Fadhilat Al Quraan

Posted by sazali

Salam

Buku teragung ialah Kitab suci Al Quraan nur kareem.

Fadhilat Al quran ada banyak.
Di sini dituliskan 3 sahaja.

Pertama,
Seorang hafiz al Quraan boleh selamatkan ibu ayahnya dari api neraka.

Kedua,
Satu  alif lam meem, 3 huruf. Setiap huruf 10 hasanah. Maka alif lam meem 30 hasanah.
Setiap hasanah penting untuk kita dunia dan akhirat.
Orang yg membaca 10 ayat al Quraan setiap hari sekurang kurangnya, dia tidak akan tergolong dalam orang yg lalai.

Bila lalai kita bahaya.  Contoh orang lalai ialah ..tertinggal anak sendiri di Emporium yang banyak tingkat-tingkatannya.  Awas jangan bawa terlalu ramai anak anak ke emporium.  Confuse anak dan confuse ibu ayah.  Bahaya?

ketiga,
surah al fatihah digunakan untuk penawar sakit sakit manusia.
surah al fatihah ibu segala doa.  Pakar bomoh menggunakan ayat ayat al Fatihah untuk merawat pesakit mental dan emosi nya.  Insyallah sembuh.
surah yaseen jantung Al Quraan.
Jika dibaca Surah Al Fatihah dan Yaseen 7 kali berturut turut dgn penuh yakin
Allah akan sembuhkan segala bentuk penyakit kita terutama anak anak yg hilang semangat juang dalam semua bidang seperti pelajaran dan perniagaan.

Surah Al Mulk dan Surah Alif lammin sajadah ..selamatkan kita dari azab kubur.
Surah Al Waqiah .. dibaca , mohon kemurahan rezeki dalam perniagaan dan kesuburan zuriat.

Bacalah ..dengan penuh yakin bahawa
Allah Maha Berkuasa.
Makhluk tidak ada kuasa apa apa pun.

*  try baca ini jugak http://cureofmagic.blogspot.my/p/manzil-dua_15.html

Sekian.
Kita pakat pakat amal, deh? ( maaf kita orang kelantan jah)

Wallahu aklam.

Rujukan:
Maulana Zakaria (1960), The teachings of Islam .  Fadhdail Amal. Shaharanpur, India.

Siri Tazkirah TGNA, Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu. 1980 - 2000

0 comments:

Post a Comment