Nikmat hidup dan bekerja

Posted by sazali

Salam

Syukurlah kita masih berada di sini. Ramai antara kita masih bekerja dan menikmati gaji, pangkat dan lain lain elaun seperti perbatuan, keraian dan lain lain lg. Masa mewah, elok kita hargai dan bersyukr kpd Allah azawajalla. Sayang, org mula menyesal berkenaan dgn nikmat nikmat ini sejurus mereka dihumbankan kedalam penjara buat satu masa dan ketika kerana hukuman rasuah, penipuan dan khianat. Na uzubilah min zalik?

Syukur alhamdulilah. Tanpa nikmat kehidupan, payah kita. Cuba bandingkan dgn sahabat setia kita yg sudah pergi buat selama lamanya. Beza org hidup setahun lebih lama dari sahabat yg mati pada hari ini ialah si hidup boleh menikmati satu kali bulan ramadhan al mubarak, peluang bertaubat, solat tasbeeh dan dia berpeluang melakukan bnyk bentuk amal jariah seperti menulis buku, membina jambatan dan lain lain lagi. Syukurlah.

2)  Nanti sy sambung lagi. Majlis minum pagi. Jam 10:00 pagi.

He he he. Negara ini cukuplahbmewah. Kita bersedia menghidangkan mcm mcm untuk tetamu dari luar dan dlm negara.

Org atas kata kita susah tetapi bila sihat, kita berkemampuan untuk makan mcm mcm dlm bengkel, mesyuarat dan kursus.
Kadang kadang bila ada rezeki, pihak pengurusan meminta kita tapau kueh kueh yg tak habis dimakan. Jimat duit kita hari itu.

3) Nikmat kerja ialah kita mempunyai kawan kawan satu opis  dan satu kepala. Best tak?

Kawan dari utara dan selatan .,kita boleh duduk makan bersama sama kerana nikmat satu pekerjaan, satu kementerian dan satu negara.

Tanpa jawatan ini, kawan kawan  kita hilang beransur ansur. Cuba tanya org bersara 1,2,5, 10 tahun.

Berapa ramai lagi kawan yg sudi bertanya khabar? Ramai tak?

He he he. Pesanan melalui facebook pun tak di jawab sudah. Dulu senang dpt response, sekarang bila dah dpt surat berbunyi ...putuslah hubungan dgn pihak universiti kerana persaraan ini.
putuslah hubungan mu dgn Pusat Kesihatan Universiti ..
Makin kuranglah rakan rakan.
dan jika ada kemalangan depan pagar universiti ...bangun bang dan uruslah sendiri. Begitulah tuan hamba. Itulah realiti kehidupan.

Kasihan.  Sudahlah tu.  Hargailah peluang bekerja itu. Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment