Ada peluang ke menang itu?

Posted by sazali

Salam

Dulu Tun Mahamthir sibuk menulis mengenai "Melayu Cepat Lupa".  Ramai orang kita tak percaya.

Tetapi .. sekarang apa yang Tun tulis ..nampaknya .. makin hari makin ramai orang percaya.  Percaya apa itu?  Kita mElayu cepat sangat lupa.

2)  TRagedi kemalangan sana sini ..  tak menjadi pengajaran kpd kita penunggang motosikal, pemandu kereta, lori ..  dan ..  trajedi terus berlaku di sekeliling kita sepanjang masa tak kira di atas Lebuh Raya / laluan biasa. Mengapa?  kita cepat lupa.

3)  Dari tahun 1998 - 2012 , banyak insiden telah diketengahkan ..  oleh media massa .. seperti kes Antantunya (pembantu Razak Baginda ..dalam pembelian kapalselam untuk TLDM) ..  cebisan daging dari mayatnya dijumpai bertaburan di PUncak Alam ..  tetapi nampaknya .. rakyat Malaysia sudah lupa perkara itu.

Mayat Norita Shamsuddin (bekas pelajar ITM) yang dijumpai mati dibunuh di sebuat kondominium ..  di Kuala Lumpur pun .. orang kita dah mula lupa..  kerana ..kita semua sibuk dengan kehidupan kita masing-masing.  Walaupun cerita pembunuhan nya .didedahkan dalam dada akhbar selama 2 bulan .. En Roslan telah pun dibebaskan .. maka hilanglah .. cerita anak melayu Kedah ini dimakan masa.

Cerita tentang .. usahawan terkenal herba tradisional Susilawati dan 3 rakan rakan profesional nya dibunuh dan dibakar hidup hidup oleh sang sang "k.ling"  pun nampak gaya .. akan mengalami nasib yg sama .. peguam/ lawyer India ..  mungkin akan dibebaskan .. kelak kerana pihak bertanggungjawab tidak mampu memberi bukti soheh se sohehnya ..  kpd pihak mahkamah.  Betapa tak cekapnya bangsa kita! (mungkin)

Ini semua menunjukkan kita .. melayu kita cepat lupa.

4)  Dalam keadaan kita hanyut dengan masalah masalah kita masing-masing ..  kerajaan menaburkan banyak jasa dan budi kepada rakyat jelata dengan limpahan wang ..seperti Baucer Buku RM250 kpd pelajar pelajar universiti, politeknik...  RM500 BRIM dan RM250 kpd warga cacat .. dan macam macam lagi ..

kerana kita semua sibuk membilang duit yang berkepuk kepuk datang ke riba kita .. limpahan dari kocek kerajaan ..  maka banyak benda ..kita semakin lupa.  Lupa dan terus lupa.

Akhirnya .. dunia akan berjumpa dgn keadaan yang sama ..  iaitu .. manusia cepat lupa bila diberikan kenikmatan ..  wang ringgit , pangkat dan darjat , wanita wanita cantik dan lain lain lagi hadiah dunia.

SEbab itu lah ..Nabi MUhammad s.a.w.  tidak mahu .. mendoakan agar umat-umatnya .. kaya dan terus kaya .. Baginda dah nampak dah .. bahaya bila umat nya dilimpahkan dengan wang ringgit dan harta yang bertimbun timbun .. mencicah langit pertama.  Mengapa?  manusia akan lupa tuhannya yang Agong ..  Allah Taala.

BIla manusia lupa Allah .. manusia tak peduli lagi ..  sembahyang berjamaah subuh walaupun pada pagi hari Jumaat.

BIla manusia lupa  ..Allah .. manusia sibuk dengan gadget gadget termoden .. lalailah mereka dari  zikrullah (subhanallah, alhamdulilah dan Allahu huAKbar).. mereka lupa membaca Al Quraann yang menjamin mereka ke satu kehidupan yang bahagia sepanjang masa di syurga kelak..  Mereka lokek memberi masa untuk menadah telinga .. mendengar ..syarahan syarahan agama ..diberikan oleh |Y|\ang |Mulia ustaz / ustazah ..  di masjid masjid, surau surau di seluruh pelusuk kampung di negara ini ..  Apa yang mereka berebut ialah mendengar janji janji pemimpin pemimpin mereka ..  apa yang mereak akan dapat jika BN terus memerintah negara islam terbaik ini.

BIla manusia lupa Allah..  manusia tak nampak ..kerajaan manakah yang menonjolkan amalan amalan akhirat dan amalan amalan maksiat ..  mereka terus dihanyutkan ..  dengan wang ringgit, penyakit moden stroke, tak dapat tidur malam , risau, runsing, tak percaya antara satu sama lain .. walaupun suami isteri yg sudah 30 tahun hidup bersama..  hanyutan mereka dengan sampah sampah dibawa gelombang tsunami ..  timbunan harta, kereta, sawit , kebun sawit, getah, banglow, estet perumahan, saham hartanah, saham itu dan ini, kejayaan anak anak bini dalam perniagaan dan pelajaran  (yang berbentuk sementara)..


hingga satu ketika ..  nyawa mereka akan disentap oleh malaikat maut tanpa diduga.

Astahg firullah hal azeem.

Al Fatihah.

Ayuh tuan hamba.. ingatlah Allah ..semasa hayat dikandung badan.  Ingat Allah banyak banyak di saat saat kita ada lagi kuasa melayu ini, saat kita masih ada kekayaan warisan tok nenek kita zaman lampau , kita sihat , kita ada masa lapang, kita masih muda ..   kita faham apa yg saya tuliskan ini .

Jangan lalai walaupun seketika tuan hamba.  Ayuh ..kembali kpd .. ajaran agama silam yg suci .. kita amalkan solat, belajar  ilmu agama, sains dan teknologi , zikrullah, ikram muslimin, ikhlas dalam niat dan ikhlas suci murni dlm semua bentuk amalan hidup kita dan kita mesti berjuang untuk agama dan bangsa .. hingga ke titisan darah yg terakhir.

Tak pentingkah ini wahai tuan hamba?

Anda bagaimana?

Wallahu aklam bis sawabbb.

0 comments:

Post a Comment