ada orang ..

Posted by sazali

Salam

Ada orang hilang ayah.
Ada orang hilang ibu.
Ada orang hilang harta.
Ada orang tak ada agama.

Huraian.

Ayah tempat kita berlindung.
Bila kita tak kuat, ayah cari wang untuk besar dan menyekolahkan kita.
Bila ayah ada, dia penyelesai masalah.
Masalah sekolah dia selesai.
Masalah pakai itu ini ayah selesaikan.
Hatta waktu temuduga kerja pun ayahlah yg hantar.  Dalam hujan dia redah..untuk membawa mu temuduga.
Untuk apa?

Ibu tempat kita mengadu.
Ibu tempat kita mendapat kasih sayang.
Dari kecil sMpai bila bila  leteran ibu buat kita kuat, berwaspada dan cekal.  Untung ada ibu mulutnya ada.
Waktu demam dialah doktor.
Waktu sawan dialah tok bomoh.
Hatta wKtu kita nak kahwin pun ibulah tukang pasang samping melayu raja sehari.
Macam macam ibu buat.
Untuk apa?

HARTA.?
Ada rumah itu hartalah.
Ada motosikal buruk, itu harta kita gunakan gi universiti sana.
Ada adik, kakak, abang, kawan ..itu pun harta kita juga.
Harta menentukan kedudukan kita dalam masyarakat.
Nama bermulakan dgn tengku ..orang istana.
Nama bergelar ustsz, ustazah ..orang ada ilmu di dada.
Untuk apa ...ya?

Agama.
Ada agama, kita tahu halal haram.
Ada agama, kita tahu pantang larang.
Dengan janda orang, baik baik bang.
Dengan laki orang, jgn dekat dekat sangat.
Jika tak tahu budaya, hancur kita.
Baca kes ..orang berebut janda muda.
Dasyat ..badannya dikerat dlm 10 bahagian.

Oleh itu

Jagalah agama.
Jagalah harta ayah ibu walaupun seluas sekangkang kera.
Jagalah hati ibumu.
Dia nak apa apa belilah.
Beli ..semasa dia ada di samping kita ni.

Tak payah buat kertas kerja dgn PM untuk melayan
Sedikit kemahuan ibu mu.  Tak banyak.  Sebutir permata merah buat lokeknya. Boleh?
Begitu juga hati dan rasa ayah.
Dia mahu kau berjaya lebih baik darinya.
Disebabkan itu ada ayah sanggup mati
Untuk mencari rezeki menangkap ikan dlm laut yg bergelora.
Ada ayah ..sanggup lawan harimau, singa, ular
Untuk mendapatkan wang belanjamu hasil jualan ulam ulaman, kayu hutan, madu lebah dan mcm mcm semata mata kamu berwang
Di politeknik, universiti atau di mana mana jua kamu berada.
Runsing engkau, runsinglah ayah.
Untuk apa?

Sekian.
Renungkanlah.

untung besarlah ibu ayah yg dikurniakan zuriat yg bisa berfikir walaupun sejenak.

Wasallam

0 comments:

Post a Comment