jadi ayah

Posted by sazali

Salam

Sekarang ramai orang mahu berkhawin.
Graduat universiti berebut rebut mahu khawin.
Orang muda berkhawin sesama pasangan mudanya. Ideal. Lawa dan kacak. Seperti pinang dibelah dua.
Orang muda berkhawin sekufu ( satu kepala, satu konsep, satu cita cita, satu feeling).
Orang maktab dua dua guru.  Sebagai contoh.  Atau kedua dua ustaz dari Nilam Puri. Atau dua dua polis Bukit Aman.
Hatta orang tua-tua  pun berebut juga mahu berkhawin disaksi oleh bulan bintang dan cucu cucunya bergelewattt depan pelamin.  Hishh atuk nihh.  Sibuk n gatalnya  dia.  Cucu cucu politeknik sibuk mengumpat atuk kesayangan mereka kerana pasangan atuk seangkaTan dgn depa jer.  Ini mesti kes atuk bawak kereta prebet sapu ambil students politeknik lah  tu.

Alhamdulilah ada pasangan ok jer.
Ada tu ..tak ok sangat tetapi lama lama ok jugak.
Ada satu tu .. mula mula sayang
Selepas itu  ribut datang.  Entahlah Pak.  Yg susah pasti orang orang tua merekalah.

Tetapi berkhawin bnyk faedah.
Lebih baik berkhawin dari hidup sorang sorang. Nanti susah bila umur kita sudah banyak.

Lebih afdal khawin dari hidup solo.  Solat alone 1 markah. Solat  berstatus khawin markah berlipat lipat kali ganda.
Apa apa pun saya percaya semua ini
Sudah diatur oleh Allah yg Esa.  Jangan putus asa.  Berkhawinlah please. Melayu khawin dgn Jepun pun ..sudah ditulis dlm rekod

 Tuhan lama dah. Apa boleh buat dah berkenan jepun mata sepit. Love is blind, dad.

2)  hari ni nak tulis sedikit pasal jadi ayah..
Tanggung jawab ayah.

Jadi ayah..bukan senang.
Macam macam kena uruskan.

2.1  didik isteri dan anak ( itu pun jika awak ada kelayakan agama, ilmu dunia dan akhirat).  Saya tak ada bnyk sgt ilmu rumah tangga ni. Tahu sedikit, buat banyak adalah. Yang silap sorry.  Yg betul tak ada pun acknowledgement. Tak patut, tak patut.
2.2  hantar anak ke sekolah rendah, menengah, tuisyen, pra universiti, universiti, sekolah memandu, interview kerja, klinik ibu, aduhai  ayahhhh.. teruknya  luuu.
2.3  buat duit bnyk bnyk
2.4  habiskan duit duit bnyk bnyk untuk ahli family atas nama amanah lillahi taala.  Jika isteri berduit untung sangat awak.  Alhmdulilah. Trend sekarang semua orang kalau boleh jom kerjalah, jual online ker ..boleh? Duit kita kering, boleh slow talk dgn isteri.
2.5  jadi wali anak daranya
2.6  jadi imam dalam solat berjamaah di rumah jika hujan lebat lebat ni ..org solat di rumah jer.
2.7  bayar bil bil bil . Itupun jika ada wang
jika tidak jgn bimbang sangat.  Allah kan ada?  Rumah gelap dipotong api..jgn risaulah Allah itu ada.
2.8  hantar anak pompuan ke rumah tok besan selepas semua proses selesai
2.9  anak anak tak cukup duit , ayah kena cepat cepat bantu. ATM  ada ayah.  Ini akaun saya ayahhh.  Maybank2u  jer.
2.10  ada chance mati awal  kerana jika org jahat serang ..awak kena lawan mereka  hidup hidup.  Dlm akhbR jarang cerita, perompak yg kalah.
2.11 jika kereta antik mampus dlm hutan Gerik, si ayah kena fikir dan buat sesuatu.  Cepat ayah.  Hari hari mau ..datang nii. Tulah orang suruh beli proton kan senang.
2.12  jika anak pompuan melayu, ada budak iran datang
si ayah kena defend.  Can?
2.13  jika ayah mati ..ini berita biasa. Tak ada sensasi apa apa pun.  Tak hairan. Sudah penat semua organnya.  Jawapannya ayah pulang awalllah ke pangkuan tuhan.


Semua di atas bukan sesuatu yg senang.
Dlm kitab , bunyinya semua senang
tetapi amalan sebenarnya

Allahu akbar
cukuplah susah siang dan malam.

sebelum saya stop mengarang artikel ni fikirlah sejenak paragraf di bawah

kita ni ada 4 golongan
Sahaja.

3.1  ayah ok, ibu ok ..mereka ahli syurga seperti Nabi Muhammad s.a.w dengan Siti Khatijah r.anha.  Dua dua ahli syurga.

3.2  ayah ok, ibu tak ok
macam Nabi Nuh dengan isterinya.
Nabi Lut dengan isterinya
3.3  pompuan ok, laki cukuplah karut
macam Asiah dgn Firaun.  Zaman Nabi Musa alaihis salam.  Ingat tak?

3.4  lelaki hancuq, pompuan hancuq
macam Abu Jahal laknatullah dan isterinya.  Sama sama penghuni neraka.  Apa itu neraka ayah?  Tempat tu manusia dan iblisvsyaitan dibakarbkerana maksiat, dosa besar, riak, sombong, kurang ajar dgn ibu bapa, rasuah, menipu , bom orang dan macam2.

Oleh itu
kita pakat pakat
muhasabah diri
pasangan dan kumpulan manakah  kita ni?

Maaf jika ada terkasar bahasa.  Tak sengaja  bah.

Sekian.
Wallahu aklam




0 comments:

Post a Comment