Akibat penggunaan handset dan power point

Posted by sazali

Salam

Saya sempat membaca akhbar Star tadi.  Dah lama dah saya beli , tetapi pagi ini baru ada kesempatann membaca berita-berita terkandung dalam dadanya.

Salah satu ialah .. mengapa penggunaan BI merosot sangat di kalngan pelajar pelajar dan guru itu sendiri.  Salah satu sebab utama ialah kurangnya membaca bahan lain selain dari buku teks di sekolah, budaya  sms, dan power point guru.

2)  Pelajar zaman sekarang kurang berminat membaca novel inggeris hasil nukilan Enid Blyton dan Shakesphere.  Ramai pelajar hanya membaca bahan yg berbentuk santai dan tidak memerlukan tahap pemikiran yg mendalam.  Dengan adanya power point teknologi, nota nota pelajaran sudah banyak diringkaskan oleh pihak guru guru itu sendiri.  Pelajar tidak perlu bersusah payah membuat summary / conclusion/ important events hasill dari pembacaan tersebut.  Salah satu sebab lain ialah ialah skim pemarkahan peperiksaan Communication English di SPM, PMR dan UPSR.  Satu baris jawapan dalam dailog sudah ada markah untuk pelajar .... ini tidak bagus.  Kadang-kadang jawapan  'Hi!' pun 1 markah dalam skema peperiksaan Bahasa Ingeris 133/2.  Saya pernah dilantik jadi pemeriksa kertas B.I. pada satu masa yg lalu.

Oleh itu tidak hairanlah mengapa pelajar universiti bercakap inggeris seperti hawkers yg menjual buah-buahan potong di tepi tepi jalan.  See the examples below  BASILECT:

i)  you want cold drink some more?
ii)  cigarette no sell here.  You go there .. shop mamak one.
iii)  cannot cannot how can like that...
iv)   soory, i no bring the wire.  So buzy ..   my beg not big to bring all the wires ma.

-----------------

Ada 3 jenis tahap penggunaan BI.  Mesolect (middle language),  Basilect (low language), acrolect (high language).   Bila orang menulis artikel dalam jurnal , mereka menggunakan ACROLECT.  Bila kita berjumpa dgn geng bola di kedai mamak , kita selalu dengar BASILECT. Tetapi as a univ student, strive for acrolect at writing and speaking purposes.  It helps you in the long run.

Itulah sahaja komen saya.
Bagi pelajar pelajar saya yg sedang membaca blog ini , saya minta anda lebihkan usaha .. belajarlah BI dengan rapi selagi anda bergelar pelajar.  Apatah lagi anda akan bergelar graduan UNIVERSITI pada satu hari nanti.  Biar command of English anda lebih menyerlah / mantap dari amoi yg menjual tiket TOTO / loteri haram di Stesyen Bas Muar, Johor itu.

Sekian.

0 comments:

Post a Comment