bila ..

Posted by sazali

Salam

Bila sakit baru terasa ..bagusnya kalau sihat

Bila sakit baru terasa .. nikmatnya boleh pergi bekerja, mengajar, menyawit di kebun dan mcm mcm lagi.
 Hatta studi  S2 (masters) atau S3 (phd).

Bila sakit keseorangan baru terasa .. nikmatnya ada isteri , anak dan saudara mara.  Cemburu katil sebelah ..bnyk keluarga yg berkunjung bertanya khabar, progress bagaimana Pak?  Bertimbun buah epal, anggur hijau, delima dan durian belanda.

Bapak  bagaimana?  Anggak ..

Bila sakit dalam pundi kencing ..baru teringat nikmat membuang air kecil sambil berdiri di mana mana.

Bila sakit gusi ..baru tahu nilai makan makanan beranika rupa LEMBUT mahu pun keras seperti kayu.  Aghh itulah engkau ..

Tuhan beri kau macam macam pada hari itu

Kau buat lupa.
Isteri ada pun ..kau asyik merungut layanan yg telah ibu berikan pada bila bila masa.  Waktu siang kau memerintah, waktu malam ..lagi lah.
Sekarang ibu dah meninggalkan kamu.  Rasakan pak?  Payah untuk mencari ibu begitu.  Banyak tenaga, mulut tiada.

kau lupa untungnya ada anak lelaki dan perempuan.
asyik kau marahkan mereka.  Itu tak kena, ini tak kena. Sekarang mereka mengambil keputusan untuk boikot kau pak.
susahkan?

tak ada lagi kunjungan dari anak anak sendiri apatah lagi telefon untuk bertanya khabar ..

aghh..

sekarang kau dah tua
kencing pun susah

nak ambil ibu baru macam mana?

menyesal tu bagus.

Mengapa?  Masih tak terlewat.  Mohon maaf dgn anak anak sendiri.  Doakan hati mereka lembut dan sudi menerima mu kembali.

Dengan Allah, kesilapan kita sebanyak buih di laut dan pasir halus di seluruh pantai Kelantan pun Allah bisa memaafkan kita Pak asalkan kita tidak pernah syirik padaNYA.  Allahu akbar.

Bertaubat dan berdoalah.  Semua boleh di Malaysia ni.

tidak ada yg tak boleh, insya allah.
Sekian.
buat renungan kpd warga emas 50, 60, 70 ...200 boleh?

Al fatihah.
Wasallam.


0 comments:

Post a Comment