Sahih Muslim di waktu pagi pagi

Posted by sazali

Salam.

Ikut rutin hidup saya... after subuh saya akan membaca beberapa kerat hadith dari ktab-kitab lama. hari ni saya membaca beberapa helai dari Kitab Sahih Muslim.

Gist bacaan saya ialah;

".. neraka dipenuhi dengan orang yang sombong dan kaya raya..sedangkan syurga itu dipenuhi pula oleh mereka yang suka merendahkan sayap kehebatannya, simple, dan orang-orang miskin ...." begitulah .. sikit sebanyak intipati hadith dari kitab Sahih muslim itu.

Sekarang jom kita lihat ahli keluarga kita..

1) adakah kita dari orang yang sombong ?// hebat dalam pengajian, research, duit tebal tebal, keluarga elit , ..

2) adakah kita dari orang yang kaya? // pangkat DS54 mestilah lebih hebat dari DS45. begitulah juga dengan Prof Gred C dengan Prof Gred B.

3) adakah kita orang yang simple dan sedehana? /// mampu berkawan dengan orang-orang kampung, pendatang asing yang susah mencari rezki di Malaysia, mereka anak dagang ni.. merantau ditempat orang .. kesihan juga mereka kan?

4) adakah kita dari kumpulan orang miskin? // susah nak jawab ni.... mengapa? kita ada kerja, ada isteri pula yang bekerja, ada anak yang bekerja, .. aghhh tidak miskinlah aku ni..

Itu sahaja lah penulisan saya kali ini. Sekadar renungan bersama. wallahu alam.

p/s: hairan mengapa oarng kita tak suka jawab e-mail dari pegawai bawahan hah..
Wasallam. Jom maghi lah kita berubah sedikit.. syurga our destination.

0 comments:

Post a Comment