polis kelantan kita

Posted by sazali

Salam.

Belum pun sempat .. saya menyambung tulisan blog saya semalam

dah ada dah news dari kelantan berkenaan ibu bapa yg bermasalah seperti berikut:

"..Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim, berkata mayat mangsa sudah diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan selepas bedah siasat, kelmarin.
innity_country = "MY";
innity_client = "17";
innity_zone = "761";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";
"Hasil bedah siasat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, gadis terbabit dikesan menjadi mangsa rogol sebelum dia ditikam pada sebelah kiri dadanya," katanya ketika ditemui selepas majlis lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (PPD) Kota Bharu dekat Pengkalan Chepa di sini, semalam. Amir Hamzah yang akan bersara wajib secara rasmi mulai 12 Ogos depan, turut diiringi isterinya, Datin Maimunah Sulaiman. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar bersama kira-kira 500 anggota dan pegawai polis sekitar Kota Bharu, meraikan pasangan terbabit. Dalam penemuan kira-kira 1.15 tengah hari di Estet Sungai Bagan dekat Pulai Chondong pada Selasa lalu, mayat mangsa, ditemui seorang penoreh yang ke sungai terbabit untuk menangkap ikan. Sebelum kejadian itu, mangsa dikatakan keluar dengan seorang kenalan lelaki pada Jumaat lalu tetapi tidak pulang ke rumah serta tidak melawat bapanya yang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Dalam perkembangan berasingan, Amir Hamzah membidas sikap ibu bapa di negeri ini yang tidak mempedulikan anak mereka, menjadi punca kepada gejala sosial yang semakin meruncing sekarang. " Berita Harian, 23 JULAI 2010

2) So pendek kata ..apa yang saya sebutkan memang betul. Bukan anak yang bermasalah sosial .. tetapi ramai ibu bapa yang .. lalai, malas, keras kepala, dan ..macam-macam lagi. Harap-harap ada usaha dari kerajaan .. 'flush out these people quick' .. keluarkan mereka ini terang-terangkan ..dan buatlah sesuatu yg positif. Dulu org dakwah tabligh bergerak ke sana ke mari ke dalam kampung kita .. masyarakat dan pejabat mufti, dan agama kata macam2. Depa kata dakwah extreme/ sonsang dan macam2 lah. Bukan nak tolong menolong buat kerja agama/dakwah/ .. kutuk dan kutuk tak habis ..habis .. kesian org dakwah. So siapa nak cari org2 tua yang bermasalah tadi, yg tak mahu tahu apa anak2 gadis2 mereka buat .. ini .. nak beri sikit tunjuk ajar apa yg perlu.

Adakah polis kelantan , askar kelantan, guru kelantan yang dapat usahakan perkara ni secepat mungkin atau kita semua ..sebagai umat nabi muhammad s.a.w? Atau kita sebagai umat nabi yang teragung hanya .. baca ..akhbar, goyang kaki, baca majalah, tonton TV dan macam2 .. lagi..

Jom sama-sama lah kita buat kerja agama. Janji Allah tetap benar. Allah hu akhbar!

wa llahua lam.

0 comments:

Post a Comment