Salam
Al-Fatihah
Selawat kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.
Hari ini Jumaat. Syukur Allah memberi lagi saya peluang sembahyang fardhu Subuh berjamaah di masjid berdekatan dengan rumah saya. Alhamdulilah! Menghadhir sembahyang subuh berjamaah ini Satu amalan agama yg mulia dan besar jika umat islam tahu .. pahala yg menantikan kita.(Hadith Nabi MUhammad s.a.w.) Sedikit jer usaha .. kurniaan Allah melimpah-limpah untuk kita terutama mereka yg ada nikmat kereta, motosikal, basikal, berumah tangga dan nikmat sihat tubuh badan.
Hari ini saya ingin menulis - berkenaan dengan cerita lama - bala dari sikap kita mengambil mudah banyak perkara terutama - nikmat iman, harta, kesihatan badan, ilmu, peluang bekerja kerajaan, berumahtangga dan hidup sebelum mati ini. Bacalah. Ditujukan paling utama kpd diri saya dan anak anak dan menantu saya terlebih dahulu.
Ambik sambil lewa (
taking things for granted)
Orang bekerja kerajaan , mengambil sikap sambil lewa kerana
di hujung bulan gaji mereka mesti ada punya.
Orang bergelar isteri , mengambil sikap sambil lewa kerana
apa apa pun dia ada suami. Suami dia
akan cover semua masalah. No hal punya. Lagi pun islam mengajar umatnya .. suami
memikul tanggung jawab dalam banyak perkara.
Orang bergelar suami, mengambil sikap sambil lewa kerana
selepas penat bekerja di opis, bisnes, ladang , bendang sawah , kebun sawit
.. sekali pun , nanti bila pulang sudah
ada masakan tersedia untuknya di atas meja.
Payah suami nak menghargai masakan isteri , layanan tubuh badan isteri
atau kecantikan asli isteri kerana ..
sikap sambil lewa. Taking things
for granted punya. Silap isteri sedikit,
jealous .. langsung mereka
bercerai. Tengoklah statistic perceraian
. Semakin menjadi jadi.
Orang bergelar muslim, mukmin, mukminat mengambil sikap
sambil lewa kerana apa apa pun Tuhan Maha Pengampun .. dan orang islam paling tidak bermutu pun akan jadi
penghuni syurga. Dia adalah lebih baik
dari saintist , professor kafir yang hebat di persada antarabangsa .. yang mana
akhirnya tempat kediaman orang kafir ialah neraka/ api membakarnya
selama-lamanya. Oleh yang demikian ,
orang islam yang paling lemah adalah lebih mulia kerana dia menganut agama
islam. Itu ajaran nabi kita. Kita cepat menghukum sama-sama manusia. Aku ahli syurga dan kau kafir adalah ahli
neraka.
Anak anak orang yang ada pangkat dan darjat (Profesor, Yang
Berhormat, Pegawai Kerajaan, Guru, Pensyarah,
Askar, Polis) ambik sikap sambil lewa kerana .. apa apa pun .. ayah/ibu kita ada.
Kalau kita bangun lewat lewat pun di waktu pagi Sabtu/ Ahad ..tak apa ..tak apa ..
makanan sudah tersedia ada di atas meja menunggu kita. Emak/ bibit kita ada bukan? lagipun ayah kita ahli masjid di kala pagi pagi subuh. After subuh dia akan berhenti membeli roti canai untuk kita semua. Apa susah/ ayah kita ada ma. Bagus punya ayah. Every where he goes , mesti beli apa apa makanan untuk kita. We just sambung tidur sudahlah.
Pegawai melayu ambik sikap sambil lewa kerana ..apa apa pun
..bos kita berbangsa melayu ada dengan kita itu. Tak akan lah dia akan mendera kita sehingga
ke peringkat melucutkan jawatan kita?
Students melayu di university –universiti, politeknik
politeknik di Malaysia/ Indonesia/ Brunei ambik sikap sambil lewa kerana ..
pensyarah pensyarahnya .. kebanyakan adalah berbangsa melayu juga. Tak akan lah dia akan mengagalkan kita dalam
apa apa subjek kerana mereka adalah satu bangsa dengan kita.
Lagi pun mereka menganut agama islam yang mengajar kita ‘banyakkan
bersabar dan banyakkan maaf’.. maafkan kami tuan professor. Bas lewat sebab itu kami lewat tiba ke kuliah
tuan Profesor. Hujan lebat tuan. Lambat sedikit kami. Maaf sekali lagi tuan Profesor. Air tak ada tuan. Payah nak sembahyang subuh tadi. Sebab itu kami tak datang kuliah . Maaf sangat sangat Profesor.
Suami (bekerja kerajaan / tidak bekerja kerajaan) yang mempunyai isteri
guru (pegawai kerajaan berbagai bagai gred 54 -
1 )) mengambil sikap sambil lewa kerana .. jika pasangannya mati ..
pencen si mati sudah ada. Terjamin hidup
dia yang masih tinggal di dunia ini.
Buat apa susah susah lagi. Jika
semua keempat-empat isterinya semua bekerja kerajaan alangkah untung nasib
badanku ini. Sikap sambil lewa cukup menebal dalam umat islam di hari ini.
Bisnesman melayu ambik sikap sambil lewa kerana .. apa apa
pun .. kerajaan Barisan Nasional sentiasa di belakang kami .
Sepanjang masa. Betul tak?
Bisnesman/ kontraktor melayu ambik sikap sambil lewa ..
kerana jika stadium atau jambatan runtuh
atau system jalan raya rosak teruk sekalipun .. kerajaan hanya akan marahkan
kita sehari dua sahaja. Apa
susahnya? Orang besar Ibu Pejabat JKR adalah menantu kita (laugh).
Orang melayu tak perlu serious dalam apa apa pun di dunia
ini kerana .. ajaran islam .. mengatakan
bahawa .. dunia ini pinjam pinjaman.
Tidak kekal dengan kita buat selama-lamanya.
Orang melayu islam di seluruh dunia tak perlu
bersungguh-sungguh lagi dalam dunia kerana ..di sisi Allah .. dunia ini tidak
ada nilai sedikitpun .. jika dunia ini mempunyai nilai semahal satu sayap lalat hijau yang kurus dan sakit sekali pun sudah tentu Allah tidak akan memberi
setengguk air pun kepada orang-orang
kafir di luar sana. Oleh itu jangan
hairanlah jika USA hantar astraunot naik ke bulan. Kesan dari pandangan ini - bnayak negara islam seperti Palestin dicerobohi Israel dan di Myanmar, orang islam lari lintang pukang. Orang Bangladesh , Sri Langka , Thailand , Kemboja datang mengemis di tempat kita.
Orang islam yang miskin ,yatim piatu ... jangan susah
hati. Kita boleh minta sedekah di masjid-masjid seluruh pelusuk Malaysia. Lagipun orang melayu mempunyai hati yang cukup baik sekali.
Orang orang yang berusaha membuka tahfiz al-Quraan , madrasah agama
.. ambik sikap serupa juga kot ..kerana jika
mereka keputusan wang untuk
membina bangunan bangunan sekolah .. mereka boleh minta bantuan dari Majlis
Agama, Kerajaan Saudi Arabia dan banyak lagi tempat untuk kita merayu sana dan
sini. Jangan bimbang sangat. Ada orang orang tertentu sangggup hantar
pelajar-pelajarnya untuk mengutip derma di pam-pam stesyen minyak seluruh
Negara. Jual taqwim RM20 satu set.. untuk maksud membesarkan
masjid, membesarkan madrasah, .. , macam-macam stail orang nak mintak ‘sedekah’
zaman sekarang ini. Ada
sesetengah-tengah itu, ada pelajar menunggu kita di tandas R&R .. nak
mintak derma. DEpa kata ' ..murshid mintak kita buat Latihan Industri di kawasan R&R PLUS ..supaya ada pengalaman nak jadi usahawan, petah bercakap dan .. berkemahiran sosial dan macam macam lagi'. Aduh .malunya kita umat
islam. Mintak derma sampai ke tandas mereka! Sikap sambil lewa yang kita anuti
ini terus menebal dari saat ini hinggalah ke satu hari nanti.
Orang mualaf ( orang cina , india ygbaru masuk islam) pun ambik sikap sambil lewa juga .. kerana
dalam agama baru mereka Islam namanya .. mereka boleh menjaja muka ke sana sini
, dengan berbekalkan sekeping surat dari majlis agama , .. ,
dengan surat itu , mereka boleh park
kain serban besar besar dan mintak sedekah .. di luar pekarangan masjid
sana. Settle? Saudara saudara islam sejati kita sangat ramai untuk
membantu anda.Bahkan di surau surau KLIA dan LCCT pun dah ada mualaf yg minta sedekah dalam surau airport. Sedap bukan?
Guru guru senior
ambik sikap sambil lewa berkhidmat di sekolah kerana .. apa apa pun ..sudah ada guru guru junior yang
akan membantu kita. Pandailah kita
mengarahkan mereka.
Guru guru junior ambik sikap sambil lewa berkhidmat di
sekolah kerana .. apa apa pun .. sudah ada nota nota dalam POWER POINT untuk kegunaan kita. Kita boleh teruskan budaya ‘smart living,
smart working’. Tanya Google.
Guru Guru Besar/ Pengetua / Pengarah sekolah,
maktab,politeknik ambik sikap sambil lewa kerana .. apa apa pun ..dah ada ramai
pegawai di bawahnya yang sanggup mati untuk institusinya .. demi
mempertahankan nama sekolah kluster, MRSM Bitara, kolej vokasional dan macam macam istilah moden yang bergetar
otak memahaminya ..tetapi jangan risau .. itu semua .. indah nama dari hasil sebenarnya.
Library (Perpustakaan) universities, polytechnics, teaching institutions, sekolah menengah dan rendah ..jangan risau pasal bekalan - bekalan buku. Kita beli terus dari luar. Duit kita tersangatlah banyak. Kita dapatkan terus dari penulisan karya orang orang barat. Pensyarah pensyarah universiti IPTA, IPTS kita tidak ramai yang mahu menulis untuk faedah rakyat malaysia untuk panduan orang orang bawahan di kampung dan di bandar sana. Fokus mereka hanya menulis untuk jurnal yg ada impak faktor sahaja selepas selesai research research dan research FRGS mereka. Sedangkan di barat (penghuninya ramai orang orang kafir dan atheis) mereka menulis jurnal jugak dan ironi nya ...mereka terus menulis buku buku untuk rujukan ramai manusia - kafir dan muslim kita. Jadi tanpa disedari ..banyak ilmu dijanakan dari orang orang kafirlah. Tidak banyak ilmu baru yg dijanakan terus dari orang islam kita pada masa la ni. Betullah kata orang cina kat kedai kopi stesyen kereta api Kluang, Johor sana - melayu mana ada kilang sendiri di malaya ini? Anak anak alumni MRSM ..elektronik/ robotik/ komputer/ nanoteknologi .. kebanyakkan bila pulang dari universiti luar negara (10 top universities) terus diterima untuk bekerja oleh kilang-kilang cina dan jepun di Lembah Klang ini. Modal negara RM500,000 untuk menghantarkan setiap anak melayu belajar PhD , Masters, Degree dan bila pulang dari luar negara .. tetapi dengan mudah dibayar RM3000 - RM4000 sebulan oleh kilang cina . MARA ambik sikap sambil lewa ..tak mahu jaga .. output terbaik melayu dari luar negara sana. Gaji RM3000 - RM4000 adalah satu gaji yg tak jauh dari graduan melayu bekerja guru guru di SM Kuala Balah, Ulu Kelantan; SM Kelewang, N9 ; SM Sri Bedena, Sungai Besar, Selangor beropsyion sejarah dan pendidikan jasmani. Pelikk bukan?
Penulis kita orang melayu sangat ramai tetapi kita banyak mengeluarkan buku Panduan Khawin, SElamat Pengantin Baru, Rukun Rumah Tangga, SElamat Belayar Malam Pertama , Nikmat Tongkat Ali, MOtivasi Pelajar Cemerlang Sekolah Rendah UPSR, Petua Cemerlang PMR dan SPM.. tak ramai cerdikiawan melayu mahu tulis pasal hukum hakam matematika. HUkum hakam fizik . HUkum hakam riba dari perspektif matematik. Banyak yg menulis XYZ dari pandangan islam sahaja. Buku ini tak laris sangat dalam kalangan orang asing kerana islam membawa 'rasa fobia atau unsur unsur menakutkan'.
Kalau kita rasa gaji tak mencukupi, tunggu ..tunggu jap .. dekat dekat pilihan raya umum ke 13 ini .. Yang Disayangi Perdana Menteri kita akan
memberi bermacam macam bantuan BRIM1, Bonus 1.5 bulan gaji, struktur tangga
gaji baru kepada semua pegawai kerajaan .
Dengan syarat. Undi BN lagi dan
lagi.
Masa terus berlalu dengan sikap sambil lewa ini. Taking things for granted is here for ever. Bagus bukan?
Orang orang Bangladesh, India, Nigeria, Arab, Yaman ,
Pakistan, Gurkha, sudah ramai membanjiri Negara ini .. kerana kita ambik sikap
sambil lewa sahaja. Banyak jawatan ..
dari peringkat buruh di ladang ladang sawit, memanjat bangunan pencakar langit hinggalah ke jawatan professor di
university ..sudah mula mula dipenuhi dengan orang orang luar Negara kita. Tak apa.
Sikap kita kata ..tak apa punya.
Anak anakgadis kita ada yg gilakan orang asing. Dari Facebook , banyak wang mereka terhilang dan terlesap kerana .. orang orang asing pandai buat ayat ayat cinta dan power. Cuba rujuk METRO. Banyak statistik kat sana. Anak dara tua dekat zon pencen hilang banyak duit dengan mat gagak kerana .. kesan surat cinta main main atas internet. Sikap sambil lewa. Kalau mereka pinang orang orang lelaki melayu yg ada ..apa salahnya. Dari ilmu statistik, jika dipinang 1000 kali dengan pemuda melayu 1000 orang yang berlainan negeri / kelulusan/ status kesihatan tubuh badan ..sudah tentu sangkut 1 orang (insyallah) .. laws of probabiliti payah menghasilkan nilai sifar secara membabi buta. Mesti ada peluang punya. Berlaki melayu kita bukankah senang?
Hutang Negara sudah melebihi RM500 bilion .. tetapi jangan
panic … pangkah jer Barisan Nasional ..tahulah kita apa yang harus kita buatnya.
Kes model Mongolia
yang mati kerana bom dari bilik kebal simpanan PDRM tak selesai lagi
.. tetapi ramai pegawai tinggi polis dinaikkan pangkat lagi dan lagi .. // kes tak beres tetapi .. imbuhan tetap ada.
Betul lah kata kata Tun Mahathir dahulu itu bahawa ‘ melayu cepat lupa’.
Wah llah hu aklam.
p/s: ada apa apa perkara yg baik ini (jika adalah) ..ceritakan lah kpd kawan kawan dan anak-anak anda sendiri. Ambik iktibar . Sampaikan walaupun satu ayat.
Dr Sazali
Mantan YDP PIBG MRSM Bitara Pengkalan Chepa Kelantan
1999/2000
0 comments:
Post a Comment