makna keramat

Posted by sazali

Salam

Ada orang hendak belajar sampai ke tahap Phd.  Syabas!

Sebelum terlambat, jom tengok maknanya dulu

Phd. Doctor of Philosophy.

Tapi mengikut kawan kawan senior aku lah .. (dok gelak gelak dalam kedai kopi mamak UTHM Kampus Bandar 2012/13)

P ialah  pening, ponioing, payah, penat, penyakitttt

H pula  hilang nikmat hidup, huru hara, habis habisan, hulu hilir hendak hidup

D  dasyat, damage, dedikasi, death, dying, dirty, donkey


Macam macam depa kata ( kami ketawa sama sama)

Tetapi sabarlah adik.

Dia orang cakap begitu ..memang mereka donkey pun..
Jika belajar sorang sorang insya allah ok punya.

Tetapi senior-senior aku ini bawak ramai tenteranya..
Ini punca terjadinya pening, payah, penat tu.

Dia donkey kerana ..memikul bnyk benda kat atas belakangnya. Buku buku tebal Mat Salleh AMerika, Eropah, mat Cina dari Benua China  semua buku dipikulnya dari library ke rumah pakistan tuan rumahnya. (ha..ha..ha)

Silap besar dia bawak isteri, anak dan ibu mertua sekali.  Tu lah engkau
Dia ingat belajar ni mcm berkelah ke?

Bila anak semput, huru haralah di negara negara sejuk tu.

Sana payah jika anak jenis kurang sihat.
Sudahlah dia tak sihat, anak bini pulak ikut serta tak sihat.  Bill memanas bilik musim winter tersangatlah tingggi. Duit biasiswa perabih untuk bayar bil letrik memanaskan rumah dengan anak bini ini.

Maka terjadilah pening, payah dan penat.

Ke hulu hilir duk pikul tesis , komputer, spek mata, anak masuk kuar hospital. Why? Anak semput. Isteri semput. Mak mertua nak tengok argos, harrods ..aduhai ..huru hara bukan.  Tiba tiba kereta merz tua rusak dalam snow.  Aduhai.

Oleh itu pergilah sorang sorang.
Tak mati insya allah.

Mat bangla buat phd ..relax je Bangla nya.  Habis jugak Phd depa.
Mat afriko buat phd,.. relax lagi.  Habis Phd dapat bini mat salleh lah ..  itu puncak nikmat afrika.
Mat melayu jer...luxury  .semua nak bawak termasuk penumbuk sambal belacan dan batu giling. (ha..ha..ha..) Jangan lupa batu untuk bertungku, kak. Penat donkey sekali lagi.

Donkey kan?

(Laugh)

Itulah silap kerajaan time mewah mewaH dulu...

Sekian. Buat renungan kepada adik adik di sana dan juga mereka yg sedang dlm perancangan nak belajar ke sana.

Phd , program himpun duit.  Betul ke?

Wasallam
P/s. Jangan marah. Kerajaan kita dah kering duit sekarang. Kena fly alone lah wahai adik yg pandai.

0 comments:

Post a Comment