Cabaran masa kini

Posted by sazali

Salam.

Ada dua cabaran jika kita sudah emakin berumur. Warna semakin merah di kaki langit. Pertama kesihatan kita tidak sebagus dahulu. Kita senang diserang berbagai-bagai penyakit seperti sembelit, buarsir, darah tinggi, kencing manis dan stroke. Mengapa? Kerana kita sudah tua lah.

Kedua ialah sebilangan orang bila masuk zon tua .. mereka rasakan bahawa semakin perlu beli itu dan ini. Kumpulan (itu dan ini) ialah : tanah rata riti, rumah sana sini, .. , macam-macam projek dia nak .. orang kelantan kato ...dio nok belako. Jika nasib dia baik .. dia khawin lagi satu .. bikin projek lagi fantastic dan penuh keseronokan. tak caya? tanyalah pak chik pak chik yang ada mem baru tu. Mereka yang dah tak ada isteri kerana kematian .. maaf pak .. pak dikecualikan dari penulisan ini.



Ke mana kita nak bawa diri kita ni? Apa matlamat kita tu? Adakah kita nak tunjuk kita berduit terlampau banyak sangat atau .. power kita setanding power orang muda? hairan ya.

Ada ustaz di kampung saya Kampung Sireh Kota Bharu - namanya Ustaz Wan Yusoff (dakwah tabligh) bilang .. tak ada orang boleh bawa harta-harta tu ke lubang kuburnya. tanyalah Firaun sekali pun. tanyalah ferdinand marcos filipina .. mereka akan confirm .. nahe nahe .. tak ada apa yang kami bawa pun. Hanya kain putih tidak berjahit jer sebagai penutup badan yang nipis. Maka apa yang perlu kita tension siang dan malam ..menghitungkan saham itu dan ini. Cukuplah masa dahulu kita dah kumpulkan harta yang berbagai-bagai. Banyak negara dah kita jelajahi .. apa lagi yang nak kita lihat. Mat Salleh dan Mek Salleh pun makan 4 5 kali sehari, mereka khawin dan dapat anak-anak macam kita jugalah.. rumah mereka hebat macam kita juga lah.. tapi awas.. agama dah bilang .. dunia ni sementara akhirat lah yang kekal abadi.

Bila kita pulang ke pangkuan Allah .. soalan yang akan ditanya hanya 5:

1) bagaimana kamu perolehi harta mu dan ke mana kamu habiskan harta itu?
2) bagaimana kamu gunakan usia mu yang pendek ( kurang dari 100 tahun ) .. adakah bagus penghidupan mu mengikut sistem auditing aku .. taat pada ku mengikut jejak langkah Rasullulah s.a.w?
3) bagaimana kamu gunakan ilmu mu yang ku pinjamkan kepada mu sebentar tadi di atas dunia? kamu buat apa yang kamu tahu? sembahyang mu beres? zakat mu bagaimana? puasa mu ? haji mu bagaimana pula?

4) bagaimana kamu gunakan nikmat kesihatan yang ku kurniakan kepada mu sepanjang hidup mu itu?

5) bagaimana usia muda mu? kemana kamu habiskan ....

Begitulah soalan yang akan diajukan kepada kita. Jom kita siapkan diri kita. Sudahlah angan-angan tu. Biar anak kita lah yang berusaha berhempas pulas untuk mencari hartanya. Ini masa mereka. Kita ? Maghi lah join amalan dakwah .. insyallah allah akan ampunkan kita. yakinilah janji-janji allah. Tidak rugi kita.

satu hadith sohih...

"jika diketahui petapa besarnya pahala orang yang bersusah susah diwaktu gelap gelita menuju ke masjid menunaikan solat subuh berjamaah .. sudah tentulah .. tidak ada orang yang sanggup leka lagi .. "

Untuk memahami hadith ini kita memerlukan hidayat dan keyakinan kepada kekuasaan Allah yang maha Besar.

Wallahu alam.

0 comments:

Post a Comment