mood dan moody.

Posted by sazali

Salam

Maaf tidak menulis hari ini.
Mungkin mood tak ada kot.  He he he.

Mood mengikut kamus santai bermakna ..keadaan seseorang sama ada senang, susah, gembira dan macam macam lg.

Mood bergantung juga kpd tahap status kesihatan.
Kalau sihat, mood penulis baguslah.
kalau sakit, susah sedikitlah.

mood bergantung juga kpd pasangan masing masing.
Jika beruntuung dapat  isteri yg berotak geliga dan sejuk
maka mood penulis cukuplah terbaik.

jika tidak 'hancurk' bu.
Kena pulak isteri membawa ibunya bermulut laser tinggal bersama sama sejak hari pertama kita diistiharkan suami isteri yg sah.  Beli itu dia komen.  Beli ini pun panjang komennya.

Di negeri kelahiranku
ada pasangan membawa ibunya bersama sama tinggal sebumbung.
Aduhai.  Mengikut sifir mudah banyaklah guni beras dan ikan kering yg mesti distokkan
dalam rumah ..maklumlah musim cuti persekolahan akan menjelma lg pada penghujung minggu ini.  Sabar pak bila adik beradik berkumpul kumpul untuk dapat restu ibunya.

2)  ada orang rajin bersolat tahajud, witir dan dhuha bila moodnya bagus.
waktu universiti dahulu, adalah diperhatikan pulan bin si pulan rajin
beramal di waktu malam

tetapi semenjak berkhawin dengan sepupunya
amalan ahli syurga di atas mulai tenggelam.

kasihan.

2.1  ramai sangat org siam dtg ke rumah.
kadang kadang dewan tamu penuh sesak org tidur
bergelimpangan dari tangga depan terus berguling guling dan berdengkur ke arah  bawah meja makan rumahnya yg serba besar.

2.2  baki duitnya di bank
semakin susut walaupun dia berdhuha setiap hari.
Minggu lepas 1  caravan dari Narathiwat datang bertandang
minggu ni 3  caravan pulak dari Yala dan Songkla.
aduhai .. sakitnya.

bila ramai,
tandas makin rusak maKlumlah ..
bukan jurutera englang yg membina tandas di rumah kan?

he he he..

3.  Mood bergaNtung rapat kpd wang ringgit

hujung hujung bulan isteri askar melayu happy sedikitlah.
boleh pergi shopping mcm mcm.  Baju tidur tebal tebal boleh bertukar sehelai dualah.  Kasi nipis sudahlah.

di tengah tengah bulan, isteri polis pun cemas.
Duit tak cukup nak enjoy habis habis dah.

Bila duit banyak, cara masakan tip top.  Masakan mee bandung boleh buat, masakan tom yam ala thai pun boleh.  Apa susah  bila bahan semua ada.  Betul jugak  kan?
bila duit semakin kering, kita masak rebus rebus sudahlah.  Pucuk ubi kayu rebus, ikan rebus cicah budu.  Oops ..ingat biar ada cili burung dan asam limau perah perah dan terus makan.  Best you.

Bila duit banyak, bnyk ayam dlm peti sejuk.
ayam ada, itik ada, telur penuh dlm petaknya dlm fridge masing masing.
Bila berkeadaan begini, melayan tetamu lain sikitlah jika dibandingkan waktu
bila fridge serba kosong.

Betul tak?

apa boleh buat ..begitulah ajaran ibu ayah di berek polis, berek askar dan rumah guru di seluruh negara.  Cerito sahabat nabi melayan tetamu dlm ruang tamu rumahnya sambil semua isi keluarga berlapar di waktu malam, tuan rumoh adjust sumbu pelito sambil sambil tetamu nabi makan ngap, ngap sampai kenyang ...  sudah menjadi 'terlampau jauh dan susah' nak dijadikan contoh dan teladan untuk generasi moden saat ini.  Tak percaya tanya lah rosmah mansur.  Boleh mu?



Kasihan nasib kita.  Dengan stail begini, rasa rasa ada tak insan lain berminat memasuki agama islamm yg suci murni?  Banyok teori tak ada sgt nok praktis.


dah mengantuk bu
permisi ya  bu.

esok saya sambung lg.  In sya Allah.

Ya Allah ampunkan dosa kami.  Ini sajo amal baik yg dapat saya lakukan.  Tak terbuatlah ..benda lebih lebih  tuuu.

wasallam




0 comments:

Post a Comment