Dekat dekat nak maghrib

Posted by sazali

Salam

Dao' Tuan  Guru   Nik Aziz Nik Mat ( Menteri Besar Kelantan) menasihatkan kita semua mukmin/ mukminat  ..
jika  kita berada di hujung hujung siang ..dekat dekat nak maghrib begini

bacalah:

3 ayat terakhir Surah Al Hashr// fadhilatnya:  70,000 malaikat menjaga kita dari maghrib hingga ke esokannya
dan bila di baca waktu subuh dan matahari sedang naik pada ufuknya di Jepun ; 70,000 malaikat akan menjaga kita dari siang sampai ke malamnya//  betapa secure; selamatnya jaminan Allah Taala - pencipta manusia, otak manusia, kreativiti manusia dan semua di langit dan di bumi ini.  Subhanallah; Alhamdulilah;  Allah hu Akbar

dan buatlah  doa banyak banyak supaya kita selamat di dunia dan akhirat.

Mintak Allah beri kita "sukses"  atau kejayaan hakiki  dalam semua bidang ,.  pelajaran, pekerjaan, perkhawinan, zuriat,  kesihatan famili kita terutama ibu ayah dan guru matematik anda ini , murah rezeki  berkahwin dgn org org yg bagus amalan islamiknya, degreek, harta punya.. payah nak bercerai punya ..  dan minta Allah kurniakan kpd kita fikrah(bentuk fikir)  Nabi Muhammad s.a.w dan para para sahabat r.a.  -

dulu Islam tersebar luas ke seluruh dunia India, China, Malaya, Indonesia, Afrika kerana amalan amalan kehidupan seharian mereka
dan sekarang biarlah Allah Taala kekalkan kita dalam islam sehingga ke akhir hayat.  Mati dalam islam.  Mati tidak mengsyirikkan Allah dgn benda lain seperti duit, kekuasaan , pangkat dan darjat, patong berhala berupa emas dan intan berlian atau patong rumah banglo, kebun getah, kebun sawit, atau kereta mewah lari laju Ferrari dan McClaurens.

Doakan supaya Allah Taala pilih kita jadi sebab ; catalyst  ..tersebarnya islam ke seluruh dunia sekali lagi dan lagi.

-------------

Jangan main komputer, internet, bolasepak, rempit, menyawit, sembang kat kedai kopi mamak, taman bunga, kiosk, pasar malam, BP Mall, KL Suria, ATM ATM untuk tekan dinding keluar duit  .. di waktu waktu begini.

Sekian.  Pesan Tok Guru Dato'  Nik Aziz Nik Mat .. saya panjangkan sahaja pesanannya itu.  Tidak ada  ..niat lain saya ..kita sama sama amalkan.  Saya sekadar seorang posman .. apa yg saya sampaikan ini berupa surat surat penting untuk kalian dan saya jugakkkkkk.
Wallahu aklam.

Ameen.

0 comments:

Post a Comment