Salam
Semua manusia bergelar guru mahu kelihatan segar, cergas, ceria dan cerdas di sekolah sepanjang masa. Tetapi ada masa , ada guru guru kelihatan letih kerana 5 sebab :
1) tak cukup makan , tak cukup rehat di rumah; dua orang anak baru setiap tahun ..awal tahun lahir seorang dan akhir tahun krismas 25 dec ..seorang anak lahir pulak. Tak jaga pantang 100% punya.
2) banyak benda sedang difikirkan oleh mereka. Masalah pelajaran, masalah pelajar-pelajarnya dan masalah sekolah (pentadbir). Kadang kadang ada guru itu selalu memikul 5 - 15 tanggungjawab berlainan setahun seperti dia lah guru komputer, dia lah guru sukan, dialah guru projek reka bentuk dan pertandingan dan macam macam lagi lah .. Yang peliknya , ada guru tak ada kerja banyak sangat pun. Maka mungkin ada pilih kasih ..agihan tugas ini pada pihak pentadbir
3) banyak hutang kena langsaikan di hujung hujung bulan. Jika dia sahaja yg bekerja makan gaji, maka semua hutang .. dia kena settle secepat mungkinlah sebelum ajal memanggil kita .. [ itu lah ..hari itu org tua kata khawin sama-sama guru kan ke senang sikit .. sama sama graduan UTHM, USM ker - tak lah letih macam lembu kat tengah padang rumput itu] . Dah kau lawan cakap org tua kau ..patutlah kau letih bang oooi
4) masalah rumah tangga . Suami mengajar di Kulim , Kedah dan isteri kerja kerani di Lahad Datu, Sabah.
Letih menunggu ... aeroplane , org org tua kata. Tu lah ..org org tua dah kata .. khawin dengan org org kampung dah lah jali.. kau tak mahu dengar / that day kau kata 'tak ada class; kawin dgn org kampung sendiri ' rasakan lah
standard class mu itu. Adushhh. Sekarang betis india nampok putih jer .. kang ooiiii
5) memang fashion tubuh dio gitu doh/ kalau kita buat post mortem kat tubuh guru ini .. mesti banyak DNA .. menjurus kepada elemen elemen L E T I H. Oleh yang demikian, mengikut nasihat doktor pakar .. kena kahwin dengan pasangan yg tubuh sedikit raksasa lah. Then DNA campuran akan menghasilkan tubuh..yang kuat dan penuh stamina untuk mengait sawit atau menoreh getah sebelum masuk kawasan sekolah ..untuk berkhidmat sebagai guru sekolah.
-------------------
Sekian penjelasan dari saya yang serba lemah ini.
p/s: isteri saya tidak bekerja makan gaji pun. Dia sedang menonton ASTRO sekarang .. ustaz Don idola dio.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment