stail orang orang dahulu

Posted by sazali

Salam

Zaman lalu sekitar 1960 hingga 1980
Kehidupan kami ala ala kampung sahaja.

Makan minum buat sendiri.
Kenduri kendara kita pakat pakat tolong.
Ada sembelihkan lembu, ada yg buat gulai.

Belia tolong panjat kelapa.  Nanti nak masak gulai.

Waktu kenduri, ramar orang bawak anak anak daranya .. tolong sedikit sebanyak potong potong lada, serai dan tumbuk kunyit.

Waktu ni lah ..askar, polis, cikgu pakat pakat cari bini.

Antara banyak kerjaan, askar paling laku sekali.

Kenapa?  Orang rumah askar ..boleh elaun.

Tak ramar suko cikgu.
Sebab?  Mudah sahaja.  Boleh cikgu..asyik beranok jah.

Mzklumlah .. cikgu bnyk masa lapang.

Jarang kito dengar cikgu anak 1  atau 2.

Majoriti..anak 10 ke atas.

He he he.  Penat jadi bini cikgu. Tak sempat nak kering ..mari yg lain pulak. Ahli famili?

Tak sempat besar along,  angah mari dah.
Kadangvkadang  setahun tu, dua dua mari.
Berderik  derik anak cikgu.

Alhamdulilah.

Polis?

Jika cikgu tak nak, askar tak nak ...akhir akhirnya boleh ko polis.

Kito pun anok polis.  Kiro kiro division 3.
Askar Division 1,
Guru Division 2
Dan Polis  Division 3.

Keluarga polis tak besar sangat.
Berek polis ..kecil jer.
Kadangvkadang mak mertua tidur sekali dengan anaknya itu.  Rindu sgt kat anak pompuan dio tu.
Si polis prebet, koporal tidor luar je lah sekali dgn pak mertua. Tali pinggang hijau malbari baru pulang dari tanah suci.

Tiap tiap hari tengok jam.
asyik tanyo ..mertua..  mek nok kelik bilo?

( when u want me to buy tiket train kluang pasir mas?)


Tak lamo  pulang ke kampung asal, mek tibo tibo balik.
DOKTOR nasihat .. elok bersalin di Pasir Mas.

gitulah serba sedikit, stail hidup zaman dahulu.
kalau kita mari dari keluarga polis, askar dan guru

kebanyakkan kito berumur 40 hingga 60 dah.

kita jalan pun ..semakin slow.
Umur banyak,  lutut siku banyk  yg dah longgar.

3)  satu lagi ... identiti diri.

janda askar cepat laku.
harga mahal wpun suami asyik masuk hutan.
ada tu terkurban ..di Congo..askar Commonwealth.

janda guru ,,,,  lambat sikitlah.
Faktor sana faktor sini  janda janda guru ..ramai anak bagaikan satu tren ..pantai timur Tumpat Johor Bharu jer.   Tren senandung malam.

4)  saya suka hidup zaman begitu.
ayah gi mana mana ..mesti bawak buah tangan pulang ke rumah.
ada bawak balik rambutan, ada bawak balik betik walaupun belum masak penuh.

kehidupan dulu, kami banyak kongsi kongsi.
baju abang kakak boleh tahan bertahun tahun lamanya.
Disebabkan begini, kita sayang kpd abng long dan kak ngah sepanjang zaman..
cakap along dan cakap angah ..tak ada seorang berani membantah.

bila ayah mak mati

rumah along dN angah tempat kita berkumpul.

begitulah adik.

keadaan dulu 30 hingga 40 tahun ke belakang.

aman damai ..berlebih kurang.Amalan islam semua kita junjung tak kira senang mahu pun miskin dan susah.

aghh..masa tu sudah lama hilang.

sekian.
wasallam.

p/s
Betik muda pun kami berebut.
kerat, potong nipis
buat cholek
ambik  cuka, belachan, pipiskan lada, garam.. gula pasir
wau sedap makan ramai ramai.




0 comments:

Post a Comment