Adab I

Posted by sazali

Salam

Hidup kita kenalah beradab.

Jika berjumpa orang ucapkanlah sesuatu seperti " Selamat Pagi Cikgu".  Selalunya cikgu cikgi yg membuat salam .. payah Pengetua / Guru Besar yg mendahului salam.  Mengapa yer?

Jika kita berbuat satu kesilapan ..mohon maaf ... " Minta maaf Cikgu..saya rasa saya bersalah".  Itu jer.  Bukan payah sangat pun.  Malu?  tak payah malu .. bukan kita telah membunuh anak perempuan orang pun.

2)  Jika bertandang ke rumah rakan,  amalkan adab yang baik.

Minum dan makan ..jangan berlebihan.  malu sikitlah.  Kalau mulut kita bersaiz besar , control sikit lah waktu ngap ngap itu.  Kawal sedikit dirimu itu.

Minta izin untuk melangkah pulang.  Kalau ada duit, belilah buah tangan .. tak mahalpun.  RM20 pun dah cukup dah.  Sekarang mana ada buah tangan bernilai RM2. Ada jumpa tak?

kalau rakan kita seorang pemimpin, kueh biskut merry ..tak sesuai kot?
klaau melawat ibu ayah .. bawalah sesuatu ..jangan datang bertangan kosong sahaja ..  rumah ibu ayah mu ini.

kalau ke rumah guru .. bawalah sesuatu seperti kain pelikat 'Gajah Duduk' pun dah ok kot. ( ha..ha..ha..)

Kalau kita menjaga perkara kecil kecil begini, kita akan melahirkan anak anak yg mempunyai nilai diri yg tinggi.  Bersedekah ini ..membawa banyak faedah seperti belas ikhsan antara kita semua.

3)  Jika ke ward di hospital kubang kerian USM contohnya .. Jangan masuk zone perempuan tak tentu kalu.  Nanti ternampak benda benda yg tidak patut kita lihat. Aurat?  Marah tok lakinya ..mu paham tak ?  Apatah lagi dia baru operate buang itu dan ini.

Begitu juga kita ke zone lelaki ... nanti ternampak aurat besar ..susah kita nak lupa ..







Jagalah adab.  Tak rugi pun.  O yer ..bawalah buah tangan.  Kalau tol pun kita sanggup korbankan duit , apalah salahnya untuk rakan yg sedang bertarung nyawa kita bawalah sedikit hadiah seperti biskut kering, anggur besar 3- 4 biji , mempelam siam 2 biji atau kueh akok 3 tingkat tingginya ..   untuk isterinya yg sedang menunggu penuh kesetiaan.  Seronok juga si isteri rakan kita itu.  Boleh kau?

4) Jika bercakap .. rendahkan suara mu itu.  Jgn tekankan sebarang idea .. ikut trend orang di sekeliling kita.  Jika majlis dok cerita orang besar menipu rakyat jelata ..dengar jer lah.  Jangan pandai pandai melawan trend org ramai.  Nanti susah kita maklumlah majlis perkhawinan anak perempuan kita sudah dekat sangat dah ni.  Rugi kita nanti.

Tak rugi kita merendahkan sayap kita biar pun sebentar.
Orang akan ingat kita ..  lama ..  dan ingatan mereka sentiasa positif terhadap mu sampai bila bila.

5)  Jika rakan memperolehi satu satu kejayaan ..ucapkan Tahniah pada nya.  Jgn kedekut menghulurkan tahniah kpd rakan yg sudah kita kenali 5 dekad yg lampau.  Kejayaan tak semestinya akademik sahaja.  Bertani pun satu cabang usaha.  Jika kita lihat kebun duriannya menjadi .. ucapkan tahniah kpdnya.  Silap silap nanti satu lori 4 tan durian akan mengiringi kita pulang ke bandar.  Durian per!  ( syukurlah)

Tuah ayam nampak di kaki; tuah kita siapalah yg tahu.  Semua bermula dgn adab dan sopan santun yg tinggi.

6) Saya pernah bertandang ke Saton, Patani, Thailand rumah Prof Dr Syukri Langputeh Timbalan Rektor Kolej Universiti Yala, Thailand dan juga ke Acheh, Sumatra - atas undangan sahabat karib saya di sana PM Dr Dwi ..  .
Layanan mereka dan keluarga kpd saya ..sampai sekarang saya tak akan lupa sesaat pun. Alhamdulilah.  Mereka buat saya macam raja.  Semua dijaga dgn rapi.  Adab bertandang ke rumah orang ialah ..  kita makan, minum dan berbicara ..sila berhati hati.  Insyallah kita selamat ke mana mana pun kita pergi.  Berfikiran positif. Jangan berdendam apa apa.  Syukur kpd Allah sepanjang masa.

Pengalaman tersebut , saya berkongsi di sini.  Harap pembaca ..  boleh menerimanya dgn hati dan fikiran terbuka.  Yang bagus ..ambiklah ..yg tak bagus .. buatkan itu sebagai sempadan.

Sekianlah.  Didoakan kita semua pakat pakat amalkanlah.  Insyallah selamat kita dunia dan akhirat.

Wallahu aklam bis sawab.

Rujukan:

Tazkirah arwah TGNA (2010) Medan Ilmu - Pusat Bandar Kota Bharu, Kelantan


0 comments:

Post a Comment