rekod

Posted by sazali

salam

Seminggu dua ini saya duk asyik perhatikan statistik blog ini.

Saya dapati ramai penduduk dari negara Israel, Germany, RUSSIA dan Amerika mengikuti penulisan-penulisan terkandung di dalam blog yang tidak seperti ini.

Antara tulisan yg sedang dibaca dan dirujuk ialah 'Chapter 5 - Discussion chapter' dan Chapter 6 Concluding Chapter untuk pengajian peringkat doktor falsafah.  Sub bidang Komputer, matematika  dalam pendidikan.  Setakat ini, penulisan itu tidak berapa popular maklumlah ..mana nak sedap membaca tentang penyelidikan dibandingkan dengan dunia gosip dan haru biru rumah tangga artis artis tanah air.

Syukurlah ..  dari nikmat tuhan kepada saya, dapatlah juga saya sumbangkan apa yang ada dlm dada saya  kepada manusia manusia di hujung hujung dunia sebelah sana. Alhamdulilah 3X.

Tuhan Maha Kaya.

Dulu kita merujuk kepada mahaguru mahaguru sana ..  mungkin sekarang boleh jadi ..  berkat dan ikhsan Allah ..  orang lain pakat pakat melihat penulisan kita pula.  Betullah orang tua pernah berpesan ..tak cuba kita tak akan tahu.

2) Mengambil sempena perkara ini, saya akan menganjurkan satu bengkel penulisan akademik di Pulau Pinang  pada awal bulan hadapan.  Murah jer kos penyertaan sekitar RM50 - RM100 bagi setiap peserta.  Jemput datanglah.

Sekian.
Terima kasih.

Wallahu aklam.


3 comments:

  1. suziana mohd tahir said...

    Kalau saya dekat, saya akan datang ke bengkel tuan. Bukan hanya untuk belajar menulis tetapi ambil peluang dapat bertemu dengan tuan juga inshaAllah.
    Saya baru-baru ini mengikuti penulisan Tuan Abd. Ghani Haron bekas guru, pengetua dan pesara PPD. Seorang yang sangat ambil berat hal agama, sama seperti tuan juga..mashaAllah. Saya kira tuan pasti suka akan cerita Cikgu Abd. Ghani ini.

  2. sazali said...

    tq so much/ get me his blog please ustazah.
    good people befriend with good people. Why? Hadith. Mixing with ironsmiths, if you did not get his parang ..you will get his smoke from the iron yards & chimney. Mixing with those selling 'perfume and nice flowers' daily , if you did not get the perfume , insya allah you will get the fragrance all along. Mutafaqun Alaihiht.

  3. suziana mohd tahir said...

    MashaAllah, tabarakAllah. Here is his blog, abdghani1202.blogspot.com. He has FB also.

Post a Comment