Mana best ..

Posted by sazali

Salam

Mana seronok jika diberi kenikmatan ini ?

Pertama kepandaian , kekuasaan


Dan kedua kurang pandai dan selalu berada di bawah?

He ..he ..he...

Huraian:

Orang pandai jika diperhatikan diberi tompok kuasa di pejabat, organisasi dan bila berada di titik ini kita mengelarkannya pemimpin seperti perdana menteri.

Bila di atas, dia akan mengurus dan mentadbir. Suruhborg org bawahannya untuk melakukan bermacam macam perkara demi kebaikan organisasi.

Contoh seorang pengetua atau guru besar. Jika sekolah tidak ada bekalan letrik, dia akan mencari guru guru di bawahnya. Uruskan perkara ini. Jika tidak boleh, adalah gurunya yg akan menghubungi pihak T.N.B.  Begitulah seterusnya. Jika ada pelajar perempuan rebah kerana sawan babi, dia tidak akan menjadi hero di saat saat itu. Dia akan meminta guru guru membantu maklumlah ...dlm keadaan begini , bnyk masalah aurat yg terbabit. Pegang salah, tak pegang pun salah.

Jika di pejabat daerah, pegawai daerah adalah ketua jabatan. Dia akan arah itu dan ini pegawai pegawai di bawahnya. Mengapa? Untuk menunjukkan kepada masyarakat, dialah boss.

Jika di kementerian, menteri fulan bin fulanlah yg berada di tompok pemerintahan.

Untuk perkara pendidikan, kita ada Menteri Pendidikan.
Untuk perkara berkaitan dgn pertahanan negara, kita ada Menteri Pertahanan.
Begitulah seterusnya.

Semua ini dari sekolah, pejabat daerah, kementerian ..selalunya org org pandailah yg memegang tompok pemerintahan. Kalau kurang pandai pun, dia mempunyai pengalaman bekerja dan hidup yg lama dan perwatakan nya cukuplah istemewa.

Mana ada kita terjumpa pengetua sekolah yg tidak mempunyai ijazah kelas pertama ?
Mana ada kita terjumpa pegawai daerah yg tidak mempunyai kelayakan akademik yg hebat?
Mana ada kita terjumpa menteri yg tidak ada degree atau sarjana zaman la ni.
Semua ada. Gerenti ada. Kalau tak ada, mereka akan dimain mainkan dgn pegawai bawahannya sahaja.

Cakapnya gagap. Pengurusan nya terpincang sana dan sini. E mail pun tak tahu? Ini mesti budak PAR akan naik hairan dan kasihan kpd bos.

Bila begini, reputasinya jatuh.
Tak cukup dgn kereta jer mewah.,..skil i.c.t pun tarak.
Tak cukup dgn beristeri cantik, percakapan di dewan sekolah ...... kurang menyegat dan gagap. Mesti org ramai berkata kata....tak ada org lain lagi ke ni?

Mengapa begitU? Kerana masyarakat kita sudah ramai yg pandai. Ada yg video tape percakapan anu bin anulah. Dimuatnaik ke facebook dan tak lama lagi jadi virallah ke seluruh negara dan dunia.

Sekarang cucu saya berumur 4 tahun pun dah pandai rekod itu dan ini. Senang jer. Belanja ice cream semua berehhhh!

tetapi yg penting di sini, org di atas ..mereka nampak banyak peluang. Mcm mcm peluang tuhan anugerahkan kepada pemimpin. Tengok sahajalah anak anak Tun Mahathir. Harta mereka bnyk mana.

tak akan dgn degree dan air liur sahaja ...mereka dpt kedudukan, kemewahan dan kekayaan sebegitu rupa. Org lain mcm penulis, apalah harta yg aku ada?

sebiji banglo, sebiji kereta, bini satu dan anak 6 ...itujerlah.

org lain pun sama.
zaman la ni, ada degree pun tak ada kerja.
yg ada kerja pun, mrreka buang.

kasihan kan? Contoh pekerja Malaysia Airlines sudahlah. Ke mana pergi blszer hijua cream tu brother? Dah tak ada kerja, nak pakai lg ke..blszer tu je sana sini.

pekerja oil and gas pun sama. Ada dah yg kena buang kerja. Kasihan. Angkara harga minyak usd20 se tong punya pasallah.

Dulu beli properti terlampau banyak. Musim mewah, semua properti nak beli. Falsafah dan konsep...beli bila murah, jual bila mahal. Lama lama kayalah dia.

disangka panas sepanjang hari, rupa rupanya hujan petir di tengah hari. Kasihan brother.

tetapi tidak untuk anak anak perdana menteri. Kroni kroninya pun bnyk yg ok.
mengapa? Faedah menjadi pemimpin. Faedah berada lama di tompok teratas pemerintahan. Begitulah sejarah negara yg hendak ditonjolkan.

sekarang pun, press forward., perdana menteri ini pun ikut juga lah stail. Isteri dan anak anaknya pun menumpang tuah. Fly sana dan fly di sini. Jet depa sentiasa ada dlm radar tentera.

best kan?

why best? Pergilah interview isteri memanda. Itu pun jika adik berani.

kita semua tahu faedah bila berada di sisi org hebat hebat ini. Mcm mcm kita layan. Depa nak itu ini semua berehhh bos.

why? Macam macam dapat per. Projek lebuhraya dapat. Projek bukuteks sekolah dpt. Projek apa lg? Semua dpt. Kau paham tak?

sebab itulah kalau anak memanda minta ketua polis balai memakai seluar sport pun .ketua polis akan buatlah. Ikut perintah. Baru tahan lama memegang satu satu jawatan itu.

aduhai. Dunia melayu kito.

2) Berkenaan dgn nikmat orang tak beberapa pandai dan tak ada kuasa apa apa lain kalilah sy ceritakan.

tak best sangat dunia org orang begini. Kais pagi makan pagi. Kais ptg makan petang.

tekan punat a.t.m jer lah org org mcm kita. Tengah bulan baki dlm bank sekadar 43.50 sen jer bang.

aduhai. Nasib ku malang.

tak apa. Tak apa.

kesat air mata tu adik kakok ku sayang.

semua nikmat tuhan akan soal bang.
nikmat memerintah sekolah, nikmat memerintah satu daerah n negeri semua tuhan akan tanya.
Nikmat fly sana dan sini ...semua tuhan akan tanya satu persatu.

tak leh lari engkau?
itu pun jika kau percaya ada mati dan ada mahkamah di padang mashar esok DI Mana Allah azawajalla akan berkuasa penuh. Medan pengadilan yg hakiki.

so awas adik.

wasallam.

2 comments:

  1. suziana mohd tahir said...

    Lagi banyak harta & kekuasaan, lagi lamalah hisabnya nanti..beruntunglah orang miskin yang beriman..

  2. sazali said...

    Tq so much. Kita miskin tak apa. Ramai lagi org lebih susah dari kita. Ibu bapa tak ada. Biasiswa tak ada. Kerja tak ada. Mcm mcm tak ada. Bersyukurlah kita masih hidup di bumi Malaysia, Brunei D.S dan Indonesia sana. Bersyukurlah.

Post a Comment