jangan bersedih

Posted by sazali

Salam

Tuhan jadikan kita manusia dengan sifat terbaik.

Gembira bila untung, sukses, dpt anak lawa rambutnya kerinting dan macam macam lagi.
Sedih bila berhadapan dgn tragedi, bankrup, kecundang, sakit yg parah dan mcm mcm lagi.

Manusia melalui berbagai bagai fasa.
Ini mengajar kita untuk berfikir, analisa, muhasabah diri, taubat dan mengambil langkah lain dan seterusnya.

Kesempatan ini saya menulis berkenaan saudaraku yg kematian 2 isteri silih berganti.  Serangan Cancer durjana.
Bukan senang tu.

Kalau ditonton, diperhatikan gelagat orang2  muda
Bila putus cinta
Banyak masa dihabiskan dgn bersedih
Kecewa
Hatta ..bnyk dakwat habis mengambarkan keadaan dia yg cukup kecewa, lemah longlai dan formula matematik statistik semuanya lupa.

Malaysia sebuah negara dgn 3 bangsa.
2 darinya mempunyai kiblat benua yg sangat besar.  Masing masing mempunyai penduduk 1 bilion ramainya.

India ..dgn budayanya.
Cina ..dgn budayanya.
Melayu ..tanpa benua tetapi budaya hidup
Bercampur aduk.  Wajah melayu 3D.  Pandang sekali mcm Hang Jebat. Pandang kali kedua macam Rajesh Khana dan pandangan kali ketiga ala Bruce Lee.


Sekejap pandang ke Mekah
Sekejap pandang ke London
Sekejap lg pandang ke timur ..Jepun dan China.  Rata riti mencari arah.

Dalam dunia perfileman
Jika pelakon india meminum racun
Untuk membuktikan perasaan cukup sedih dan kecewa
Maka ...di sini pun ada yg sanggup meniru stail
Minum racun rumput dan sebagainya.
tujuan membuktikan darjat cinta yg sejati.  Awei Berahi pun ada lagu 'sejati?'

dlm filem china
pelakonnya melakukan berbagai bagai cara
untuk menunjukkan tahap kekecewaan yg melampau.  Sekali lompat cukuplah tinggi Tai Kwan Do.  Sekejap lagi lompat apek lompat. ( filem hitam putih Sarimah).

sedangkan
dlm filem melayu
pelakon melayu sekadar melarikan diri
dari bandar ke satu destinasi yg mudah dicari.

kalau lari pun tak jauh
kalau kecewa pun ..setakat terjun jambatan dgn satu bebanan yg berat ..terjun mati dan tak timbul timbul lagi.

Kalau diukur darjah kekecewaan
org melayu tak nampak ganas dan gila pun dibandingkan dgn bangsa lain.

org india jika kematian isteri
badan gemuk tiba tiba kurus kering.  Susut otomatik.
muka licin terus berubah
berjambang , rambut kusut masai
dan mata berair merah, kuning, hijau semua ada.

awas jgn hampiri abang dgn org india bersedih bila kematian org tercinta.

ada tu sanggup membakar
diri sendiri
bersama sama si isteri, si suami yg baru mati.

dengan stail begini
tak ramai pemimpin india yg
bertahan lama memerintah sesebuah negara bernama India.

org india sanggup bom diri sendiri untuk maksud tertentu.

org arab pun sama.
org afrika pun sama.
melayu?  Mana ada stamina , mana berani buat begitu.
mengapa?  Me + layu.

kita tak kuat mana pun.
bila begitu ..kerajaan melayu boleh bertahan 60 tahun lebih dgn
stail pemerintahan yg ada.

Di dunia 2 benua sana, sistem kerajaannya hanya bertahan sekejap sahaja
sedangkan di tanah melayu

kerajaan melayu mampu bertahan lama.
Mengapa?

kita bukan orang yg asalnya dari benua dua terbesar itu.

2)  kasihan saudaraku
2 kali khawin, 2 kali dia menempuh saat sedih dan berdukacita.

kematian bukan satu jenis permainan.
Bila mati, anak jadi yatim tak beribu dah.

bilik tidur dan halaman rumah tiba tiba sunyi
arwah si mati tak kembali lagi.
semua pakaian .. nya dalam almari .. membawa 1000 nostalgia
itu dan ini.

pakaian uniformnya
alat alat kerjanya
kaku di atas meja
tidak berani diusik.


bukan senang
mengharungi saat sunyi
tanpa org tersayang.

walaupun bukan cantik, segak, berharta,
berpangkat

ketiadaannya cukup terasa. Saki  Baki hidup pamanku
1 jam mcm sehari jer
1 hari bagaikan setahun
hari panas ..rasa sejuk dan
hari sejuk ..., rasa panas pulak

kekosongannya
di dapur
di kawasan membasuh, ampaian menjemur pakaian
di ruang
Tamu

di taman pekebunannya
alat alat berkebun
sunyi, kaku, tidak terusik lagi

angin  bayu hilang kekuatan untuk membawa unsur kesegaran
untuk badan dan pamanku yg sudah kehilangan 2 orang tersayang. Silih berganti.
.

susah hendak ditulis
Betapa banyaknya  kesedihan yg ditanggungnya.  Besar dugaan Allah kpd nya. Allahu akbar.

Jika dicari pengganti
mahu ke..  si wanita baru
mengisi ruangan di atas?


dari 2 isteri .. kedua duanya sudah meninggal kan dunia yg fana ini
sekarang insan ketiga?  Belajar probabiliti  bu?


mahu?  AL FATIHAH 2 X
sekian.
wasallam.




0 comments:

Post a Comment