Fadhilat Sedekah

Posted by sazali

Salam

Kita digalakkan bersedekah.

Sedekah boleh dalam bentuk wang, tenaga fizikal seseorang, ilmu pengetahuan , senyuman, kata kata yang baik dan ...banyak lagi.

Orang kaya bersedekah dlm bentuk wang. Dengan wang itu, masjid boleh dibesarkan untuk menampung semakin ramai jamaah yg datang bersolat jumaat dan sebagainya.

Al Quran :  Kalau kamu lahirkan sedekah it, maka yg demikian adalah baik.  Dan kalau kau sembunyikan sedekah serta kamu berikan kpd orang fakir miskin, maka itu adalah lebih baik bagi kamu.  al Baqarah. 271

Orang susah bersedekah dengan cara bergotong royong memindahkan wakaf kayu dari kampung hulu ke kampung hilir. Mereka berganding bahu mengangkat wakaf tersebut dengan kudrat tenaga masing masing.

Orang berilmu bersedekah dgn cara mengajar bab bab ilmu kepada anak anak kampungnya. Dengan izin Allah, banyak perkara baik terhasil dgn pegangan ilmu dan agama.

Isteri baik bersedekah melalui senyumannya kpd suami tercinta. Dengan senyuman itu, suami sanggup meredah hutan untuk memburu binatang untuk mzksud makanan dan wang.

Fadhilat sedekah

1.  Menambahkan kasih sayang antara orang susah dengan si kaya.
2.  Menghilangkan perasaan riak, takabur dan besar diri..
3.  Mengamalkan sunnah nabi. Satu sunnah sedekah boleh berkembang kpd 7 cabang kebaikan. Setiap cabang menghasilkan 10 kebaikan yg lain.
4.  Bertolak ansur.
5.  Menimbulkan keharmonian dan ketenteraman..
6.  Melegakan keperitan hidup si miskin.
7.  Membina kekuatan umah dengan panduan ilmu dan tunjukajar pak guru.
8.  Memasuki syurga Allah dengan kadar segera.
9.  Mati dalam iman.
10.  Dikenang orang dari generasi seterusnya.

Wallahuvaklam.

Rujukan
Bimbingan mukminin.

Kitab radhus solihin.

0 comments:

Post a Comment