Bila sihat ..

Posted by sazali

Salam

Kesihatan ini adalah anugerah Allah.

Bila sakit, kita mahu sangat nikmat kesihatan itu lagi dan lagi.  Mengapa?

Apa yg sihat boleh berikan kepada tuan punya badan yer?

Ada 10. Bacalah.

1) Bila sihat, boleh khawin. Tak ada org nak kat pengantin yg sakit. Contoh pesakit T.B.
Seronok ke hidup dgn orang yg ada penyakit T.B ini? Pesakit barah? Hishhh...ngeri bukan?

2) Bila sihat, kita boleh berlari dan berjalan sepanjang hari. Nikmat berjalan ni, payah nak dibukukan.  Bila kita boleh berjalan, boleh pergi ke tandas secara peribadi. Tak payah ..ada assistant. Oshhh...leganya boleh urus dirinya sendiri.

3) Bila sihat, boleh study luar negara.  Kenikmatan ini , payah untuk saya ceritakan. Cukup seronok. Sambil belajar, kita boleh menonton bola FA Finals di Stadium Wembley, London. Kalau mahu, tenis wimbledon pun kita mahu pergi.
Bila sihat, boleh cari kereta merz second hand rata riti London. Semua Merz nampak ok belaka.

4) Bila sihat, boleh gi masjid. Belajar agama dan hadith. Di masjid, kita boleh menadah telinga mendengar arwah TGNA mengajar setiap kali dia ada di kampungnya. Alhamdulilah. Nikmat sihat.
Mana ada seorang menteri besar sesebuah kerajaan negrri boleh mengajar agama kepada rakyat  di masjidnya sendiri ? Beruntung besarlah rakyat Kelantan ..dapat ambik faedah Tuan Guru Nik Aziz itu semasa dia hidup satu masa dahulu. Yg pergi boleh dicari penganti tetapi samakah kualitinya pengantinya itu?


Tanpa sihat, mana boleh itu?

5) Bila sihat, kita boleh tahan lama(stamina).

Tak sihat, payahlah kita.
Tahan lama mendengar syarahan agama di masjid. Dengan cara itu, bnyk ilmu boleh digali.
Tahan lama menyelesaikan mssalah kehidupan. Tak cepat mengaku kalah dlm penyelesaian masalah. Ada orang cepat lari dari menghadapi perit maung kehidupan.
Ada orang cepat tewas dalam proses mendapatkan sijil tertinggi akademik iaitu skrol Ph.d.

kalau tanya mengapa 'quit' ? Mesti dia sebut ada masalah kesihatan. Migrane lah, pening lah dan mcm mcm lagi. Tak patut. Tak patut dia cepat lari pulang.
Mengikut sejarah Hang Jebat ..pantang anak melayu lari pulang.

Tanpa sihat, kita kerap ke tandas. Payah tu. Tak boleh ber
tahan lama memandu bas ekspres. Tak payah kerap berhenti untuk ke tandas. Dalam dunia pekerjaan, semua majikan mahu pekerja yg sihat tubuh badan. Contoh dalam army. Kerajaan mahu askar yg sihat. Kerajaan mahu polis yg sihat. Guru, pensyarah, jururawat, bidan, pegawai daerah, peguam, profesor hatta pekerja sawit yg sihat, cergas dan gembira.
orang sihat dia gembira. Orang sakit payah mahu bergembira.

6) Bila sihat, saya boleh memandu laju kereta kelisa merahku sayang.
Batu Pahat ke Kota Bharu ..no problem you.
Penang ke Kota Bharu ..sekejap sahaja pemanduan kita.

Why? Nikmat sihat. Boleh bawa isteri dan anak jalan jalan. Seronok dia.
Why? Suami sihatlah tu.

7) Bila sihat, senyum kita menawan.
Bila sakit, kita jarang senyum kat orang.

Senyum itu satu sedekah.
Bila senyum, semua orang suka belajar dgn kita. Boleh dpt pahala sepanjang koridor sekolah, politeknik dan universiti. Tapi senyum biarlah ada giginya. No gigi, payah you?
Tanpa senyum, payah org nak tanya dengan kita.
Rugi besar ..hidup ini tanpa senyum dan bertegur sapa.

8) Bila sihat, dia boleh menolong ibu menoreh getah. Rujuk filem petronas feb. 2016.
Dengan nikmat kesihatan, kita boleh cari wang dengan aktiviti menoreh getah.
Dengan nikmat kesihatan, kita boleh bawa anak ke sekolah.

Aghhhh..what a feeling naik moto dengan ibu cina sekali pun di Pekan Segamat.

9) Dengan sihat, kita boleh makan minum macam macam.
Dengan sihat, limau rasanya manis.
Dengan sihat, buah delima nampaknya merah dan cukup manis
Dengan sihat, kita boleh makan ayam, itik dan macam macam. Makan ayam, rasanya ayam. Makan ikan rasanya ikan. Bila sakit, buah manis rasanya pahit.  Tuhan dah cabut nikmat kemanisan dari lidahmu.
Bila makan, badan makin kuat dan menawan.

Syukurlah.

10) Dan akhirnya dgn kesihatan  kehidupan kita lebih teratur.

Macam macam aktiviti ..kita boleh lakukan dengan sendiri.

Syukurlah pada tuhan robbul alameen.

Bila sakit jantung, bnyk wang melayang.
bila sakit pundi kencing, bnyk masa terbuang.
bila sakit , isteri kecewa. Pertarungan harian  menjadi satu medan penyeksaan.
Itu pasallah .. jaga jagalah diri mu itu wahai pembaca yg budiman.
Sebutlah alhamdulilah pada Allah yg Maha Agung yang telah mengurniakan kita nikmat sihat tanpa DIA menuntut apa apa bayaran. Allah Maha Pemurah.

Sekian.

Wallahu aklam.

rujukan.
Readers Digest (2000). Encyclopedia of Health.

London: Readers Digest


0 comments:

Post a Comment