Apa kata jika semua itu sia sia belaka?

Posted by sazali

Salam.

Bismillahi rahman nir rahim. Dengan nama Allah aku menulis ni.

' ..Payah mendapat ikhlas sedangkan ikhlaslah yang akan membawa kita ke syurga.

mengajar kena ada ikhlas.
belajar degree, masters atau Phd kena ikhlas ..
mendidik isteri dan anak kena ada ikhlas.
Buat dgn lemah lembut dan penuh kasih sayang.
sehari dua mungkin boleh.
ini sudah bertahun tahun ..kita kena didik mereka. Anak anak bini di rumah.

Ada tu ..isteri kena didik lakinya.
adab susila, adab resam org org melayu.
Bukan senang bersuami orang asing seperti orang arab, yemem, nigeria, bangladesh, indonesia, englantara, fransa, sepanyol dan macam macam. Berjumpa semasa belajar di universiti 20 tahun yg lalu. Oshh..cepat sungguh masa berlalu.

Seminggu dua mungkin boleh. Ini bertahun tahun tempohnya.
kena buat dgn ikhlas.

2) Islam itu ikhlas.
tanpa ikhlas sia sialah semua pengurbanan suami dan isteri itu.

3) Musim ramadhan, isteri bangun masak masak untuk bersahur.
Bukan senang tu?

Awal awal puasa mungkin mudah. Cari ikhlas.
ini tak ? 30 hari lamanya.
Memasak dgn ikhlas.
Buat amalan berpuasa dgn ikhlas.
Berhenti mengumpat dgn penuh keikhlasan.
berhenti tuduh menuduh. Bulan puasa?

Semua kena buat dgn ikhlas.
Ikhlas apa tu?

Buat semua benda alah itu pun kerana Allah Taala semata mata.

4) Ustaz ustazah untunglah. Mereka satu kepala. Senang cari nuktah keikhlasan itu.

Kami tidak uztaz. Isteri kami ..orang luar. Manila sana ustaz. Dia susah nak faham ..masak dengan ikhlas. Yang dia tahu ..jika peti sejuk ada makanan ..bolehlah dia memasak.
aku masak untukmu jer abah.

Mengapa sebut Allah pula?

Kami pun tidak ustazah. Suami kami afrika mari ustazah..
nak kejut sembahyang bukannya  senang. Dia tidur kerana penat.
Dia bangun tidur nak  bawa kami ke opis jer.
cari makan.

apa sal ikhlas pulak?
Dia bagus orgnya. Tak paksa apa apa pun ..dia urus kami untuk terus hidup selesa d kumpur ni jer.

Tak sebut tuhan pun dia faham dah tanggungjawabnya ..tolong bini.
mengapa buat untuk Allah pula?

5) Ada orang senang jer cerita ikhlas siang dan malam.
Kami khawin benua lain lain ni.. bukan senang cerita pasal ikhlas ni.

Silap silap gaya ..kami bergaduh sakan sepanjang malam.
KADANG2 dia tanya juga ..mana ikhlas dan mana tuhan mu itu?

Takut pada Allah. Apa tu?

Yg dia nampak ...org gi umrah ada juga yg hidup menipu. Curi tulang. Tak bayar gaji orang betul betul termasuk dirinya (suami aku lah).

Duit gaji kami dia guna pergi umrah, haji dan ziarah kubur2 pahlawan islam silam.
Apa ke benda tu? What is this man?

Oleh itu ..bagi org yg baru berjinak jinak dengan islam, ikhlas, kefahaman islam mereka semakin kabur.
Org islam baka ingat ..mereka gerenti syurga. Betul ke tu?

Org islam convert agak keliru. Semakin keliru amalan agama islam dalam kalangan melayu. Pakai tudung cantik dah. Mengapa pegang pegang tangan bf dan gf ke sana ke mari?
Mereka belum laki bini lagi. Boleh peluk peluk dlm tempat gelap juga ke? Pakai ketat ketat mcm filem star orang2 kafir jer.

Yang mana satu ikhlas?. YG MANA KERJA tipu belaka?

Org islam convert akan tuntut semua dgn islam melayu ini sejak dulu hingga kiamat.
apa depa buat? Tok nenenk kami mati dlm kekufuran.
Dia rasa akhlak tok nenek kafir mereka lebih bagus dgn melayu yg asyik pandai bercakap itu ini.  Janji mereka lebih tepat dari janji melayu islam baka. Mereka bnyk menggunakan thank you dan yes please dalam kehidupan mereka. Mereka kerja betul betul di kilang, opis . Tengok jer orang jepun bekerja. Tak payah doa itu ini ..mereka kerja penuh kejujuran. Tak perlu tazkirah. Mereka guna otak pun ..nampak semua alright.

 Stesyen iman orang orang melayu Malaysia tak betul.
Laki aku convert akan tuntut. Ini tak adil?
Isteri aku convert akan tuntut  juga.  Ini tak adil?
Melayu baka , arab baka tahu macam2 ..buat jer tidak.
Orang kami di rumah kata pura pura.  Hipokrit.  (betul ke aku eja ini?)

Amalan pura pura sia sia. Tak ada jaminan tuhanmu akan terima. Mungkin semua amalan ditolak oleh Tuhan mu ..Allah Ghani, Allah Hadi dan ..
Pura pura itu tak ikhlas bukan ustazah?
atau guano?

IKHLAS itu tersangatlah payah.
ikhlas itu iman.
Iman itu syurga '.

Renungkanlah wahai penulis ini juga. Cepatlah buat sesuatu sebelum amalan baik semua ditolak. Rugi. Kosong kosong ..tong drum yang kosong. Rugi seluruh kehidupan mu. Lakonan mu di dunia ...ditipu syaitan dan iblis.

Wasallam

0 comments:

Post a Comment