masjid telipot sebelum 1 ramadhan 2016

Posted by sazali

Salam

Subuh semalam di Masjid Besar Telipot, kota Bharu

Mengajar  5  perkara

1.  Persiapan ramadhan

untuk berkhawin, bernikah macam macam persiapan kita jalankan.
Bukan sahaja pengantin, banyak pihak lain pun bersiap sedia
Majlis akad nikahnya, kenduri perkhawinan dan sebagainya.

Bagaimana pula dengan Ramadhan?  Sesuatu yg sangat sangat penting.
Selalu kita ajarkan anak anak dengan niat berpuasa, prosedur solat fardhu dan solat sunat terawih.

Bulan puasa sahaja ada terawih.
tidak pada bulan bulan  lain.
Fadhilat terawih, Allah naikkan darjat solat sunat ini kepada ganjaran seperti solat fardhu.
Rugi besarlah mereka yg membiarkan Ramadhan berlalu tanpa betul betul bersedia mengejar ganjaran berlipat lipat ganda ini.

2.  Ciptaan Allah tidak ada tolok bandingnya.

 Buah lada tidak ada air.  Buah lada di tanam rendah di paras bumi. Buah lada mempunyai banyak biji biji lada. Lembab, kering dan jika dimakan ..terasa pedas yg teramat sangat. Pedas macam mana pun .. ada orang tak berselera makan tanpa ada sambal pedas belachan.  Ramuan utamanya lada.

satu lagi  buah kelapa.
berbeza sangat buah kelapa dari buah lada.
buah kelapa berada di atas pokoknya ygbtinggi dari paras bumi.
jika dikait buah kelapa ada banyak airnya.
Walaupun jauh tinggi dari paras bumi,
banyak air ada dalam buah kelapa.

air kelapa sedap rasanya. Manis lemak airnya jika diminum pada cuaca yg panas terik.

Tuhan cabar semua manusia ..scientist , engineer ..kalau kau betul betul berkuasa buatlah
sebiji buah kelapa.  Setandan buah kelapa.

boleh engkau?

Allah meminta kita berfikir,
bagaimana dari satu bumi, satu taman, satu ladang

terbitnya  2 buah pohon yg berlainan   sifatnya.
Satu rendah, kurus dekat dgn paras bumi ...buahnya tak ada air
sedangkan 1 pohon lain

nun tinggi...  tinggi kurus mengalah, tetapi buahnya ada air yg banyak dan terasa manis dan sedap diminum.  Jika dicantas, air kelapa memancut keluar tinggi terkena muka manusia.

siapakah yg tuan punya rencana semua ini..
wahai manusia.

3.  Maaf saya lupa
4.  Maaf saya pun lupa
5.  Maaf ..banyak saya lupa.

Sekian.
Itu sahajalah sumbangan saya.
Di akhirat sana, tuhan tak tanya ..
Banyak mana sumbangan anda  tetapi

Yang Aallah tanya..

Ada tak kamu sampaikan sepotong dua ayatku yang mulia kepada manusia lain di sana?

Allahu akbar.

Ambik saksilah ..saya sudah melakukan ini
Sedaya yang saya boleh

BaPak dan ibu.

Wasallam.

1 comments:

Post a Comment