alah sikit jer - jangan khuatir

Posted by sazali

Salam.

Baru jer saya siapkan satu artikel yang ada impak factor ..tiba-tiba Yg.Berhormat Pak Menteri Kewangan kita berhujah bahawa kenaikan harga petrol (setelah ditolak subsidi demi untuk kestabilan kewangan negara kita) kali ini akan membawa impak yang paling sedikit sahaja kepada kehidupan rakyat jelata. Hisssss............. yer ke ini?

Jom mari kita sembang-sembang (comment) pasal istilah impak yang paling sedikit ini (minimal) melalui ilmu chonggak (ilmu kira-kira mudah pakai otak jer).

a) Bayangkan jika se buah rumah tangga mempunyai kedua-dua suami isteri yang bekerja - mempunyai jumlah pendapatan kasar RM8000 dan setelah ditolak hutang rumah, kereta, kad kredit dan bermacam-macam lagi pendapatan bersih ialah RM2000. Bilangan anak ialah 5 orang . Jika dari jumlah ini 20% adalah untuk pembelian minyak (petrol) bulanan maka kita sedang bercakap tentang angka RM400 adalah digunakan untuk membeli petrol untuk kereta sepasang suami isteri di atas. Jika diambil kira 10%-20% disebabkan oleh kenaikan harga petrol maka angka kos minyak akan berubah dari RM400 kepada RM480. Jadi minimal kos yang bertambah ialah RM80. Bayangkanlah kos tambahan RM80 (beli petrol pada harga terbaru) kepada keluarga yang mempunyai pendapatan tetap RM8000 se bulan.

b) jom kita tengok satu keluarga yang sederhana di pinggir bandar SEREMBAN/Bangi/ PAsir Puteh Kelantan. Jumlah pendapatan kasar suami (kerja se orang ini ) ialah RM2000 sahaja. Jika ditolak dengan hutang rumah, kereta, belanja sekolah anak-anak di sekolah, di asrama penuh dan lain-lain katakan gaji bersih suami ini ialah RM600 sebulan. Bilangan anak 5 orang. Sama ramai dengan keluarga pertama di atas tadi. Dari jumlah ini katakan keluarga ini menggunakan 10% hingga 20% untuk belanja minyak petrol bulanan maka angka yang perlu dikeluarkan ialah RM120. Maka pendapatan bersih keluarga kedua ialah RM480 lagi yang tinggal. Sejak naik harga minyak petrol pada hari ini sebanyak 10 hingga 20 % maka kos minyak ialah RM144. Kos tambahan ialah RM24. Duit bersih yang ada pada keluarga ini ialah RM336 sebulan. Untuk makluman RM24 adalah besar jika jumlah wang yang ada sudah mengecil dan terus mengecil. Kurang dah lah nak pi majlis kahwin sanak saudara dan melawat orang sakit, kematian sanak saudaranya. Kenapa? tambahan RM24 yang telah tiba-tiba ditelan oleh kos minyak tadi.

Perbincangan kita bukan RM80 (keluarga pertama) dan RM24(keluarga kedua) di sini tetapi .. impak nya ialah bagi keluarga kedua .. impak / kesan besarnya ialah ayahnya tidak lagi mampu menghantar wang saku kepada anak yang berada di sekolah asrama penuh sebanyak yang selalunya ( sebelum harga petrol naik). Bilangan lawatan pada hujung minggu untuk silatul rahim pun tidak sekerap yang dulu lagi. Bila harga petrol naik , tauke-tauke cina akan cepat-cepat mengambil kesempatan untuk menaikkan lagi harga untuk beratus-ratus lagi item-item di kedai. Wal hasilnya kehidupan keluarga kedua semakin hari semakin terhimpit dan terus terhimpit dan merana. Cuba tanya '..macam mana Pak Dollah .. impak minimal ini?'. Silap-silap Pak Dollah akan marahkan kita dengan kata-kata yang pedas.. maklumlah ada banyak benda yang selalu dibuat tidak lagi dapat dijalankan kerana duit di dalam dompet semakin mengecil dan terus menipis.

Bagi keluarga pertama tadi .. angka RM80 kos minimal dari RM8000 ( ini adalah 1% sahaja dari jumlah pendapatan keluarga tersebut) terlalu berbeza dengan keluarga kedua tadi yang mana kos tambahan ialah RM24 dari RM2000 (sedangkan ini adalah 1.20 % dari jumlah pendapatan mereka). Dari pandangan orang kedai kopi , keluarga kedua telah dirampas wang mereka secara diam-diam lebih banyak dari keluarga pertama. Sebagai penutup perbincangan kehilangan wang 1.2% dari keluarga kedua dibandingkan dengan kehilangan wang 1% dari keluarga pertama adalah amat membawa kesan kepada kehidupan keluarga mereka masing-masing.

Ini baru angka gaji total RM8000 dan RM2000 sahaja yang dibahaskan. Belum lagi keluarga yang mana bapa dan ibu mereka hanya bekerja kampung jer. Bagi keluarga Menteri-menteri dan A.P yang lain .. mungkin jika kita mengambil gaji kasarnya mereka sahaja RM20000 se bulan sudah tentulah jika kehilangan wang sekadar 1% = RM200 tidak akan membawa apa-apa kesannya kerana kebanyakan masa dan keadaan , makan minum mereka sudah ditanggung oleh rakyat jelata. Yang sedih dan susah ialah istilah 'impak minimal' adalah terlampau subjektif .. yang satu pihak hampir-hampir susah mencari punca menghantarkan wang saku kepada anak yang berada di universiti, maktab, politeknik, KK, IKM, ILP dan di pihak lain .. seseorang itu berucap di sana sini sentiasa diberi layanan yang baik dan dihidangkan pula dengan makanan yang istimewa. Tak caya .. gi ..lah ..tengok sendiri ..

Wa llahu alam.

Mampukah orang-orang kampung saya di Gaal, Pasir Puteh menelan bulat--bulat istilah ajaib 'impak minimal' ini Yang Berhormat P.M? Bagaimana pula kos-kos sampingan harga-harga susu, tepung, ikan, daging , telur , dan bermacam-macam lagi bahan makanan yang dimonopoli oleh kebanyakkan toke-toke cina akan terus naik harganya menjelang aidil fitri kali ini? So far pegawai-pegawai penguatkuasa memantau harga barang utama .. tidak lah mampu sangat menyekat dan menhalang sifat kerakusan, tamak haluba toke-toke di atas yang mana ini semua akan membawa kesusahan kepada orang-orang yang bersifat 'ikan bilis' ini iaitu kebanyakan rakyat jelata yang lain. Wallahu alam.

0 comments:

Post a Comment