.  51% sokongan pun tak apa ..  depa terus memerintah.
Sekian.
Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment