isu isu kesopanan

Posted by sazali

Salam

Semalam saya membaca sebuah buku hasil tulisan pendakwah dari Ghana, Afrika.
Dia mengambil islam pada umurnya 40 di Bangkok.
Sekarang dia membuka pusat dakwah berhampiran dgn Masjid Muhammadi Kota Bharu.

Dalam penulisannya ada disentuh berkenaan dgn aspek kesopanan dan keilmuan agama dalam kalangan orang berbakanya islam semata mata.

Saya setuju semua benda yang diungkitkannya.

lihatlah di bawAh ini.

1)  dalam majlis pengajaran ilmu agama
di Kelantan contohnya

pendengar tak berapa ramai.
kalau ada 1000 orang atas masjid muhammadi kota bharu contohnya  yg menghadhiri kuliah
tasawuf, fekah dan akhlak dlm tempoh masa 1 hingga 2 jam

masih terdapat 100,000 orang lagi yg tidak hadhir bersama sama.

mengapa?  Tidak ada hidayat.  Tidak berminat.
satu lagi ..malas.

penyakit paling besar ialah malas.


2)  di sini, tok tok guru ingat
ramai rakyat kelantan semuanya sudah berjuruhs.
Tok nenek bagus. Anak cucu gerenti bagus.
tok nenek asyik baca kitab ..secara andaian ..ramai anak cucu pun rajin baca kitab.

Oleh sebab itu
jarang benar kita dengar topik kesopanan dijadikan topik
untuk diajar, belajar, dikupas secara mendalam dlm majlis agama.

kadang kadang
banyak bercerita negeri Islam,
daerah islam, bandaraya islam, keluarga islam ..Pasti islam.

bila masuk jah bab akhlak
masa mengajar sudah tamat.
Oleh itu topik kesopanan , kurikulum kesopanan sangat sangat sedikit disentuh.

Satu ketika musim pilihanraya
langsung topik kesopanan tidak ada peluang memasuki ruang untuk perbahasan.

maka tinggallah benda ini
tidak lagi diketengahkan.

kita pakat pakat
fikir anak anak cucu kita semua molek belaka terutama dlm kes
percakapan, perbualan, interaksi, komunikasi dan mcm mcmlah yg lain.

3)  contoh teladan kurang.
Pergilah ke kedai kedai makan seluruh negeri kelantan.

besar dari pengusaha restoran adalah anak jati kelantan
tetapi kuli kuli mereka ada dari Thailand, Kemboja, Indonesia, dan
Bnyk lg negara negara lain.

walaupun pakaian warga kedai ramai bertudung
stail bercakap , prosedur bercakap dlm berniaga
banyak lagi ruang likup yg boleh diperbaiki.  Ucapan terima kasih, mari lagi deh?  Maaf tidak ada air ni..

rasa rasa siapa boleh gi
didik org org begini
untuk
bercakap dgn sopan dan berakhlak mulia sesama sendiri.  Siapa?

adakah
ketua kampung
Imam tua
ketua polis
pengetua sekolah atau
siapa?

pendek kata
Kurangnya  sistem untuk
melatih
peniaga peniaga islam untuk
bersopan dan berhemah tinggi dlm proses berniaga.

lagi pun
pemuda pemudi
islam kelantan yg ORIginal
ramai dah berhijrah
ke luar negeri atau negara
untuk maksud

belajar,
berkerjaya
menikah khawin
dan lain lain lagi.

oleh itu besar
kemungkinan

islam , kesopanan
bukan
dtg dari rakyat kelantan yg original.  Maaflah jika begitu.

betul tak?

Rumusan

apa yg pak muhammad (ghana) sebutkan itu
memang tepat sekali.  Tepat keno batang hidung saya salah seorang anak jati kelantan.

aspek kebersihan pun
betul juga kerana bersih , molek adalah satu cabang kepada dunia kesopanan.

tandas kita tersangatlah kotor.  Kalau bayar 30 sen pun
gelap jah tandas awam ni.  Bau kurang enak sikitlah.  Kena meraba raba dlm mencari gayung.  Awas takut ada anak ular. Hishhh...bahaya.

kalau ada kain kain pelikat dan pakaian sembhayang perempuan berbentuk wakaf
banyak sudah diambil orang bertangan panjang.

kadang kadang OMG  berdebu, berkulat

selipar-selipar tandas pun hilang.

kadang kadang air ada
kepala paip tak ada.

semua ada, penyelak pintu tandas tak ada

macam macam.  Kasihan anak anak dara yg ingin bersolat.

Bagus Pak Muhammad Michael sudi
berkongsi
sesuatu dgn kita
rakyat negeri serambi mekah ni.

mintak mintak
orang atasan boleh ambillah kes ini

untuk melakukan sesuatu.

Hari ni 8hb December 2016
al sultan kita  Sultan Muhammad ke  5
nak diistiharkan Agong dah.

Syukurlah. Rakyat Kelantan semua cukup teruja

tetapi sopan santun dan budi bahasa
rakyat jelata
negeri cik siti wan kembang ini biar comel lah sedikit lagi lah.  Biar ada class dan umpph sepanjang masa.

MPKB  atau majlis tempatan buat kursus,  beri sijil
pengiktirafan kedai makan gred A, A*, A** supaya
Semua orang  ubah perangai ..ambik mudoh jah aspek sopan santun dan kebersihan ini.

Sekian.  Saya sekadar memanjangkan apa Pak Muhammad Ghana royak jah.  Jika terasa ..maaflah bnyk bnyk.  Bagus  org afrika komen tu. Lillah hi  taala

wasallam.

rujukan
My journey to islam. Its inspiration on my family.  by   Muhammad Michael.







0 comments:

Post a Comment